Sunday, June 30, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DARIPADA EXCO PPNP

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu Anhu bahwasanya Nabi bersabda: “Ummatku telah diberi lima hal yang belum pernah diberikan kepada ummat-ummat sebelumnya ketika bulan Ramadhan: 1) Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari pada minyak kesturi di sisi Allah, 2) Para Malaikat beristighfar untuk mereka hingga berbuka, 3) Allah memperindah Surga-Nya seiap hari, seraya berfirman kepadanya: “Hampir-hampir para hamba-Ku yang shalih akan mencampakkan berbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu,” 4) Syaithan-syaithan durjana dibelenggu, tidak dibiarkan lepas ssepeerti pada bulan-bulan selain Ramadhan, 5) Mereka akan mendapat ampunan di akhir malam.” Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu terjadi pada malam Lailautl Qadar?” Beliau menjawab, “Bukan, namun pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya.”1

Dikesempatan ini, warga EXCO PPNP 2013/2015 ingin mengucapkan kepada semua ahli PPNP juga kepada warga pendidik awal kanak-kanak Selamat Menyambut Ramadhan. In shaa Allah, kita bakal berpuasa tanggal 10 Julai, 2013. Tiada bulan yang lebih baik daripada bulan ramadhan. EXCO PPNP ingin memohon ampun dari ALLAH SWT dan memohon maaf kepada semua ahli sekiranya terdapat sebarang kesilapan samada yang disedari mahu pun tidak.

Kita semua manusia biasa dan hamba Allah swt. Pasti tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Saban hari, tiap detik dan saat, kita sentiasa membuat dosa samada dosa terhadap Allah swt mahupun dosa dengan manusia. Pastinya dosa dengan Allah swt kita masih mampu untuk memhon ampun dan kemaafan dariNya. tetapi dosa sesama manusia mestilah diselesaikan sebelum tibanya ajal kita. Marilah kita saling maaf memaafi.

Kelalaian kita sebagai warga pendidik awal kanak-kanak tidak dapat dinafikan. Kekurangan dalam mendidik, kekurangan dalam memberi ilmu, kekurangan dalam memberi makan dan minum, kekurangan dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak kita di TASKA menjadikan kita hamba yang sentiasa bergelumang dengan dosa. Apatah lagi kewajipan yang sepatutnya kita lakukan tidak dilaksanakan dengan secukupnya untuk bekalan di akhirat nanti.

Jadi marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk memperbaiki setiap kesilapan dan kesalahan kita, muhasabah diri kita sebagai ibu dan pengasuh agar kita sentiasa dirahmati oleh Allah swt sentiasa.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI MENJADI RAMADHAN TERBAIK BAGI KITA SEMUA.

Salam Hormat
EXCO PPNP