Monday, October 17, 2016

KARNIVAL SAFETY HARI KANAK-KANAK TADIKA DAN HARI KANAK-KANAK TASKA 2016








Alhamdulillah..
Karnival Safety Hari Kanak-kanak Tadika dan Taska 2016 anjuran Persatuan Guru Tadika Pahang (PGTP) dan Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) yang diadakan pada 16 Oktober 2016 telah berjaya menarik lebih 400 orang kanak-kanak dan ibubapa turut serta dalam karnival tersebut.

Karnival yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan Pahang telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Datin Wong Poai Hong.

Karnival ini juga telah mendapat kerjasama yang mantap daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang,Ibu Pejabat Polis Kontijen(IPK),Jabatan Keselamatan dan Jalan Raya (JKJR),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Mc Donald's Indera Mahkota dan Kedai Buku Men Men.

Pelbagai acara yang telah disertai oleh kanak-kanak yang terlibat antaranya aktiviti bersama JKJR,Bomba,membuat kolaj dan aktiviti story telling.Ibubapa juga turut terlibat dalam ceramah yang diadakan oleh IPK dan JKJR berkenaan dengan keselamatan kanak-kanak.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik dan berakhir dengan penyampaian hadiah untuk semua peserta.

Diharapkan dengan adanya program sebegini akan lebih mengeratkan  lagi hubungan ibubapa dan anak,ibubapa dan pengasuh dan ibubapa dan guru.

Sekalung tahniah kepada semua exco-exco PGTP dan PPNP atas kejayaan karnival ini dan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan.

Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan program yang lebih menarik lagi.

Jumpa lagi dan terima kasih semua!