Saturday, November 2, 2013

KURSUS ASUHAN PERMATA (PINDAAN TARIKH)

Kepada semua Pengusaha dan pengasuh TASKA serta kepada individu yang ingin membuka TASKA. Kursus Asuhan PERMATA (KAP) akan bermula. Berikut tarikh cadangan kursus KAP:

ZON TIMUR (Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran)

Semua siri kursus zon timur  akan diadakan di Pusat Latihan Tinta Ori, B32, Tingkat 2, IM 5, Bandar Indera Mahkota Kuantan.

Batch                      Tarikh bermula

1                             18 hb November, 2013

2                             18 hb Disember 2013

3                             20 hb Januari, 2014

4                             24 hb Februari, 2014


ZON BARAT ( Temerloh, Bera, Jerantut, Kuala Lipis, Bentong, Raub & Cameron Highland)

Tempat bagi  siri kursus zon barat akan dimaklumkan kemudian

Batch                   Tarikh bermula

1                          9 hb Disember, 2013

2                          3 hb Februari, 2014

Bagi batch pertama keutamaan akan diberikan kepada pengusaha dan pengasuh TASKA yang belum ada sijil KAAK. Walau bagaimana pun kekosongan akan diisi sekiranya peserta menarik diri dan diberi peluang kepada bakal pengusaha.

Yuran kursus adalah sebanyak RM920 (anggaran). Yuran TIDAK termasuk makan dan penginapan.
Walaubagaimana pun subsidi oleh JKM akan diberi sebanyak RM500 seorang peserta.

Tempoh hari berkursus adalah selama 24 hari (anggaran). Jumlah hari termasuk 19 hari kuliah dan 5 hari amali/praktikum di TASKA.

Keterangan lanjut dan untuk mendaftar sila hubungi penyelaras kursus mengikut zon.

ZON TIMUR

Pn Zubaidah Husin   -  017-9190664/013-9390748

Pn Hasnah Abu Kasim   -  013-9550383


ZON BARAT

Pn Hasliza Ismail   -  017-9605509

Pn Rashidah Ahmad  -  012- 9680360


Kepada pengusaha yang telah pun menghantar nama kepada JKM atau Puan Zubaidah (PPNP). Sila sahkan penyertaan kepada penyelaras yang dinyatakan.


MAKLUMAT TERKINI AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS 15 HB NOVEMBER, 2013. MINTA KERJASAMA SEMUA AHLI, PENGUSAHA DAN PENGASUH TASKA AGAR SENTIASA MELAYARI FB DAN BLOG PENGASUH PAHANG.

Harap maklum


Saturday, October 5, 2013

PERANCANGAN PROGRAM PPNP TERBARU 2013-2014

Salam sejahtera kepada semua ahli PPNP.

Berikut perancangan program yang telah dirancang bagi tahun 2013 dan 2014.
(sila ambil maklum ini adalah perancangan sahaja, makluman tepat akan dimaklumkan melalui surat,FB, blog atau sistem sms PPNP)

Oktober, 2013

12 hb Okt - Seminar Pendidikan bersama OUM Pahang

26 hb Okt - Kursus CPR di TASKA di Pusat Latihan Tinta Ori, Kuantan
                   (sila berhubung dengan Puan Zubaidah Husin -017-9190664/013-9390748)

November 2013

22 hingga 24 November - Teambuilding untuk pengasuh di Semuji Agro Resort Kuantan
                                        (Sila hubungi Puan Rashidah Ahmad 012-9680360 atau Puan Zubaidah
                                        017-9190664/013-9390748)

Disember, 2013

Kursus Asas Asuhan PERMATA (tertakluk kepada keputusan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia)

Januari, 2014

Program Keibubapaan anjuran PPNP dengan kerjasama dengan Yayasan Pahang
(sila dapatkan maklumat melalui blog persatuan dari masa ke semasa)

March 2014

15 - 16 hb Mac, 2014 - Sambutan Hari Pengasuh, Makan Malam PPNP dan Mesyuarat Agung                                                         PPNP  kali ke 13.
                                      Tema Makan Malam : ` BOLLYWOOD Nite'
                                      Tempat : Bukit Gambang Resort City Kuantan

PROGRAM TEAMBUILDING UNTUK PENGASUH

Kepada semua pengasuh dan ahli PPNP.

Program yang dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober 2013 di Kem SMART BKERP Kg Lebu Bentong terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Program tersebut akan diadakan pada tarikh baru seperti di bawah:

Tarikh : 22 hingga 24 November, 2013
Tempat:  Semuji Agro Resort Kuantan
Masa pendaftaran : 6 petang (22 hb November, 2013)
Bayaran : RM150 seorang (termasuk makan, minum dan penginapan.) - pengangkutan adalah tanggungan sendiri.

Kepada pengasuh dan ahli PPNP yang berminat boleh berurusan dengan urusetia di Zon Timur  Puan Zubaidah Husin ditalian 017-9190664 atau 013-9390748. Urusetia Zon Barat Puan Rashidah Ahmad ditalian 012-9680360.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 hb November, 2013.

Tuesday, September 10, 2013

PROGRAM `TEAM BUILDING’ UNTUK PENGASUH ANJURAN PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG


PPNP akan menganjurkan satu program berunsur ilmiah bagi pemantapan dalam mengurus dan mentadbir TASKA dengan lebih efisien.

2.         Program ini akan diadakan seperti berikut:

            Tarikh                           :           11 hb hingga 13 hb Okt, 2013 (Jumaat – Sabtu)         `
            Tempat                        :           Kem SMART BKERP,
No 118A, Kampung Lebu,
28800 Bentong, Pahang Darul Makmur.

Masa pendaftaran      :           11 hb Okt, 2013 (6.00 pm) di Kem SMART BKERP

Bayaran                       :           RM150 Seorang

3.         Tujuan program ini dianjurkan sperti berikut:

a)                 Pengukuhan dalam pasukan (TASKA)
b)                 Mengubah persepsi diri kearah yang lebih positif dalam mengendalikan TASKA
c)                  Mencuba sesuatu yang baru dengan konsep `playshop’ bukannya `workshop’ dalam pengendalian di TASKA
d)                 Membentuk diri sebagai pengasuh yang sebenar.

4.         Program ini adalah program yang berbentuk `soft-skills’ dimana tiada aktiviti lasak akan dijalankan, jadi ianya sangat sesuai bagi seorang pengasuh.

5.         Pengangkutan pergi dan balik dengan menaiki bas akan disediakan kepada semua peserta. Bas akan berpusat di Kuantan dan Temerloh sahaja. Walau bagaimana pun sekiranya terdapat laluan bas ke destinasi program maka peserta boleh maklumkan kepada urusetia untuk mengambil dimana difikirkan sesuai.

6.         Pakaian semasa program adalah yang sesuai dan tidak menjolok mata. Memakai seluar (bukan jeans) adalah digalakkan.

7.         Program adalah program penuh maka semua makanan dan penginapan adalah disediakan.

8.         Bayaran hendaklah dibayar ke akaun PPNP 06110009717054 CIMB Bank sebelum atau pada 30 hb Sept. 2013.  

9.         Pendaftaran dan pengesahan serta pertanyaan untuk mengikuti program ini hendaklah dengan menghubungi terus  Pengarah program Puan Rashidah Ahmad ditalian 012-9680360.

KEPUTUSAN PERMOHONAN GERAN PERMULAAN TASKA

Kepada semua pengusaha TASKA negeri Pahang yang telah membuat permohonan geran permulaan dan telah pun menerima sms daripada JKMM. Anda semua boleh menyemak akaun bank masing-masing mulai Jumaat ini (13 hb September, 2013

Saya bagi pihak PPNP telah berurusan dengan JKMM dan telah dimaklumkan tentang perkara tersebut. Sekiranya mana-mana pengusaha yang menerima sms `berjaya' tetapi dana masih belum dimasukkan selepas Jumaat sila berhubung terus dengan En Wan ditalian 03-83231953.

Bagi permohonan yuran subsidi TASKA (untuk yuran kanak-kanak) pihak JKMM akan bermesyuarat pada 11 hb September, 2013. Sebarang keputusan akan dimaklumkan selepas tarikh tersebut.

Mana-mana pengusaha yang masih di dalam permohonan pendaftaran TASKA, permohonan geran permulaan masih boleh dihantar begitu juga dengan yuran subsidi TASKA. Walaupun tarikh tutup dilanjutkan sehingga Oktober, 2013, adalah dinasihatkan agar semua pengusaha menghantar ke JKMM pada atau sebelum 30 hb September, 2013.

Semoga dengan adanya sedikit peruntukan daripada kerajaan dapat kita manfaat sebaiknya bagi menambahbaik TASKA masing-masing.

sekian.

Tuesday, September 3, 2013

Monday, September 2, 2013

BENGKEL PENJAGAAN& URUTAN BAYI


NOTIS LANJUTAN GERAN DAN SUBSIDI YURAN TASKA


Sunday, August 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA AHLI PPNP

EXCO PPNP 2013/2015 mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli PPNP. walaupun agak terlewat untuk mengucapkannya tetapi kita masih lagi dibulan Syawal.

Perginya Ramadhan menjadikan kita pasti akan merinduinya. Namun dengan kehadiran Syawal menjadikan kita sedikit kegembiraan menyambut bersama keluarga. Amalan ketika di bulan Ramadhan menjadikan kita lebih insaf akan kekerdilan diri kita di sisi ALLAH swt. Diberinya limpahan rahmat sepanjang bulan Ramadhan. Sebagai manusia kita alpa, bila tibanya Syawal kita selalunya mencemari segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.

Marilah kita raikan Syawal dengan sunnah Rasulallah saw. Menjaga tutur kata, menjaga aurat wanita Islam, menjaga makan dan minum kita jangan sampai memudaratkan diri kita sendiri. Raikanlah dengan cara yang sederhana dengan tidak melanggar hukum hakam agama Islam.

Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.

salam daripada
EXCO PPNP
2013/2015

Sunday, July 21, 2013

PERMOHONAN GERAN TASKA DAN YURAN SUBSIDI TASKA

Kepada semua pengusaha TASKA Negeri Pahang yang membuat permohonan TASKA baru, pembukaan cawangan baru, yang masih di dalam proses pendaftaran dan yang akan memohon geran TASKA sila hadir taklimat seperti berikut:

Tarikh :   29 hb Julai, 2013

Tempat:  Hotel Megaview Kuantan

Masa :  10.00 pagi hingga 4.00 petang

Taklimat berkaitan geran TASKA dan yuran subsidi TASKA akan disampaikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kepada pengusaha lama yang ingin mendapatkan maklumat terbaru berkaitan industri TASKA juga dijemput hadir.

Bagi pengusaha yang telah memohon geran TASKA tetapi belum diluluskan, sila bawa salinan dokumen yang diserahkan melalui pos atau emel. Semua permohonan geran TASKA akan dibantu oleh pegawai JKM bagi memudahkan proses kelulusan  pada tarikh 29 hb Julai, 2013 itu nanti.

Pengusaha yang mempunyai ibu bapa yang layak memohon subsidi TASKA juga diminta untuk membawa semua dokumen yang diperlukan sepertimana di dalam borang YP 1. Majlis dialog juga akan diadakan pada tarikh tersebut. Pengusaha yang mempunyai cadangan atau usul digalakkan untuk hadir bagi kepentingan kita bersama.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Salina Shamsudin (013-9811744) bagi zon barat atau Puan Zubaidah Husin (017-9190664/013-9390748)

Tuesday, July 9, 2013

SUMBANGAN RAMADHAN

KEPADA SEMUA AHLI PPNP

Kepada ahli yang bermurah hati untuk menderma sekampit beras (5 kg), sekampit gula (1 kg), dan sebotol minyak (5 kg) untuk disedekahkan kepada yang amat memerlukan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sila serahkan barangan tersebut seperti berikut:

Tarikh : 17 hb Julai, 2013

Tempat:

1) Bahagian bawah Pusat Latihan Tinta Ori, Indera Mahkota (Zon Timur - Kuantan)

2) AJK Maran - Puan Nor Azlina Mohd Anwar (Zon Timur - Maran)

3) AJK Temerloh  TASKA Sri Umi - Puan Rashidah Ahmad ( Zon Barat  -Temerloh)

Masa penyerahan : 10 am hingga 3.00 pm sahaja

Mana-mana daerah yang sukar untuk penyerahan barang ke ajk yang ditetapkan, sila ambil iniasitif sendiri untuk menderma kepada fakir miskin dan yang memerlukannya bagi menambah amalan mulia di bulan Ramadhan.

SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA  KITA DENGAN SEDIKIT AMALAN MULIA.







Sunday, June 30, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DARIPADA EXCO PPNP

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu Anhu bahwasanya Nabi bersabda: “Ummatku telah diberi lima hal yang belum pernah diberikan kepada ummat-ummat sebelumnya ketika bulan Ramadhan: 1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari pada minyak kesturi di sisi Allah, 2) Para Malaikat beristighfar untuk mereka hingga berbuka, 3) Allah memperindah Surga-Nya seiap hari, seraya berfirman kepadanya: “Hampir-hampir para hamba-Ku yang shalih akan mencampakkan berbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu,” 4) Syaithan-syaithan durjana dibelenggu, tidak dibiarkan lepas ssepeerti pada bulan-bulan selain Ramadhan, 5) Mereka akan mendapat ampunan di akhir malam.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu terjadi pada malam Lailautl Qadar?” Beliau menjawab, “Bukan, namun pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya.”1

Dikesempatan ini, warga EXCO PPNP 2013/2015 ingin mengucapkan kepada semua ahli PPNP juga kepada warga pendidik awal kanak-kanak Selamat Menyambut Ramadhan. In shaa Allah, kita bakal berpuasa tanggal 10 Julai, 2013. Tiada bulan yang lebih baik daripada bulan ramadhan. EXCO PPNP ingin memohon ampun dari ALLAH SWT dan memohon maaf kepada semua ahli sekiranya terdapat sebarang kesilapan samada yang disedari mahu pun tidak.

Kita semua manusia biasa dan hamba Allah swt. Pasti tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Saban hari, tiap detik dan saat, kita sentiasa membuat dosa samada dosa terhadap Allah swt mahupun dosa dengan manusia. Pastinya dosa dengan Allah swt kita masih mampu untuk memhon ampun dan kemaafan dariNya. tetapi dosa sesama manusia mestilah diselesaikan sebelum tibanya ajal kita. Marilah kita saling maaf memaafi.

Kelalaian kita sebagai warga pendidik awal kanak-kanak tidak dapat dinafikan. Kekurangan dalam mendidik, kekurangan dalam memberi ilmu, kekurangan dalam memberi makan dan minum, kekurangan dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak kita di TASKA menjadikan kita hamba yang sentiasa bergelumang dengan dosa. Apatah lagi kewajipan yang sepatutnya kita lakukan tidak dilaksanakan dengan secukupnya untuk bekalan di akhirat nanti.

Jadi marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk memperbaiki setiap kesilapan dan kesalahan kita, muhasabah diri kita sebagai ibu dan pengasuh agar kita sentiasa dirahmati oleh Allah swt sentiasa.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MENJADI RAMADHAN TERBAIK BAGI KITA SEMUA.

Salam Hormat
EXCO PPNP


Sunday, June 23, 2013

MASALAH JEREBU DI NEGERI PAHANG

Salam kepada semua pengusaha TASKA di Negeri Pahang.

Kita baru sahaja mengalami satu ujian yang diluar jangkaan iaitu masalah jerebu. Situasi ini amat merunsingkan banyak pihak. Bagi pengendali TASKA kita haruslah bijak menangani masalah semasa yang berlaku. PPNP ingin menasihatkan kepada semua pengusaha TASKA agar bertindak bijak dalam membuat sebarang keputusan bagi menjaga kepentingan semua pihak.

Saya telah dihujani banyak panggilan telefon berkaitan dengan penutupan TASKA. Berita TV3 jam 8.00 malam bertarikh 23 hb Jun, 2013, mengumumkan semua pusat jagaan, kerajaan dan agensi swasta ditutup. Ada beberapa badan kerajaan yang dikecualikan daripada ditutup seperti bomba, PAIP, hospital dan beberapa badan kerajaan yang lain. Sehubungan dengan itu sebagai pengusaha TASKA terpulang kepada pengusaha samada ingin membuka atau menutup TASKA di ketika dan saat ini. Cuma saya katakan tadi kita perlu bijaksana menangani masalah ini. Contohnya sekiranya ada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke TASKA maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mengasuh anak-anak mereka kerana mungkin tempat mereka bekerja tidak mengisytiharkan cuti. Beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini:

a) Tidak menjalankan aktiviti luar seperti `nature walk' dan sebagainya.

b) Galakkan kanak-kanak minum air masak sebanyak mungkin

c) Pastikan kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda seperti pedih mata, sakit tekak, kulit gatal-gatal atau sesak nafas dibawa ke hospital dengan segera.

d) Menggunakan `mask' sekiranya perlu

e) Meningkatkan tahap kebersihan di TASKA kerana jerebu mengundang kehadiran habuk yang sangat banyak.

Semoga kita semua akan dilindungi oleh ALLAH swt sentiasa.

Monday, June 10, 2013

EVERYDAY ENGLISH FOR YOUNG CHILDREN WORKSHOP

Anjuran Pusat Latihan Tinta Ori dan Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP)..]

Tarikh: 23 Jun 2013 (ahad)
Masa: 8.30 pagi hingga 1 tgh
Tempat : Pusat Latihan Tinta Ori

Bengkel komunikasi harian menggunakan bahasa inggeris bersama anak-anak kecil di Taska/Tadika/Pusat Jagaan/rumah...
Dilkendalikan oleh Puan Rosnah Ahmad -http://rentis.blogspot.com/
yuran:RM 50 utnuk ahli PPNP / RM 70 untuk bukan ahli PPNP
untuk penyertaan hubungi-Pn Zubaidah Husin (017-91906640 atau Pn Rosnah Ahmad ( 013-9308873) untuk pendaftaran

http://rentis.blogspot.com/2007/05/tip-11-buka-dan-tutup.html

Friday, May 24, 2013

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PEMBANGUNAN BERKALA : PENGUSAHA / PENGASUH TASKA/TADIKA DI NEGERI PAHANG



Dengan segala hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.

Sukacitanya pihak kami berbesar hati menjemput Tuan/Puan menjayakan kursus seperti berikut:

Tajuk Kursus:

1. Pengurusan Sumber Manusia Untuk Pengusaha Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
23/6/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
7/6/2013

2. Asas CPR Di Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
25/8/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
7/8/2013

3. Asas Keselamatan Kebakaran Di Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
29/9/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
13/9/2013

4. Pengenalan Akta Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994) Di Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
27/10/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
11/10/2013

Yuran
RM 100
(Sewa tempat, makan minum, pengurusan & logistik, sijil)

Hari
0.5

Tempat
Pusat Latihan HR, Temerloh, Pahang

HUBUNGI PN.HASLIZA (Cik Jaa) - TEL : 017-9605509

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan. Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Moga segala apa yang kita lakukan akan mendapat berkat dari-Nya.Amin.
http://skill.hr.com.my/

Thursday, May 23, 2013

'TEAM BUILDING' (SOFT SKILLS) SIRI 1 UNTUK PENGUSAHA TASKA ANJURAN PPNP

Setelah sekian lama merancang untuk menganjurkan Team Building untuk semua pengusaha di Negeri Pahang, akhirnya tanggal 17 hb Mei sehingga 19 hb Mei, 2013 maka termaktublah janji ALLAH swt pada tarikh itu pengusaha TASKA bertemu di Kem SMART BKERP Kg Lebu Bentong Pahang.

Program yang telah dihadiri seramai 37 orang yang terdiri daripada pengusaha dan penyelia TASKA telah berjalan dengan lancar.  Di luar jangkaan PPNP program kali ini telah dihadiri oleh pengusaha TASKA daripada Cameron Highland. Selama 12 tahun penubuhan PPNP tidak pernah lagi penyertaan oleh pengusaha daripada daerah Cameron Highland. Ini menunjukkan bahawa PPNP telah diterima sebagai sebuah badan NGO oleh pengusaha TASKA sebagai agen kepada kerajaan.

Pengisian program yang dipenuhkan dengan santapan rohani sehinggalah kepada kemantapan fizikal dan mental telah memberi kesan yang positif kepada semua peserta. Jurulatih yang dikenali sebagai Abang Smart telah berkongsi ilmu dan pengalaman beliau untuk membuka minda usahawan TASKA agar menjadi lebih positif, bekerjasama, bersaing secara sihat, mengenal yang hak dan mengenali diri menjadikan program lebih bermakna selama 3 hari 2 malam di kem SMART BKERP.

Kesan yang mendalam kepada semua pengusaha apabila dikejutkan dengan dimana silapnya kita menceburkan diri di dalam bidang perniagaan tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang kita lakukan (matang tak sedar) Mungkin kita berjaya, tetapi tanpa kita sedar yang kita sebenarnya gagal. Faktor ketakutan dalam diri setiap pengusaha antara penyebab mengapa kita tidak mahu maju ke depan.


matang tak sedar-
MATANG TAK SEDAR bermaksud apabila seseorang semakin matang dari segi umur tetapi tak sedar bahawa perbuatan, perkataan, tindakan atau apa sahaja tidak menggambarkan kematangan tetapi sebaliknya seperti contoh seseorang yg masih bercakap dengan mulut penuh dengan makanan...wallahua'lam..
Marilah sama2 kita berusaha menjadi matang sedar bukan matang tak sedar-Pengajaran daripada Teambuliing Motivasi Kepimpinan Usahawan bersama team Abang Smart" - Puan Rosnah Ahmad

Antara TIPS yang boleh dikongsikan:

A = awal dari waktu (bukan tepati)
S =  sokongan (semua pihak)
K = Komitmen
B = bermain ( bukan main-main)
I =  ikut perintah

PPNP juga merancang untuk mengadakan kursus yang sama untuk semua pengasuh negeri Pahang secara bersiri. Sekiranya berminat bolehlah hubungi exco PPNP untuk keterangan lanjut.

Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan.




BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA ABANG SMART DAN PASUKANNYA.


MESYUARAT PENGUSAHA TASKA NEGERI PAHANG ANJURAN PPNP ZON BARAT DAN ZON TIMUR

Mesyuarat yang telah diadakan pada 11 hb Mei, 2013  bagi zon timur dan 16 hb Mei, 2013 bagi zon barat (Temerloh sahaja) yang lalu bertempat di Komplek Dagangan Mahkota Kuantan dan di Wisma Persekutuan bagi zon barat. Di zon timur seramai lebih 64 orang pengusaha telah hadir manakala di zon barat seramai 25 orang pengusaha telah hadir.

Tujuan mesyuarat pengusaha dianjurkan oleh PPNP adalah untuk memaklumkan kepada pengusaha TASKA berkaitan dengan Geran Subsidi TASKA, Yuran Subsidi TASKA, penggunaan buku log harian kanak-kanak dan penangguhan pemakaian gaji minima.

Setelah sekian lama perjumpaan pengusaha tidak diadakan oleh PPNP, perjumpaan kali ini memberi penuh makna kepada setiap pengusaha. Pengusaha yang dahagakan maklumat terkini akhirnya mendapat jawapan dengan adanya pertemuan bersama exco PPNP.

Disamping membincangkan isu terkini, pihak PPNP juga mengambil kesempatan di atas pertemuan ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara exco PPNP dengan semua ahli PPNP yang lama dan yang baru.

MESYUARAT PENGUSAHA DI TEMERLOH 16 HB MEI, 2013


                               
                               PRESIDEN PPNP PUAN SALINA SHAMSUDIN MEMBERI UCAPAN
                               DI MESYUARAT PENGUSAHA DI KUANTAN 11 HB MEI 2013

Friday, May 10, 2013

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM TASKA MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN KEJAYAAN KANAK-KANAK



Oleh: Rosnah Ahamd

Selamat hari ibu diucapkan kepada semua insan yang bergelar ibu.

Saban tahun hari ibu diraikan bagi mengingati jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan, mengasuh dan mendidik anak-anak.

Bagi saya sambutan hari ibu adalah hari bagi memperingatkan saya tentang peranan saya sebagai ibu kepada tiga orang anak. Dua  anak saya sudah remaja. Cabaran menjadi ibu hari ini berbeza sekali berbanding zaman ibu saya dahulu. Ilmu dan kemahiran keibubapaan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membantu melaksanakan amanah mendidik anak-anak kini.

Anak-anak kecil kini melalui zaman kanak-kanak yang berbeza. Kalau dulu anak  lazimnya dijaga di rumah oleh ibu bapa sehingga usia anak bersedia ke tadika. Peredaran masa yang menyaksikan lebih ramai wanita keluar bekerja bagaimanapun mengubah bagaimana anak kita di asuh dan di didik. Ramai anak kini dihantar ke taska atau taska rumah sepeninggalan ibu mereka keluar bekerja.

Maka tugas mengasuh dan mendidik anak  kini perlu dikongsi dengan pengasuh taska atau pengasuh  taska rumah. Pengasuh adalah ibu ganti kepada anak-anak dalam sebahagian besar hidup mereka iaitu lebih kurang 10 hingga 12 jam sehari bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa. Sewajarnya jasa dan peranan pengasuh juga perlu lebih diiktiraf dan di beri perhatian seiring dengan jasa dan peranan ibu bapa.

Ibu bapa adalah pendidik utama dan  rumah adalah madrasah pertama bagi anak-anak. Taska adalah sistem sokongan kepada institusi kekeluargaan. Oleh itu ibu bapa berperanan menghubungkan rumah dan taska untuk kepentingan anak mereka. Ibu bapa harus mengambil inisiatif melibatkan diri  di Taska. Konsep penglibatan ibu bapa harus lebih dihayati. Ia bukan hanya sekadar menghadiri program tahunan seperti gotong royong atau sambutan hari perayaan. Ia juga termasuk perkongsian maklumat dan masalah, perkongsian ilmu keibubapaan serta perbincangan secara berterusan berkaitan perkembangan kanak-kanak.

Mengapa penglibatan ibu bapa sangat penting:-

Ø  Ibu bapa sayang kepada anak mereka dan mengenali personaliti serta identiti anak mereka. Mereka juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak.  Manakala pengasuh juga sayang kepada anak jagaan dan dilatih kemahiran berkaitan perkembangan kanak-kanak. Pengasuh  senantiasa memastikan kesejahteraan dan cuba memupuk potensi anak. Jadi kanak-kanak akan merasa selamat dengan adanya perhubungan yang baik antara ibu bapa dan pengasuh. Ia juga memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang terbaik .

Ø  Perkongsian, perhubungan, interaksi,  kerjasama dan sokongan ibu bapa dan pengasuh dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.
( Rohani Abdullah, 2007)
Ø  Ibu bapa boleh berbincang dengan pengasuh berkaitan perkembangan, tingkah laku dan apa sahaja masalah yang dihadapi. Perbincangan dan perkongsian begini dapat menyelesaikan banyak masalah dan  meningkatkan kemahiran keibubapaan. Ia juga  menolong pengasuh memahami serta menghormati pandangan, budaya dan latar belakang keluarga.

Ø  Penglibatan diri ibu bapa dapat meningkatkan lagi program dan aktiviti di taska dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti taska.

Sesetengah pengasuh merasa kecewa apabila ibu bapa tidak menyokong penglibatan ibu bapa di taska.. Ibu bapa perlu berusaha dan memberi komitmen yang lebih kepada usaha-usaha penglibatan ibu bapa di taska anak mereka. Dengan itu pengasuh akan lebih yakin, bersemangat dan seronok untuk meneruskan usaha serta merasakan diri mereka dihargai sebagai orang yang penting dalam hidup anak mereka.

Ø  Penglibatan ibu bapa yang sihat akan meningkatkan kualiti sistem kekeluargaan,  sistem komuniti setempat dan  seterusnya memberi impak yang besar kepada kesejahteraan negara.

Sempena Hari Ibu ini, Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif  menggembleng tenaga berusaha meningkatkan penglibatan ibu bapa bagi memastikan peningkatan kualiti pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di semua taska di Negeri Pahang.

Antaranya PPNP memperkenalkan penggunaan  Log Harian di Taska. Log harian ini bertujuan mencatat secara ringkas dan tepat apa yang berlaku sepanjang hari termasuk:-


       - KESELAMATAN DAN KESIHATAN

      Masa ketibaan siapa yang menghantar, barang yang di bawa dan tahap kesihatan anak     pada hari itu. ( maklumat ini akan diisi oleh ibu bapa setiap hari)
     
      - MEREKOD KEADAAN FIZIKAL
   
            Catatan kesihatan anak dan pemeriksaan fizikal. ( diisi oleh ibu bapa dan pengasuh)

   -  MEREKOD AKTIVITI HARIAN
-  MEREKOD TINGKAHLAKU
-  MEREKOD RUTIN  DARI ASPEK KUANTITI &KEKERAPAN

      Pengasuh akan mencatat perkara-perkara ini untuk rujukan dan tindakan seterusnya oleh ibu bapa di rumah.

Penggunaan log harian ini akan menjadi asas komunikasi harian dan perkongsian maklumat antara ibu bapa dan pengasuh demi kesejahteraan kanak-kanak. Ini dapat melancarkan perkhidmatan taska dan mengurangkan salah faham antara ibu bapa dan pengasuh.

Usaha menulis log harian ini memerlukan sedikit komitmen daripada ibu bapa dan pengasuh. Apa pun usaha ini  membantu  menjamin keselamatan, kesihatan serta memperkukuhkan  kesinambungan pembelajaran yang di amalkan di taska dan amalan di rumah.

PPNP berharap sebarang masalah atau kesulitan yang mungkin timbul dalam proses melaksanakan penggunaan log harian ini secara efektif di semua taska dapat ditangani secara bijak professional. 

Perbincangan yang sihat antara ibu bapa dan pengasuh akan dapat menyelesaikan masalah malah akan dapat mempertingkatkan kualiti pengasuhan. PPNP juga sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan log harian ini dari masa ke semasa.

Akhir kata saya bagi pihak PPNP senantiasa berdoa agar kita sentiasa bersatu dan berdoa agar segala usaha murni kita dimudahNya demi kesejahteraan generasi pewaris.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekian. Wallahua’lam.

Rosnah Ahmad (http://rentis.blogspot.com)
Penasihat Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (http://pengasuhpahang.blogspot.com)
10 Mei 2013

Thursday, May 2, 2013

MESYUARAT PENGUSAHA DAN BENGKEL BUKU LOG HARIAN KANAK-KANAK

Salam kepada semua,

Satu mesyuarat pengusaha dan bengkel buku log harian kanak-kanak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11 hb Mei, 2013 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 pm

Tempat : Komplek Dagangan Mahkota, Indera Mahkota Kuantan


Agenda mesyuarat

1. Penerangan pemberian subsidi yuran kanak-kanak TASKA
2. Penerangan pemberian subsidi geran pembukaan TASKA baru
3.Penangguhan pemakaian gaji minima
4. Hal-hal lain dan isu semasa

Untuk pengesahan kehadiran sila hubungi Pn Julia Abdullah (Zon Barat) - 019-2754575 atau Pn Zubaidah Husin (Zon Timur) - 017-9190664/013-9390748

Sekian harap Maklum

Wednesday, April 24, 2013

SUBSIDI YURAN KANAK-KANAK TASKA

Kepada semua Pengusaha TASKA di Negeri Pahang.

Sila layari http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=955&lang=en untuk maklumat berkenaan dengan subsidi yuran kanak-kanak TASKA.

Sila ikut arahan yang diberikan oleh JKM Malaysia.

Subsidi yuran kepada kanak-kanak TASKA adalah salah satu insentif kerajaan dalam membantu pengusaha TASKA bagi menangani masalah pemakaian gaji minima.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan wakil Persatuan Pengasug Negeri Pahang,

Sekian.

Wednesday, April 17, 2013

PROGRAM `TEAM BUILDING’ UNTUK PENGUSAHA/PENYELIA ANJURAN PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG




PPNP akan menganjurkan satu program berunsur ilmiah bagi pemantapan dalam mengurus dan mentadbir TASKA dengan lebih efisien seperti berikut:

Tarikh                                17 hingga 19 hb Mei, 2013
Tempat                               Kem SMART BKERP,
                                              No 118A, Kampung Lebu,
                                              28800 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Masa pendaftaran             17 hb Mei 2013 (6.00 pm) 
Bayaran                             RM150 seorang

Objektif program ini dianjurkan sperti berikut:

a)               Pengukuhan dalam pasukan (TASKA)
b)               Mengubah persepsi diri kea rah yang lebih positif dalam mengendalikan TASKA
c)             Mencuba sesuatu yang baru dengan konsep `playshop’ bukannya `workshop’ dalam pengendalian di TASKA
d)               Membentuk diri sebagai pengusaha/penyelia yang sebenar.

Program ini adalah program yang berbentuk `soft-skills’ dimana tiada aktiviti lasak akan dijalankan, jadi ianya sangat sesuai bagi seorang pengusaha atau pun penyelia.

Pengangkutan pergi dan balik dengan menaiki bas akan disediakan kepada semua peserta. Bas akan berpusat di Kuantan dan Temerloh sahaja. Walau bagaimana pun sekiranya terdapat laluan bas ke destinasi program maka pengusaha boleh maklumkan kepada urusetia untuk mengambil dimana difikirkan sesuai.

Pakaian semasa program adalah yang sesuai dan tidak menjolok mata. Memakai seluar (bukan jeans) adalah digalakkan.Program adalah program penuh maka semua makanan dan penginapan adalah disediakan.

Bayaran hendaklah dibayar ke akaun PPNP 06110009712054 CIMB Bank sebelum atau pada 10 hb Mei, 2013.  

Pendaftaran dan pengesahan untuk mengikuti program ini hendaklah dengan menghubungi terus Setiausaha Program Puan Julia Abdullah ditalian 019-2754575.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Setiausaha Program Puan Julia Abdullah ditalian 019-2754575 atau Pengarah Program Puan Salina Shamsudin ditalian 013-9811744.

Monday, April 8, 2013

HATI-HATI DENGAN PENCEROBOH DI TASKA

Baru beberapa hari yang lalu, sebuah TASKA di Sg Isap Kuantan telah di datangi oleh `sepasang suami isteri' yang menyamar sebagai Pegawai JKM dari Putrajaya. Penceroboh ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah mempunyai niat jahat samada ingin menculik kanak-kanak atau pun mencuri di TASKA.

Sebelum ini pihak PPNP telah dimaklumkan kejadian yang sama telah berlaku di beberapa TASKA di Temerloh. Sehubungan dengan kejadian yang tidak diingini ini, pihak PPNP menasihatkan semua pengusaha TASKA agar tidak membenarkan sama sekali orang yang tidak dikenali untuk memasuki kawasan TASKA.

Harap Maklum

Thursday, April 4, 2013

MAKLUMAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA

PENGUMUMAN DARIPADA PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG


Bagi membantu permasalahan yang melanda semua pengusaha dalam isu pemakaian gaji minima, Majlis Perundingan Gaji Negara dalam rangka untuk membantu pengusaha TASKA Institusi. Bagi memudahkan semua pihak, MPGN telah memaklumkan kepada PPNP untuk memaklumkan kepada semua pengusaha TASKA di Negeri Pahang supaya menghantar beberapa dokumen ke MPGN pada atau sebelum 30 hb Jun, 2013. Tujuan penghantaran dokumen ke MPGN adalah untuk tujuan penangguhan pembayaran gaji minima kepada pekerja ke satu tarikh yang belum ditentukan oleh MPGN. Kita berharap agar penangguhan ini sehinggalah subsidi kerajaan diberi kepada semua pengusaha TASKA Institusi. Dokumen hendaklah melalui pos laju (pos biasa tidak digalakkan) ke MPGN , menghantar sendiri ke MPGN atau mewakilkan pihak PPNP untuk menghantar bagi pihak semua TASKA di Negeri Pahang. Dokumen yang diperlukan seperti berikut:

1. Surat menyatakan mengapa pengusaha perlukan penangguhan sehingga mendapat subsidi daripada kerajaan.

2. Salinan SSM

3. Salinan Penyata kewangan untuk 3 tahun terakhir (2012, 2011 dan 2010) (bukan bank statement)

4. Senarai pekerja, senarai gaji yang diterima oleh pekerja serta slip gaji terakhir yang diterima oleh pekerja.

Sekiranya menghadapi sebarang masalah dalam menyediakan dokumen berkaitan atau sebarang pertanyaan berkaitan perkara berkenaan boleh terus hubungi Puan Zubaidah Husin Naib Pengerusi Persatuan Pengasuh Negeri Pahang ditalian 017-9190664/013-9390748.


Tuesday, March 26, 2013




SAMBUTAN HARI PENGASUH DAN MESYUARAT AGUNG PPNP MERIAH.

Sambutan Hari Pengasuh dan Mesyuarat Agung PPNP kali ke 12 yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam di De Rhu Beach Resort Kuantan disambut meriah.

Kehadiran seramai 174 orang di kedua-dua majlis telah membuktikan bahawa PPNP ke arah perubahan dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak di Pahang. Kehadiran yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA daripada daerah Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh dan Bera.

Format yang diperkenalkan bermula tahun lepas iaitu dimulakan dengan acara sukaneka, ceramah motivasi atau pun majlis makan malam dan diakhiri mesyuarat agung sememangnya bertepatan untuk menyatupadukan semua ahli disamping menimba ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan selama 2 hari 1 malam.

Ceramah motivasi yang telah disampaikan  oleh En Nik Apizo (Caunselor Register) yang mengupas tentang tanggungjawab semua warga TASKA. Intipati ceramah yang menyentuh tentang kewibaan, keprihatinan, keikhlasan, tanggungjawab, jati diri, kenal diri sendiri yang melibatkan semua warga TASKA memberi kesan yang positif dalam diri setiap ahli yang hadir.

Mesyuarat Agung PPNP telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Perundangan dan Advokasi JKM Negeri Pahang, EN Abdul Ghani bin Mohd Yusof. Beliau juga telah memaklumkan kepada semua yang hadir tentang beberapa perubahan di dalam industri TASKA antaranya ;
  • pemberian dana RM10k kepada pengusaha baru dan pengusaha yang ingin membuka cawangan baru.
  • Rumah tengah yang boleh dijadikan TASKA dengan syarat ada ruang luar untuk kanak-kanak bermain.
  • Subsidi untuk setiap kanak-kanak kepada ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
  • Kursus KADAKK (PERMATA) akan bermula Mei, 2013
Mesyuarat kali ini membariskan semula kepimpinan lama dan gabungan beberapa kepimpinan baru untuk menerajui PPNP bagi tempoh 2 tahun. Puan Salina Shamsudin yang diberi mandat, amanah dan tanggungjawab sekali lagi sebagai Pengerusi PPNP bagi tempoh 2 tahun akan datang.

PPNP sangat berharap pada tahun yang mendatang kehadiran majlis sebegini akan bertambah kerana melalui program sebeginilah semua TASKA akan memperolehi informasi terkini. Sehingga kini PPNP mempunyai seramai 300 orang ahli yang melibatkan semua daerah di Negeri Pahang.


             
            Acara Sukaneka                         Penasihat PPNP bersama Penolong Pengarah Perundangan
                                                               Dan Advokasi JKM Negeri Pahang
                                                               En Abdul Ghani bin Mohd Yusof.

Ceramah Motivasi oleh En Nik Apizo daripada MARA Kuala Lumpur