Monday, November 28, 2011

DEFINISI NILAI

Salam,

Mari kita berkongsi artikel ini yang menarik dan jelas mengenai sikap dan nilai. Moga kita sama-sama muhasabah diri dan berubah demi anak-anak generasi pewaris.

Wassalam.

DEFINISI NILAI

Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seeorang ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan.

Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.

Secara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakan tingkahlaku yang dipilih melibatkan nilai, indiivdu yang berkenaan atau nilai kelompoknya.

Justeru itu pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi prsoes pembangunan.Penghasilan nilai-nilai ini akan mengakibatkan pihak lain mengecap kita sebagai masyarakat membangun yang tidak bermoral. Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan setiap orang kerana tingkahlaku/nilai indiivdu mencerminkan nilai keseluruhan rakyat Malaysia.

Dalam perjuangan kita untuk mencapai pembangunan, nilai kasih sayang telah menjadi sesuatu yang bole dijual beli dengan wang ringgit. Nilai-nilai kasih sayang yang dimaksudkan di sini ialah

1. Sayang kepada alam sekeliling.
2. Sayang kepada hidupan bernyawa.
3. Cinta kepada negara.
4. Cinta kepada keluarga, masyarakat dan keamanan sejaga.

1. Sayang Kepada Alam Sekeliling

"Masih adakah sifat kasih kepada alam sekeliling di kalangan manusia-manusia yang mengejar pembangunan?".

Umumnya, manusia bergantung kepada alam sekitar bagi mendapat bahan mentah (bahan-bahan dalam bentuk asal, sumber tenaga, makanan). Barangan yang dikongsi awam, udara, lapisan ozon, keindahan semulajadi, dan kepelbagaian biologi, habitat). Setiap sesuatu yang diambil daripada alam adalah `hutang' yang perlu dibayar. Tidak ada sesuatu yang `percuma' dalam bentuk hubungan berbalas antara manusia dan alam. Manusia, dalam membangun dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi, telah mengumpul hutang-hutang terhadap alam sekitar.

Sebenarnya pengumpulan hutang-hutang ini berlaku akibat sifat haloba manusia yang melakukan bumi sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan. Sifat mementingkan diri tanpa mengira kemudaratan yang dibawa kepada orang lain haruslah dikikis. Walaupun kita tidak dapat menyumbang kepada uaha-usaha perlindungan tetapi sekurang-kurangnya berusahalah agar diri kita tidak menjadi agen pemusnah alam. Ini kerana hanya golongan yang tidak menghargai pengangugerahan Tuhan yang akan bertindak memusnahkan alam ini.

Kesemua situasi-situasi di atas yang membawa kepada pelbagai bentuk pengorbanan merupakan bahana yang kita terima akibat proses pembangunan. Ini tidak bermakna kita harus menjauhkan diri daripada pembangunan. Apa yang penting ialah pengekalkan nilai-nilai murni yang penting terutamanya kasih sayang agar kita dapat merancang pembangunan seimbang yang tidak memusnahkan mana-mana pihak.

Menerusi usaha-usaha pembangunan yang berterusan samada pembangunan fizikal mahupun ekonomi perubahan kepada ekosistem tidak dapat dielakkan. Perubahan-perubahan ini walau bagaimanapun harus dipastikan hanya berlaku pada had-had yang tertentu sahaja, iaitu perubahan yang tidak akan menukar secara kekal, kedinamikan ekosistem. Sekali lagi ditekankan hanya menerusi nilai kasih sayang sahaja hal-hal ini dapat dilaksanakan.

Cinta Kepada Negara

Cinta kepada negara merujuk kepada perasaan sayang, bangga dan taat setia kepada tanah air. Namun apabila negara semakin membangun dan rakyat menjadi semakin terpelajar nilai ini semakin pudar. Misalnya suatu ketika dulu heboh diperkatakan mengenai pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri yang turut terlibat dalam kempen memburuk-burukkan barangan buatan Malaysia. Golongan pelajar-pelajar ini telah lupa daratan dan merupakan musuh dalam selimut bagi kita.

Sepatutnya nilai cintakan negara haruslah bertapak kukuh di hati setiap anak Malaysia kita haruslah menjadi rakyat yang cintakan negara dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara dalam apa juga keadaan, menyokong dan memberi kerjasama yang padu untuk menyokong dan menjayakan rancangan dan dasar kerajaan. Hanya menerusi perasaan cinta ini, kita selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan negera.

Sayang Kepada Hidupan Bernyawa

Ketandusan nilai kasih sayang kepada alam sekeliling membawa kemudaratan kepada setiap satu spesis di muka bumi ini. Pemupusan speseis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang merupakan khazanah alam yang sangat bernilai agak membimbangkan kebelakangan ini. Kadar pemusnahan hutan dan pembalakan serta aktiviti perdagangan kulit haiwan begitu berleluasa.

Pencemaran akibat prsoes pembangunan bukan sahaja mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada umat manusia tetapi juga hidupan lain. Habuk dan akan menyukarkan penglihatan dan mengancam kesihatan manusia. Sinaran matahari yang dihalang akan mengurangkan proses fotosintesis pada tumbuhan. Gas sulfur dioksida bergumpal dengan wap air menganggu keasidan tanah dan merosakkan tanaman.

Selain itu tumpahan minyak dari kapal atau tangki minyak mengakibatkan banyak hidupan laut seperti ikan, penyu, singa laut dan penguin mati. Burung laut yang memakan ikan yang tercemar juga terkorban. Aktiviti-aktiviti pembalakan juga banyak menyumbang kepada pemusnahan hidupan-hidupan bernyawa. Hutan khatulistiwa di negara kita yang kaya dengan keheningan dan kicauan burung semakin pupus. Kesan ini dipercepatkan lagi oleh kegiatan pembalakan haram dan pencurian balak oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungajwab. Apa yang lebih menyedihkan ialah kawasan-kaasan hutan simpan dan hutan dara juga turut dicerobohi.

Pembalakan haram menjadi satu ancaman kepada penghuni hutan seperti monyet, harimau, rusa dan lain-lain. Memusnahkan hutan bererti membunuh binatang-binatang ini. Pemupusan binatang-binatang ini merupakan satu kerugian yang maha besar kepada kita kerana spesis yang terdapat di hutan Malaysia sukar didapati di tempat lain

Wednesday, October 12, 2011

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK ANJURAN PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG DENGAN KERJASAMA ASUH FITRAH TRAINING CENTRE AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 28 HB NOVEMBER, 2011 HINGGA 15 HB DISEMBER, 2011

TEMPAT: PUSAT LATIHAN TINTA ORI, INDERA MAHKOTA KUANTAN

SILA HUBUNGI :

PUAN ZUBAIDAH HUSIN - 017-9190664 ATAU PUAN ROSNAH AHMAD - 013-9308873

YURAN KURSUS : RM300

TEMPAT PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DENGAN BAYARAN YANG BERPATUTAN.

SILA PASTIKAN TEMPAT ANDA!

Friday, August 19, 2011

MENJANA KERJAYA DI TASKA

BERMINAT UNTUK MENJADI PENGASUH TASKA

- BERUMUR 18 HINGGA 40 TAHUN
- KELAYAKAN TERTINGGI SPM DAN KE ATAS
- BUJANG / BERKAHWIN
- MINAT DENGAN KANAK-KANAK
- BOLEH MENGHADIRI KURSUS
- BERWAWASAN
- IKHLAS

PENDAPATAN BERMULA RM500

BERMINAT SILA HUBUNGI

PUAN ZUBAIDAH HUSIN
NAIB PENGERUSI
PERSATUAN PENGASUH
NEGERI PAHANG

Tuesday, August 16, 2011

UJIAN AMALI KURSUS ASAS KANAK-KANAK (KAA)

KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK) BIL 1/2011 BERTARIKH 3 HB JULAI HINGGA 23 HB JULAI, 2011, UJIAN AMALI AKAN DIADAKAN SEPERTI TARIKH BERIKUT:

TARIKH : 25 HB OGOS, 2011

MASAPENDAFTARAN : 8.30 PAGI

MASA UJIAN AMALI : 9.00 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INDUK KOMUNITI
21A, 1ST FLOOR, JALAN PUTRA SQUARE 4,
PUTRA SQUARE
25200 KUANTANAPAT

SILA HUBUNGI PUAN ZUBAIDAH HUSIN (PENYELARAS KURSUS) SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG MASALAH.

SEKIAN HARAP MAKLUM

Thursday, August 4, 2011

MESYUARAT PENGUSAHA TASKA/PUSAT JAGAAN ZON BARAT DAN SAMBUTAN HARI RAYA PPNP

Mesyuarat pengusaha TASKA/Pusat Jagaan dan Mesyuarat dengan Agensi serta Sambutan Hari Raya akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 9 hb September, 2011 (Jumaat)

Masa : 3.00 - 5.00 Petang

Tempat : Tingkat 4,Bangunan Persekutuan Temerloh

Mari berhari raya bersama kami barisan EXCO PPNP yang baru dan dapatkan info terkini bidang pengasuhan kanak-kanak.

Sila hubungi:

Puan Salina Shamsudin - 013-9811744
Puan Azlina Mohd Anuar - 019-9454320
Puan Siti Zainab Abdullah - 019-9027663

Wednesday, August 3, 2011

SELAMAT HARI TASKA

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang ingin mengucapkan Selamat Hari TASKA yang disambut pada 8 hb Ogos setiap tahun .

TEMA HARI TASKA 2011 BAGI NEGERI PAHANG

`TASKA BERDAFTAR KANAK-KANAK TERBELA'

ÈVERYDAY ENGLISH FOR YOUNG CHILDREN'

Kursus sehari Komunikasi Harian di TASKA dan TADIKA .

Tarikh : 24 hb September, 2011

Tempat : Pusat Induk Komuniti
(MSC - Belakang ECM)


Bayaran

RM30.00 (Ahli)
RM40.00 (Ahli)

Jurulatih

Puan Rosnah Ahmad
(sila layari http://rentis.blogspot.com untuk biodata beliau)

Sila Hubungi

Puan Zubaidah Husin
017-9190664/013-9390748

`JOM DAFTAR TASKA'

Program `Jom Daftar TASKA' akan di adakan di Negeri Pahang dibawah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Negeri Pahang pada bulan September, 2011.

Keterangan lanjut

Sila hubungi AJK Persatuan Pengasuh Negeri Pahang

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK - 30 HB SEPT - 19 HB OKT, 2011, DEKAD OMBAK TRAINING CENTRE, TEMERLOH DAN 14 HB NOV HINGGA 3 HB DIS, 2011 KUANTAN.

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)

Tarikh : 30 hb Sept hingga 19 hb Okt, 2011
Tempat : Dekad Ombak Training Centre, Temerloh
No.21, Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah
28000Temerloh Pahang

Tarikh : 14 hb Nov hingga 3 hb Dis, 2011.
Tempat : Pusat Induk Komuniti Kuantan
No.17A, 1st Floor ICT Hub,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square 25200
Kuantan Pahang


Yuran : RM300.00


Keterangan lanjut sila hubungi

Puan Zubaidah Husin
017-9190664/013-9390748

Wednesday, May 4, 2011

Salam Mesra Dari EXCO Baru PPNP

Salam kepada semua ahli Persatuan Pengasuh Negeri Pahang,

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas limpah dan kurniaNya dan izinnya, maka kami barisan EXCO PPNP 2011-2013 telah pun diberi amanat untuk memastikan kami menerajui persatuan ini dengan bijaksana. Lantas bagi mencapai satu matlamat yang sama iaitu `Ke Arah Pengasuhan Yang Berkualiti, seharusnya kita semua bergabung tenaga bagi memastikan matlamat kita tercapai. EXCO baru kali berharap kerjasama yang padu daripada semua ahli agar apa yang dirancang untuk kebaikan ahli akan memenuhi sasaran.

Salam dari kami

EXCO
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
2011-2013