Tuesday, September 2, 2008

AKTIVITI TERKINI BIRO PENDIDIKAN

OLEH
Rosnah Ahmad
Ketua Biro Pendidikan

Salam,

Menemui semua ahli PPNP semoga sihat sejahtera dan bahagia selalu. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli yang beragama Islam.

Dalam kesibukan harian, Biro Pendidikan PPNP tidak lupa menjalankan tanggungjawab mengadakan kursus dan bengkel bagi meningkatkan professionalisme pengasuhan dikalangan ahli.

Aktiviti terbaru adalah Kursus Pertolongan Cemas bagi zon barat yang telah diadakan pada 23 ogos 2008 (Sabtu) di Dewan Majlis Perbandaran, Temerloh, Pahang. Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus yang dikelolakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Pahang.

Kursus serupa akan diadakan diKuantan dalam masa terdekat. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

Selain daripada itu, Bengkel Bahasa Inggeris untuk Pengasuh akan diakankan dalam bulan Oktober 2008. Bengkel ini akan dikelolakan oleh Puan Wan Noor Arshikin binti Wan Omar dari The Littleland Day Care Centre dan Puan Farida Kazi binti Mohamed dari Taska Intaz.

Bagi pihak PPNP, saya mengalu-ngalukan sebarang cadangan bagi menambah baikan perjalanan dan meningkatkan aktivisme PPNP.

Moga segala usaha kita dimudahkdan dan diberkatiNya.

"Sayangilah anak-anak kita"

PPNP SERTAI PELANCARAN PROJEK ASUHAN PRIHATIN MALAYSIA


Persatuan Pengasuh Negeri Pahang(PPNP) menyertai Pelancaran Projek Asuhan Prihatin Malaysia pada 28 Ogos 2008 (khamis)jam 4-5.30 petang bertempat di Dewan Kompleks Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Seramai 75 orang peserta dan 7 orang ahli jawatankuasa menghadiri pada majlis pelancaran tersebut.

Projek Asuhan Prihatin Malaysia Persatuan menganjurkan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) dan memberi khidmat holding hands kepada pengusaha Taska Rumah selama 6 bulan oleh mentor yang berpengalaman dan terlatih.

Projek ini adalah anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia(PPBM)dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Negeri dan disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kewangan Malaysia.

PPNP berjaya mengadakan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) sebanyak enam kali sebagaimana perancangan awal projek ini pada bulan Mac 2008. Seramai 177 wanita dari golongan ibu tunggal, suri rumah dan wanita berpendapatan rendah seluruh negeri Pahang mendapat manfaat daripada projek ini.

Setakat ini 11 orang peserta telah memulakan perniagaan Taska Rumah dan khidmat holding hands sedang dijalankan.

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH (KAAKTR) KALI KE 6

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang berjaya mengadakan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali ke 6 di Semuji Agro Resort, Gambang, Kuantan pada 25-29 ogos.


Seramai 22 orang peserta menyertai kursus ini. Kursus 5 hari 4 malam ini bertujuan memberi kemahiran kepada ibu tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah berkenaan aspek penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak bawah 4 tahun di Taska Rumah. Ia juga membantu golongan wanita ini menceburi bidang perniagaan dan menambah pendapatan melalui bidang pengasuhan Taska Rumah.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Negeri Pahang, Puan Shamsiah binti Husin. Dalam ucapan beliau menyeru semua peserta supaya sentiasa berusaha menimba ilmu dalam bidang pengasuhan untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

SAMBUTAN HARI TASKA 2008 MERIAH



Sambutan Hari Taska 2008 peringkat negeri anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP)di sambut meriah pada 24 Ogos 2008 (Ahad) bertempat di DewanTanah Putih, Kuantan.

Hari Taska ini disertai oleh lebih 200 kanak-kanak Taska dan Pusat Jagaan Negeri Pahang, anak-anak yatim dari Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dan kanak-kanak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Kuantan.

Pihak PPNP menyediakan pelbagai aktiviti dan pameran bersesuaian dengan tema sambutan iaitu “ Perkembangan Menyeluruh”.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk pertandingan bermain doh (playdough) membuat layang-layang, mewarna, melukis, membina lego serta membina menggunakan suratkhabar dan getah.




Selain daripada itu terdapat juga aktiviti bermain congkak, menyusun puzzle serta pameran aktiviti di taska dan pusat jagaan, membesar bersama alam (nurturing through nature) dan uji kaji sains.

Pameran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan turut memberi pelbagai penerangan berkaitan keselamatan dan kesihatan.

Pengerusi PPNP, Puan Norrimas Nordin dalam ucapan aluannya berkata adalah penting bagi ibu bapa, guru, pengasuh dan orang dewasa dalam masyarakat menggalakkan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh supaya mereka membesar secara seimbang dari segi fizikal, sosio-emosi, bahasa dan kognitif.

Puan Norrimas juga menyatakan kehadiran anak-kanak yatim dan istimewa pada sambutan kali ini juga bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada kanak-kanak untuk bergaul, menghormati dan menghargai golongan yang kurang bernasib baik.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Puan Shamsiah binti Husin. Dalam ucapan beliau menekankan tugas mendidik bukan hanya di pusat asuhan. Pendidikan di rumah oleh ibu bapa dan penjaga juga sangat penting.

Beliau menyeru semua ibu bapa dan penjaga supaya tidak hanya memfokuskan pendidikan formal tetapi turut menggalakkan kanak-kanak belajar melalui bermain, bebas mencuba dan berinteraksi bersama alam yang memberi banyak faedah dan penawar bagi kanak-kanak.


Pengarah Hari Taska 2008, Puan Wan Noor Arshikin binti Wan Omar dari The Littleland Day Care Centre merakamkan ribuan terima kasih ke atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak JKM Negeri Pahang, Agensi-agensi terlibat semua urusetia, pengusaha Taska dan Pusat Jagaan serta semua ibu bapa, pengasuh dan guru-guru yang menjayakan Hari Taska kali ini.

Beliau berharap segala kebaikan yang hadir bersama Hari Taska kali ini dimanfaatkan dan segala usaha diberkatiNya.

Thursday, August 7, 2008

Perutusan Hari TASKA 2008


oleh Pengerusi, Perstuan Pengasuh Negeri Pahang Puan Norrimas binti Nordin

Hari Taska Kebangsaan di sambut pada bulan Ogos setiap tahun.

Tema Hari Taska pada tahun ini memfokuskan kepada "Perkembangan Menyeluruh" iaitu elemen yang terakhir dalam tema alaf baru iaitu R.E.S.P.E.C.T yang sedia ada (abjad "T" dalam bahasa inggeris adalah Total Development).

Fokus Perkembangan Menyeluruh adalah:-
- Pengasuhan berkualiti mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.
- Program yang mencabar dan pelbagai untuk memberi pendedahan dalam semua aspek perkembangan menyeluruh (Fizikal, Bahasa, Kognitif & Sosio-Emosi) termasuk sains matematik, muzik, seni, pendidikan jasmani & kerohanian dan moral.
- Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka secara mendalam mengikut minat kecenderungan diri mereka.
- Menggalakkan kanak-kanak membesar menjadi individu yang seimbang melalui aktiviti individu & kumpulan.
- Memastikan kanak-kanak mempunyai peluang mencapai potensi optimum diri mereka sendiri

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua Taska-Taska Dalam Negeri Pahang bersama-sama mendokong wawasan ini bagi mencapai generasi yang lebih cemerlang, Gemilang dan Terbilang sesuai dengan saranan kerajaan Malaysia.

Untun makluman semua ahli, Sambutan Hari Taska 2008 bagi peringkat Negeri Pahang akan di sambut pada 24 Ogos 2008 di Dewan Sek. Men. Tanah Putih, Kuantan jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari.

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah :-

Pertandingan
1. Playdough
2. Lego / Duplo
3. Layang-layang
4. Binaan Kreatif
5. Congkak

Pameran
1. Pameran Taska (Aktiviti-aktiviti Kanak-Kanak)
2. Pameran PPNP
3. Pameran Agensi

Adalah di harapkan semua Pengusaha-pengusaha Taska/Pusat Jagaan Negeri Pahang mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan sambutan Hari Taka pada tahun ini.Semoga segala usaha kita akan diberkati olehNya.

Selamat Hari TASKA
"Ke Arah Pengasuhan Yang Berkualiti"
"Anak-Anak Pewaris Negara, Sayangilah Anak-anak Kita".

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 31, 2008

PPNP ADAKAN KAAKTR KALI KE EMPAT DI BENTONG



Persatuan Pengasuh Negeri Pahang berjaya mengadakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali ke 4 di Awana Resort, Genting pada 21-25 Julai 2008.

Peserta seramai 25 orang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumahtangga dan wanita yang berpendapatan rendah. Kursus ini memberi latihan aspek penjagaan dan pengasuhan taska rumah yang berkualiti


Kursus ini juga bertujuan memberi peluang kepada wanita untuk menambah pendapatan melalui pengasuhan di rumah yang berkualiti.

Suasana nyaman dan hijau di Awana Resort Genting memberi satu semangat baru bagi peserta. Kursus disulami dengan aktiviti santai bersama alam, riadhah dan pengisian motivasi oleh urusetia.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Puan Shamsiah Hussin. Turut hadir adalah Penolong Pengarah Perundangan dan Advokasi, En.Abdul Ghani Mohd Yusof, Pengerusi PPNP, Puan Norrimas Nordin, Naib pengerusi PPNP, Puan Rosnah Ahmad, Penyelaras, Penceramah dan urusetia.

Sebelum ini PPNP melatih lebih 70 wanita dalam 3 kursus serupa di Hotel Green Park Temerluh ( 12-16 Mei 2008), dan Sanctuary Resort ( 23-27 Jun 2008) dan Hotel Green Park Temerluh (7-11 Julai 2008 ).

PPNP berharap dapat menjayakan lebih banyak Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah kepada golongan sasaran ibu tunggal dan wanita dari keluarga yang berpendapatan rendah pada tahun ini.

PPNP ANJUR MAJLIS MALAM MESRA BERSAMA ANAK YATIM-13 JULAI 2008 DEWAN UTAMA WISMA BELIA INDERA MAHKOTA KUANTAN














Lebih 300 orang tetamu hadir meraikan 70 anak-anak yatim dari 3 buah rumah anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim Permata Camar Sungai Soi, Rumah Anak Yatim Anakku Penyayang Kuala Rompin dan Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah Kuantan.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancungan, Kesenian dan Warisan, Pembanguna Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri, YB Syafiq Fauzan Sharif

Majlis malam mesra ini bertujuan memupuk semangat kepedulian dan keprihatian terhadap anak yatim dikalangan ahli-ali PPNP.

Puan Norimas selaku Pengerusi berharap semua ahli sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan dan berusaha menghulurkan bantuan kepada anak yatim secara konsisten.

Melalui majlis ini juga beliau berharap dapat meraikan anak-anak yatim dan memberi harapan dan keyakinan kepada anak-anak yatim bahawa masih ada pihak yang prihatin terhadap masa depan mereka. Pertemuan anak-anak yatim dari rumah yang berlainan juga dapat meningkat hubungan.














Majlis diserikan dengan persembahan daripada anak-anak yatim yang cukup menghiburkan dan professional. Selain dari itu Ahli Jawatankuasa penganjur juga turut mempersembahn tarian poco-poco, cabutan bertuah dan persembahan tarian, nyanyian dan lakonan daripada pengasuh-pengasuh taska.










Segala sumbangan yang diterima akan dimajukan kepada 3 rumah anak yaitm tersebut.

PPNP merakamkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan daripada semua pihak. Moga semua amal kita diterima dan diberkatiNya.

" Sayangi dan dekati anak-anak yatim"

LAPORAN KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK 1/2008

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak kali pertama bagi tahun 2008 anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang(PPBM) dengan kerjasama PPNP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berlangsung dari 2 hingga 19 Jun 2008. Kursus selama 16 hari ini diadakan di Rumah Srikandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Peserta-peserta terdiri dari pengusaha, pengasuh, penyelia dan bakal pengusaha dari Negeri Pahang. Seramai 26 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus ini.

Ujian Amali telah dijalankan di taska-taska di sekitar bandar Kuantan. Pemudah cara dan jurulatih adalah dari PPBM, Pegawai JKM dan Pegawai dari egensi-agensi berkaitan.

Peserta-peserta kursus memberi maklum balas yang baik secara keseluruhan. Mereka mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran dari kursus ini. Ujian amali yang diadakan di taska-taska juga telah membuka minda mereka tentang perjalanan sebenar taska serta persekitaran di dalam dan luar taska.

Secara keseluruhan semua peserta merasakan bahawa aspek perkembangan menyeluruh adalah sangat penting difahami oleh bukan sahaja pengusaha taska dan pusat jagaan malahan semua ibu bapa dan orang dewasa.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, En. Zakaria. Turut hadir di majlis ini ialah Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Puan Norshiela Abdullah, Pegawai Penyelaras Taska Negeri Pahang, En. Abdul Ghani Mohd. Yusof dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengasuh Negeri Pahang.

PPNP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua urusetia dan pengusaha taska yang telah membenarkan ujian amali diadakan di taska masing-masing. Moga
segala amal diberkatiNya.

Sekian.

Saturday, May 17, 2008

PPNP JAYA KURSUS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH KALI PERTAMA DI TEMERLUH


















Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) telah mengadakan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali pertama dengan jayanya pada 12-16 Mei 2008 bertempat di Hotel Green Park, Temerluh, Pahang.

Peserta seramai 23 orang dari Kuantan, Bentung, Jerantut dan Temerluh adalah dari kalangan ibu tunggal dan suri rumah yang berpendapatan rendah.

Kursus ini adalah di bawah projek Asuhan Prihatin yang dianjurkan oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia(PPBM) dan disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Tujuan kursus ini adalah:-

- Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengusaha atau pengasuh Taska Rumah supaya mereka dapat mengendalikan Taska dengan lebih efektif an bermutu.
- Supaya kanak-kanak yang dihantar ke Taska Rumah dapat menerima asuhan yang menyokong perkembangan menyeluruh.
- Untuk meningkatkan imej pengasuh melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari kandungan kursus.



Kursus selama 5 hari ini merangkumi 15 modul yang memberi tumpuan perkembangan dan pentadbiran Taska Rumah. Di antaranya adalah:-

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dan berasaskan kebudayaan tempatan
2. Penyediaan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-kanak
3. Tugas dan tanggungjawab pengasuh Taska Rumah
4. Penyediaan makanan seimbang bagi kanak-kanak taska rumah
5. Kewangan dan pentadbiaran taska rumah
6. Penglibatan ibu bapa di taska rumah
7. Perlesenan dan proses pendaftaran taska rumah

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Puan Shamsiah Husin.

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada JKM Negeri Pahang, JKM Daerah Temerluh dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) atas segala kerjasama dan sokongan sebelum dan sepanjang masa kursus dijalankan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Shamsinar Sharif daripada PPBM yang berada sepanjang kursus untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada PPNP.

Penghargaan juga kepada Penyelaras KAAKTR, Puan Salina Shamsudin, Urusetia KAAKTR Puan Ramlah Kemat dan Cik Hafrinalira Nordin yang telah bertungkus lumus sebelum dan sepanjang masa kursus.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua jurulatih PPNP, penceramah jemputan.
dan pihak pengurusan Green Park Hotel.

Kursus Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali kedua akan diadakan di Kuantan pada 23-27 Jun 2008. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi:-

Puan Norrimas Nordin (012-9888679)
Puan Salina Shamsuddin (013-9811744)
Puan Rosnah Ahmad (013-9308873)

KEARAH PENJAGAAN DAN PENGASUHAN YANG BERKUALITI

Sekian.

Tuesday, May 6, 2008

Laporan Kursus Asas Pengenalan Asuhan Kanak-kanak Pahang Barat

Salam,

Kursus Pengenalan Asas Asuhan Kanak-kanak Pahang Barat telah dijayakan pada 3 dan 4 Mei bertempat di perpustakaan Awam, Temerluh. Seramai 25 orang pengasuh telah menghadiri kursus ini.

Sekian.

Laporan Mesyuarat Pengusaha Pahang Barat

Salam,

Mesyuarat pengusaha bahagian Pahang Barat telah diadakan pada 29 April 2008 ( Selasa) bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Jabatan Kemajuan Masyarakat Temerluh. Mesyuara juga dihadiri oleh Pegawai JKMN iaitu En. Abdul Ghani bin Mohd Yusof dan Cik Lily.

Antara agenda yang dibincangkan adalah Aktiviti Biro Pendidikan serta Biro Kebajikan dan Sosial, Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR). Mesyuarat juga telah melantik wakil biro pendidikan dan biro kebajikan dan sosial bagi setiap daerah bagi memudahkan pengurusan PPNP. Nama-nama wakil biro akan dimaklumkan kemudian.





Aktiviti Bowling PPNP dalam Sinar Harian

Salam,

Aktiviti Bowling anjuran PPNP telah mendapat liputan akhbar Sinar Harian seperti di bawah. Terima kasih kepada semua atas usaha dan sokongan




.

Thursday, April 3, 2008

LAPORAN MESYUARAT PENGUSAHA 1/4/08

Salam,

Mesyuarat pengusaha kali 1/2008 telah diadakan dengan jayanya pada 1 April 2008 bertempat di Rumah Nur Kuantan jam 3-5 petang.

Mesyuarat dihadiri AJK, pengusaha dan Pegawai JKMN En. Abdul Ghani Mohd. Yusof.
Semua agenda diperbincangkan. Setiausaha akan menyiapkan laporan penuh. Minum petang dengan hidangan laksa penang yang enak dan kuih muih mengakhiri mesyurat.

Terdapat beberapa pindaan pada Jadual Aktiviti 2008. Saya telah edit, jadi sila rujuk semula. Ambil perhatian kepada aktiviti terdekat iaitu kursus pertolongan cemas pada 5 dan 6 April serta Pertandingan Bowling pada 19 April 2008.

Sekian. Terima kasih.

Friday, March 28, 2008

MAKLUMAN-KURSUS PENGURUSAN 8-12 APRIL DITUNDA

Salam,

Dimaklumkan bahawa Kursus Pengurusan Taska yang dijadualkan pada 8-12 April 2008 ditangguhkan berikutan dana belum diperolehi oleh pihak Penganjur.

Sila rujuk kepada jadual aktiviti terkini untuk aktiviti-aktiviti lain seperti di bawah:-

Bil/ Tarikh/ Aktiviti

1. 22 dan 23 Mac 2008 KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Dijalankan selama 2 hari di Kolej Komuniti, Indera Mahkota, kuantan.

2. 05 & 06 April 2008 KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
- Di Rumah Sri Kandi, Kuantan selama 2 hari.
- Yuran RM 70 (ahli) RM 80 (bukan ahli) termasuk fail, nota, makan pagi dan tengahari

3. KURSUS PENGURUSAN TASKA-Kursus ini di tunda.
- Dijalankan selama 5 hari di Kolej Komuniti, Indera Mahkota, Kuantan.
- Yuran RM 70(ahli) bukan RM80 termasuk beg, makan pagi dan tengahari.
- Kepada yang memerlukan tempat tinggal sila telefon Puan Norimas-012-9888679

4. 19 April 2008 PERTANDINGAN BOWLING
- Diadakan Di Premium Lane, Kuantan Plaza Pusat, Kuantan.

5. 3 dan 4 Mei 2008 KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Dijalankan selama 2 hari di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat Daerah Temerloh, Temerloh, Pahang
- Yuran RM 70 (ahli) RM 80 (bukan ahli) termasuk fail, nota, makan pagi dan tengahari

6. 12 -16 Mei 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

7. LAWATAN KE KUALA LUMPUR-Tarikh akan ditentukan kemudian

8. 2 – 21 Jun 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pengusaha, Bakal Pengusaha, Penyelia & Pengasuh.
- Yuran RM 480 tidak termasuk makanan dan tempat tinggal.

9. 23 -27 Jun 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

10. 07-11Julai 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

11. 14-18 Julai 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH (chinese version)
- Dijalankan selama 5 hari di Bentong, Pahang. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran

12. 10 Ogos 2008 HARI TASKA

13. 11 - 15 Ogos 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH (Tamil version)
- Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
-Bayaran RM10 untuk pendaftaran

14. 18-22 Ogos 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- Dijalankan selama 5 hari di Bentong atau Kuantan. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran

15. 30-31 Ogos 2008 HARI PENGASUH DI AGRO RESORT SEMUJI

16. TARIKH AKAN DITENTUKAN JAMUAN HARI RAYA

17. 17 Nov-6 Dis 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pengusaha, Bakal Pengusaha, Penyelia & Pengasuh.
- Yuran RM 480 tidak termasuk makanan dan tempat tinggal.



*** Kursus Bahasa Inggeris untuk Pengasuh akan ditentukan tarikh kemudian.
*** Jamuan ramah mesra bersama pengarah juga akan ditentukan tarikh kemudian

Monday, March 24, 2008

MESYUARAT PENGUSAHA ZON BARAT

Salam

Dimaklumkan bahawa PPNP akan mengadakan Mesyuarat Pengusaha Zon Barat seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 April 2008 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh

Agenda :
1.Ucapan Pengerusi
2. Laporan Biro-Biro
3. Perkara berbangkit
4. Projek Asuhan Prihatin
5. Memanfaatkan IT untuk meningkatkan komunikasi dan profesianlisme PPNP
6. Lain-Lain hal
7. Ucapan penangguhan
Diharap semua pengusaha dapat melapangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat tersebut.
Sekian.
Ira - Naib Setiausaha PPNP

LAPORAN KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK

Salam,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Kursus Pengenalan Asas Asuhan Kanak-kanak telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 22 dan 23 Mac 2008 di Kolej Komuniti Kuantan. Seramai 44 orang peserta dari kuantan, Pekan dan Maran telah mengikuti kursus ini. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Shamsiah Hussein, Pengarah Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

Terima Kasih kepada semua urusetia, peserta dan En Abdul Ghani Mohd.Yusof dan Puan Nor Afiza daripada JKMN Pahang atas segala usaha dan sokongan.

Wassalam

Rosnah Ahmad
Ketua Biro Pendidikan

Monday, March 17, 2008

MESYUARAT PENGUSAHA

Salam,

Dimaklumkan bahawa mesyuarat Pengusaha akan diadakan seperti ketetapan di bawah:-

Di Kuantan
Tarikh: 1 April 2008 ( Selasa)
Masa : 2.30- 5.00 petang
Tempat: Rumah Nur, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Laporan Kewangan
3. Laporan Biro-biro
4. Membincangkan Mengenai Kursus Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah
5. Membincangkan Penggunaan IT Dalam Melicin Perjalanan PPNP.
6. Perkara Berbangkit
7. Hal-hal Lain
8. Ucapan Penangguhan
9. Penutup

Harap semua pengusaha dilapangkan masa untuk hadir bagi menjamin perjalanan dan professionalisme PPNP di masa-masa akan datang.

JADUAL AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2008

Bil/ Tarikh/ Aktiviti

1. 22 dan 23 Mac 2008 KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Dijalankan selama 2 hari di Kolej Komuniti, Indera Mahkota, kuantan.

2. 05 & 06 April 2008 KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
- Di Rumah Sri Kandi, Kuantan selama 2 hari.
- Yuran RM 70 (ahli) RM 80 (bukan ahli) termasuk fail, nota, makan pagi dan tengahari

3. KURSUS PENGURUSAN TASKA-Kursus ini di tunda kemungkinan ke bulan Ogos.

- Kursus ini adalah anjuran bersama Institute Perkembangan Awal Kanak-kanak
- Dijalankan selama 5 hari. Tempat dan yuran akan ditentukan kemudian.


4. 19 April 2008 PERTANDINGAN BOWLING
- Diadakan Di Premium Lane, Kuantan Plaza Pusat, Kuantan.
- Yuran Penyertaan: RM30 setiap seorang.

5. 3 dan 4 Mei 2008 KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Dijalankan selama 2 hari di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat Daerah Temerloh, Temerloh, Pahang
- Yuran RM 70 (ahli) RM 80 (bukan ahli) termasuk fail, nota, makan pagi dan tengahari

6. 12 -16 Mei 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

7. LAWATAN KE KUALA LUMPUR ( Lawatan di tunda ke satu arikh yang akan ditetapkan

8. 2 – 21 Jun 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pengusaha, Bakal Pengusaha, Penyelia & Pengasuh.
- Yuran RM 480 tidak termasuk makanan dan tempat tinggal.

9. 23 -27 Jun 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

10. 07-11Julai 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

11. 14-18 Julai 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH (chinese version)
- Dijalankan selama 5 hari di Bentong, Pahang. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran

12. 10 Ogos 2008 HARI TASKA

13. 11 - 15 Ogos 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH (Tamil version)
- Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
-Bayaran RM10 untuk pendaftaran

14. 18-22 Ogos 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- Dijalankan selama 5 hari di Bentong atau Kuantan. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran

15. 30-31 Ogos 2008 HARI PENGASUH DI AGRO RESORT SEMUJI

16. JAMUAN HARI RAYA -TARIKH AKAN DITENTUKAN

17. 17 Nov-6 Dis 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pengusaha, Bakal Pengusaha, Penyelia & Pengasuh.
- Yuran RM 480 tidak termasuk makanan dan tempat tinggal.


*** Bengkel Tema dan Bahan Kos endah akan ditentukan tarikh kemudian.
*** Kursus Bahasa Inggeris untuk Pengasuh akan ditentukan tarikh kemudian.
*** Jamuan ramah mesra bersama pengarah juga akan ditentukan tarikh kemudian

KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK 2008

Tarikh: 22&23 Mac 2008 ( Sabtu Dan Ahad)
Masa 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah, Kolej Komuniti, Indera Mahkota, Kuantan.
Bayaran: RM70 (ahli) RM80 ( bukan ahli)

Untuk penyertaan sila hubungi:
Puan Ramlah binti Kemat(setiusaha) 013-9327140
Cik Ira Nordin (Pen. Setiausaha) 013-9608868
Puan Rosnah binti Ahmad ( Naib Pengerusi) 013-9308873

JADUAL PROGRAM KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
22-23 Mac 2008

Hari pertama Sabtu 22 Mac 2008

Masa Tajuk

8.30 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Pengenalan kepada Taska-Akta dan Persekitaran
10.00 pagi - Kudapan pagi
10.30 pagi - Tugas-tugas pengasuh
11.30 pagi - Rekod-rekod di Taska
12.30 tgh - Makan Tengah Hari/Solat
2.00 ptg - Perkembangan Menyeluruh
3.00 ptg - Perkembangan Fizikal dan Aktiviti Yang Menggalakkan
4.00 ptg - Menulis Kertas Kerja Aktiviti Perkembangan Fizikal
5.30 ptg - Minum petang/Bersurai


Hari Kedua Ahad 23 Mac 2008

Masa Tajuk

8.30 pagi - Perkembangan Kognitif dan Aktiviti Yang
Menggalakkan
10.00 pagi - Kudapan Pagi
10.30 pagi - Menulis Kertas Kerja Aktiviti Perkembangan Kognitif
11.30 pagi - Perkembangan Bahasa dan Aktiviti Yang Menggalakkan
12.30 tgh - Menulis Kertas Kerja Aktiviti Perkembangan Bahasa
1.00 tgh - Makan Tengah Hari/Solat
2.30 ptg - Perkembangan Sosio-emosi dan Aktiviti Yang
Menggalakkan
3.30 ptg - Menulis Kertas Kerja Aktiviti Perkembangan
Sosio-emosi
4.30 ptg - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
5.00 ptg - Bersurai

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2007

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2007

Bil Tarikh Aktiviti
1 31 March 2007 KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Dijalankan selama 1 hari di Rumah Rehat Annexe, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 71 orang peserta telah mengikuti Kursus tersebut.

2 21 April 2007 SUKANEKA PPNP
- dijalan di Taman Gelora, Kuantan.
- Seramai 38 orang peserta telah mengikuti Sukaneka tersebut.

3 05 & 06 Mei 2007 LAWATAN KE KOTA BHARU
- Anjuran Biro Sosial PPNP, Seramai 38 orang peserta
- Lawatan diadakan selama 2 hari 1 malam

4 04 – 21 Jun 2007 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Pusat Tuisyen At-Taqwa, Jalan Bukit Sekilau, Kuantan.
- Jumlah keseluruhan seramai 26 orang peserta telah mengikuti KAAK pada kali Pertama 2007 termasuk 3 orang
peserta dari PDK yang telah dihantar oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

5 14 Julai 2007 BENGKEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERTEMA MEMILIH & MENYEDIAKAN PERMAINAN DARIPADA BAHAN KOS RENDAH
- Diadakan Di Pusat Tuisyen At-Taqwa, Jalan Bukit Sekilau, Kuantan.
- Seramai 60 orang peserta telah mengikuti Bengkel tersebut.
Termasuk 3 orang daripada Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan

6 15 Julai 2007 BENGKEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERTEMA MEMILIH & MENYEDIAKAN PERMAINAN DARIPADA BAHAN KOS RENDAH
- Diadakan Di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Persekutuan Daerah Temerloh, Temerloh.
- Seramai 26 orang peserta telah mengikuti Bengkel tersebut.
Termasuk seorang daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh.

7 24 & 25 Julai 2007 SEMINAR PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA ISLAM
- Diadakan di Hotel M.S Garden, Kuantan
- Seramai 4 orang Ahli Jawatankuasa telah menghadiri Seminar tersebut dibawah Anjuran Majlis Perbandaran Kuantan & Institusi Kefahaman Keluarga Islam Malaysia.

8 11 & 12 Ogos 2007 KURSUS PERTOLONGAN CEMAS (CPR)
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan
- Seramai 17 orang peserta

9 12 Nov – 1 Dec 2007 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada Pengusaha, Bakal Pengusaha, Penyelia & Pengasuh.

10 24 & 26 Nov 2007 SEMINAR KESEDARAN AIDS & HIV
- Diadakan di Hotel Legend, Cherating, Kuantan
- Seramai 5 orang Ahli Jawatankuasa telah menghadiri Seminar tersebut dibawah Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita

11 06 Dec 2007 HARI PENGASUH PERSATUAN PENGASUH BERDAFTAR MALAYSIA (PPBM)
- Diadakan di Hotel Singgah Sana, Petaling Jaya, Selangor.
- Seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa telah menghadiri Hari Pengasuh tersebut.

12 08 & 09 Dec 2007 KURSUS PERSEKITARAN DALAM TASKA & TADIKA
- Diadakan di Dewan Utama, Kolej Komuniti Kuantan, Indera Mahkota, Kuantan.
- Seramai 78 orang peserta telah mengikuti Kursus pada kali ini. Ini berikutan PPNP telah membuat pakej bayaran untuk peserta iaitu 2 orang peserta dari 1 Taska akan diberi percuma untuk peserta yang Ke-3.

13 13 Dec 2007 MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI PAHANG
- Diadakan di Wisma Belia & Sukan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
- Seramai 4 orang Ahli Jawatankuasa telah menghadiri Seminar tersebut dibawah Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita

14 15 & 16 Dec 2007 KURSUS ASAS PERTUMBUHAN, PENJAGAAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Elektrisola (M) Sdn. Bhd.
- Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pekerja & ibubapa telah menghadiri Kursus tersebut.