Thursday, May 23, 2013

'TEAM BUILDING' (SOFT SKILLS) SIRI 1 UNTUK PENGUSAHA TASKA ANJURAN PPNP

Setelah sekian lama merancang untuk menganjurkan Team Building untuk semua pengusaha di Negeri Pahang, akhirnya tanggal 17 hb Mei sehingga 19 hb Mei, 2013 maka termaktublah janji ALLAH swt pada tarikh itu pengusaha TASKA bertemu di Kem SMART BKERP Kg Lebu Bentong Pahang.

Program yang telah dihadiri seramai 37 orang yang terdiri daripada pengusaha dan penyelia TASKA telah berjalan dengan lancar.  Di luar jangkaan PPNP program kali ini telah dihadiri oleh pengusaha TASKA daripada Cameron Highland. Selama 12 tahun penubuhan PPNP tidak pernah lagi penyertaan oleh pengusaha daripada daerah Cameron Highland. Ini menunjukkan bahawa PPNP telah diterima sebagai sebuah badan NGO oleh pengusaha TASKA sebagai agen kepada kerajaan.

Pengisian program yang dipenuhkan dengan santapan rohani sehinggalah kepada kemantapan fizikal dan mental telah memberi kesan yang positif kepada semua peserta. Jurulatih yang dikenali sebagai Abang Smart telah berkongsi ilmu dan pengalaman beliau untuk membuka minda usahawan TASKA agar menjadi lebih positif, bekerjasama, bersaing secara sihat, mengenal yang hak dan mengenali diri menjadikan program lebih bermakna selama 3 hari 2 malam di kem SMART BKERP.

Kesan yang mendalam kepada semua pengusaha apabila dikejutkan dengan dimana silapnya kita menceburkan diri di dalam bidang perniagaan tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang kita lakukan (matang tak sedar) Mungkin kita berjaya, tetapi tanpa kita sedar yang kita sebenarnya gagal. Faktor ketakutan dalam diri setiap pengusaha antara penyebab mengapa kita tidak mahu maju ke depan.


matang tak sedar-
MATANG TAK SEDAR bermaksud apabila seseorang semakin matang dari segi umur tetapi tak sedar bahawa perbuatan, perkataan, tindakan atau apa sahaja tidak menggambarkan kematangan tetapi sebaliknya seperti contoh seseorang yg masih bercakap dengan mulut penuh dengan makanan...wallahua'lam..
Marilah sama2 kita berusaha menjadi matang sedar bukan matang tak sedar-Pengajaran daripada Teambuliing Motivasi Kepimpinan Usahawan bersama team Abang Smart" - Puan Rosnah Ahmad

Antara TIPS yang boleh dikongsikan:

A = awal dari waktu (bukan tepati)
S =  sokongan (semua pihak)
K = Komitmen
B = bermain ( bukan main-main)
I =  ikut perintah

PPNP juga merancang untuk mengadakan kursus yang sama untuk semua pengasuh negeri Pahang secara bersiri. Sekiranya berminat bolehlah hubungi exco PPNP untuk keterangan lanjut.

Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan.




BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA ABANG SMART DAN PASUKANNYA.