Tuesday, April 28, 2015

EXCO PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG SESI 2015-2017






PENGERUSI : PUAN ZUBAIDAH BT HUSIN

NAIB PENGERUSI: PUAN HASNAH BT ABU KASIM

SETIAUSAHA: PUAN NORLIDA  @ JULIA BT ABDULLAH

PENOLONG SETIAUSAHA :CIK NURUL ATIQAH BT MOHD RAZALI

BENDAHARI : PUAN NORAZLINA BT MOHAMAD ANWAR



AHLI JAWATANKUASA :

PUAN RASHIDAH BT AHMAD

PUAN NORHAYATI BT MOHD NOR

PUAN SHARIFAH FAUZAAN BT SYED MOHAMAD RASOL

PUAN JARINAH BT HAJI SIDIK

PUAN KANCHENAH A/P RAMASAMY

PUAN NORSYAHIDA BT MAHDI

ENCIK MOHAMAD MUSTAQIM B MOHD SAID

CIK YUAFIDA BT MD YUNOS

PUAN ZANARIAH BT RAMLI


PENASIHAT:
ENCIK MOHD ROSTAM B MOHD HUSAIN

Monday, April 27, 2015

Mesyuarat Kali -1 Exco Persatuan Pengasuh Negeri Pahang

Pada 18 April 2015 yang lepas Persatuan Pengasuh Negeri Pahang telah mengadakan mesyuarat kali pertama bersama ahli-ahli exco PPNP yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung yang lepas.

Mesyuarat telah diadakan di MS Garden Hotel,Kuantan telah dihadiri oleh semua ahli.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Zubaidah Husin selaku Presiden PPNP.

Antara perbincangan yang telah dibincangkan:

1.Membuat 'post mortem'  Hari Sambutan Pengasuh yang lepas.

2.Merancang aktiviti dan kursus-kursus yang akan dijalankan sepanjang tahun untuk kesemua ahli-ahli PPNP.

3.Pemberitahuan tentang maklumat hasil daripada mesyuarat PPNP dan JKM tentang beberapa perkara yang telah dibincangkan.

4.Lain-lain hal berkaitan dengan PPNP

Harapan Presiden PPNP kepada semua ahli-ahli agar dapat memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada semua ahli agar semua ahli akan mendapat manfaat dengan PPNP



Kesempatan juga diambil untuk meraikan mantan PPNP Puan Salina Shamsudin dan AJK lama PPNP yang dibuat pada sebelah malamnya sebagai menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan bersama PPNP.


Kami bersedia berkhidmat untuk semua.

Wednesday, April 22, 2015

KURSUS ASUHAN PERMATA MEI 2015

Kursus Asuhan PERMATA akan diadakan seperti berikut:



Tarikh: 11 Mei hingga 13 Jun 2015

Tempat: Pusat Latihan Tinta Ori,Bandar Indera Mahkota

Masa Pendaftaran: 8 pagi (11 MEI 2015)

Bayaran : RM 420 seorang tanpa makan dan minum

Kepada pengusaha, penyelia, pengasuh dan orang perseorangan yang berminat untuk mengikuti kursus ini sila berhubung dengan penyelaras kursus Puan Hasnah Abu Kasim di talian 013-9550383 untuk pendaftaran.

Semua bayaran hendaklah dibuat melalui bayaran terus ke bank CIMB Bank di bawah nombor akaun Persatuan Pengasuh Negeri Pahang 8005431548. Sila simpan semua slip pembayaran bagi bukti pembayaran dan hendaklah dibawa semasa hari pendaftaran.

Pembayaran hendaklah dibuat 14 hari sebelum tarikh kursus.

Monday, April 20, 2015

SAMBUTAN HARI PENGASUH KALI KE 4 DAN MESYUARAT AGUNG PPNP KALI KE 14

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) baru-baru ini telah mengadakan Sambutan Hari Pengasuh untuk meraikan ahli-ahli disamping mengeratkan silaturahim sesama ahli dan bertukar-tukar pendapat serta pandangan.

Sambutan Hari Pengasuh yang telah diadakan pada 4 - 5 April 2015 bertempat di Felda Residence Tekam,Jerantut,Pahang telah dihadiri hampir 85 orang pengusaha dan pengasuh TASKA dan  seluruh negeri Pahang. Tema bagi sambutan program kali ini adalah `ALAM'. Pemilihan tema adalah kerana tahun ini merupakan tahun yang memfokuskan kepada persekitaran. Tujuan tema ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pengusaha dan pengasuh  tentang bagaimana hendak mendidik dan mengasuh kanak-kanak di TASKA dalam memperkasakan alam dan menjaga alam persekitaran .

Program telah dimulakan dengan taklimat tentang `Go Green TASKA' oleh Datin PH Wong Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.


PPBM's GREEN RANGER MALAYSIA TTT EXPLORER CAMP 

Makan Malam sempena sambutan Hari Pengasuh dan Mesyuarat agung PPNP telah disempurnakan oleh YB.Dato' Sahaniza Binti Shamsuddin,DIMP.,AMP.,BCM. Adun Kuala Sentul.Turut hadir bersama  wakil PKMD Jerantut dan Datin PH Wong Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.





Program diteruskan pada keesokan harinya dengan slot motivasi daripada wakil IKIP iaitu Puan Wan Kalsom. Majlis diakhiri dengan mesyuarat Agung PPNP kali ke 14 dengan perlantikan Pengerusi dan jawatankuasa baru yang akan menerajui PPNP bagi tempoh 2 tahun lagi iaitu 2015 hingga 2017. Semoga PPNP akan terus maju ke hadapan.



BERPERSATUAN BANYAK MANFAATNYA.....