Sunday, December 14, 2014

Yuran Taska Minumum RM300

Yuran taska minimum RM300
ASWANY OMAR
December 14, 2014

KUANTAN - Persatuan Pengasuh Pahang bercadang menetapkan RM300 sebagai yuran minimum sebulan bagi perkhidmatan anggotanya bermula tahun depan.

Penasihatnya, Rosnah Ahmad berkata, ini bagi membolehkan anggota persatuan itu mempunyai keupayaan yang cukup untuk meneruskan operasi memandangkan kenaikan kos yang dihadapi pada masa ini. 

"Kenaikan tidak dapat dielak kerana ada pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) yang menghadapi kemungkinan gulung tikar akibat kenaikan kos utiliti dan penetapan gaji minimum jika penetapan yuran minimum ini tidak dilaksanakan," katanya.

Menurut Rosnah, keputusan itu bukan dibuat demi kepentingan pengusaha semata-mata tetapi juga untuk meningkatkan keupayaan anggota persatuan memberikan perkhidmatan yang lebih efisien termasuk penggunaan log harian kanak-kanak yang menjadi medium komunikasi antara ibu bapa dan pengurusan taska.

Menurutnya, selama ini ramai pengusaha mengeluh kerana terpaksa menanggung beban kenaikan kos selain penguatkuasaan gaji minimum dengan kadar yuran maksimum RM250.

Bagaimanapun katanya, kenaikan purata RM50 ini akan memberi lebih banyak keistimewaan termasuk rekod perkembangan kanak-kanak sebanyak empat kali setahun atau setiap tiga bulan sekali.

“Kita akan memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa pada sesi depan dan sehingga kini ibu bapa tiada masalah kerana mereka turut memahami tujuan kenaikan yuran,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Kohort 5 2014 di Pusat Latihan Tinta Ori di Indera Mahkota, di sini, semalam.

Rosnah berkata, sebagai pengusaha taska, semua ahli persatuan mengalu-alukan keputusan itu kerana boleh membantu mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Menurutnya, penetapan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) iaitu tiga kanak-kanak bagi seorang pengasuh perlu dipenuhi bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sehingga kini, katanya sebanyak 124 taska berdaftar bawah persatuan berkenaan.

Kohort 5 disertai 34 pengasuh dari zon timur iaitu Rompin, Kuantan dan Pekan yang memerlukan mereka menjalani kursus selama 27 hari termasuk lima hari praktikal di taska terpilih.

Syabas dan terima kasih JKM Pahang

Saturday, November 8, 2014

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BERSAMA JABATAN TENAGA KERJA

Syukur program ini berlangsung dengan jayanya.Seramai 22 org pengusaha dan penyelia TASKA/TADIKA Negeri Pahang menghadiri bengkel hari ni.
Terima kasih kepada En. Aznan Salleh dari Jabatan Tenaga Kerja yang berusaha memberi penerangan ysng jelas berkaitan pembayaran gaji dan peraturan serta syarat-syarat bagi majikan dan pekerja.
Kursus anjuran PPNP ini dillansungkan pada 8 Nov 2014 di Pusat Latihsn Tinta Ori, Kuantan.
Syabas kepada semua yang hadir dan PPNP.

Tuesday, July 1, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DARIPADA EXCO PPNP

Walaupun telah melangkau ke hari ke empat ramadhan, belum terlambat kami exco PPNP ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada ahli PPNP khususnya dan kepada pendokong awal kanak-kanak amnya.

Di kesempatan ini kami menyusun 10 jari memohon ampun dari Allah swt dan meminta maaf kepada semua sekiranya sepanjang perjuangan kami ada yang tersilap, terlepas kata dan sebagainya yang tidak menyenangkan.

Semoga kita semua mendapat ramadhan yang terbaik pada tahun ini.

Selamat Berpuasa!



MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTAR PPNP DGN IKIP

PPNP mengorak langkah setapak lagi di dalam meletakkan persatuan ini di mata masyarakat. Tanggal 25 hb Jun 2014 yang lalu, PPNP menandatangani MOU dengan IKIP Pahang. PPNP telah diwakili oleh Puan Salina binti Shamsudin selaku Pengerusi PPNP.

Majlis telah berlangsung di Dewan Besar Yayasan Pahang dengan disaksikan oleh Menteri Besar Pahang. Majlis sederhana tetapi meriah itu telah dihadiri oleh semua exco PPNP dan beberpa orang pengusaha TASKA disekitar daerah Kuantan.

Antara intipati penting memorandum persefahaman ini ialah PPNP akan bekerjasama dengan IKIP Pahang di dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak. 

Setelah beberapa tahun penubuhan PPNP ini lah julung kalinya PPNP dilihat sebagai sebuah persatuan yang  boleh menyumbang ilmu dan tenaga di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Tahniah dan Syabas kepada semua barisan exco PPNP yang diketuai oleh Puan Salina Shamsudin. Semoga PPNP akan terus maju



Wednesday, April 9, 2014

KURSUS ASUHAN PERMATA KOHORT 4

Kursus Asuhan PERMATA Kohort 4 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 hb Mei hingga 26 hb Jun, 2014

Tempat : Pusat Latihan Tinta Ori, Indera Mahkota Kuantan

Masa pendaftaran : 8,00 pagi (26 hb Mei, 2014)

Bayaran : RM420 seorang tanpa makan dan minum

Sekiranyan peserta yang memerlukan penginapan sila berhubung dengan Puan Hasnah binti Abu kasim di talian 013-9550383. Bayaran bagi penginapan adalah RM200 selama tempoh kursus tanpa makan dan minum.

Kepada pengusaha, penyelia, pengasuh dan orang perseorangan yang berminat untuk mengikuti kursus ini sila berhubung dengan penyelaras kursus Puan Zubaidah Husin di talian 017-9190664/013-9390748 atau Puan Hasnah Abu Kasim di talian 013-9550383 untuk pendaftaran.

Semua bayaran hendaklah dibuat melalui bayaran terus ke bank CIMB Bank di bawah nombor akaun Persatuan Pengasuh Negeri Pahang 8005431548. Sila simpan semua slip pembayaran bagi bukti pembayaran dan hendaklah dibawa semasa hari pendaftaran.

Pembayaran hendaklah dibuat 14 hari sebelum tarikh kursus.




KURSUS ASUHAN PERMATA SIRI 3

Kursus Asuhan Permata Kohort 3 telah pun berlangsung pada 24 hb Februari dan berakhir pada 27 hb Mac, 2014 yang lalu. Kursus telah dihadiri seramai 29 orang peserta daripada seluruh daerah di Negeri Pahang. Kursus telah dijalankan di Pusat Latihan Tinta Ori, Indera Mahkota Kuantan. Tempoh kursus adalah selama 22 hari kuliah dan 5 hari praktikum di TASKA yang berdaftar di bawah JKM Malaysia.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah JKM Negeri Pahang En Azahari bin Daut pada petang 20 hb Mac, 2014.

BENGKEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA BERSAMA DR MAHANI BINTI RAZALI (UPSI)

Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Yang Bermakna bersama Dr Mahani Razali PHd pensyarah daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 hb April, 2014

Masa : 8.30 am hingga 5.00 pm

Tempat : Pusat Latihan Tinta Ori Indera Mahkota Kuantan

Bayaran : RM50 seorang ( ahli PPNP )/ RM80 seorang (bukan ahli PPNP) tanpa makan dan minum.

Berminat sila daftar nama kepada Puan Zubaidah Husin ditalian 017-9190664/013-9390748

Sijil Penyertaan akan diberikan di akhir Kursus.



Thursday, January 9, 2014

KURSUS ASUHAN PERMATA SIRI 2, KUANTAN

KURSUS ASUHAN PERMATA SIRI KE 2 AKAN BERLANGSUNG SPERTI BERIKUT:


TARIKH : 13 JANUARI HINGGA 14 FEBRUARI 2014

TEMPAT : PUSAT LATIHAN TINTA ORI, B32, TKT 2, IM 5/2, INDERA MAHKOTA, KUANTAN

MASA PENDAFTARAN : 8.00 PAGI


Bagi pengusaha TASKA yang berminat untuk menghantar pengasuh ke kursus siri ke 3 yang akan dijalan pada bulan Mac, 2014 boleh terus menghubungi penyelaras kursus Puan Zubaidah Husin ditalian 017-9190664 / 013-9390748  atau Puan Hasnah Abu Kasim di talian 013-9550383.

Untuk makluman semua pengusaha, bakal pengusaha dan pengasuh di seluruh Negeri Pahang, bagi kursus anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang hanya akan dijalankan di Kuantan sahaja. Bagi yang memerlukan penginapan pihak persatuan akan menyediakan dengan bayaran yang berpatutan.

Kursus Asuhan PERMATA adalah nama baru bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak. Semua pengusaha, pengasuh atau bakal pengusaha yang adalah diWAJIBKAN untuk menghadiri kursus berkenaan bagi memantapkan pengisian di TASKA dengan lebih terperinci, disamping sebagai syarat untuk pendaftaran TASKA.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

Berita baik kepada semua ibu bapa yang menghantar anak ke TASKA tempat kerja. Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disertakan di dalam pekelililing perkhidmatan 38/2013. Sila layari laman web http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp382013.pdf

Kepada semua pengusaha sila panjangkan kepada ibu bapa yang menghantar anak di TASKA di tempat kerja.


Semoga Allah permudahkan semua ujian yang diberikan kepada kita.