Friday, September 23, 2016

HARI KANAK-KANAK DAN HARI TASKA OKTOBER 2016


Persatuan Guru Tadika Pahang dan Persatuan Pengasuh Negeri Pahang akan menganjurkan Karnival Safety Hari Kanak-kanak dan Hari Taska 2016.

Bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Malaysia Pahang,Jabatan Bomba dan penyelamat,Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia.

Semua tadika dan taska dijemput beramai-ramai memeriahkan Hari Kanak-kanak dengan menyertai acara-acara yang menarik disediakan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi no tertera di bawah:
Ms Lee -012 -9872217
Pn Lydia - 013- 9846828

 Jom bawa ibubapa bawa anak-anak...
Semoga bergembira!

Friday, September 9, 2016

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP) DISEMBER 2016


Persatuan Pengasuh Negeri Pahang mempelawa kepada semua pengusaha,penyelia,pengasuh dari taska-taska berdaftar dengan JKM atau orang perseorangan yang berminat untuk menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak  Permata (KAP) yang bakal diadakan pada Bulan Disember 2016.

Kursus kali ini akan diadakan di Temerloh dan berlangsung selama 22 hari dan 5 hari praktikum.Tempat kursus akan dimaklumkan kemudian.

Tarikh kuliah seperti berikut:
12-17 Disember 2016
19-24 Disember 2016
26-30 Disember 2016
2-3 Januari 2017

Manakala tarikh praktikum:
9 - 13 Januari 2017

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM1000 termasuk Modul KAP.Yuran boleh dibayar secara ansuran.
Penginapan dan makan minum adalah tanggungan peserta.

Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk pendaftaran peserta bolehlah hubungi nombor berikut:

PN ZUBAIDAH : 013-9390748
PN JULIA           : 019-2754575
PN SHIDA          : 012- 9680360

Marilah bersama mengambil peluang yang ada ini untuk menambahkan lagi ilmu tentang pendidikan awal kanak-kanak.

Tuesday, August 16, 2016

KEMPEN JOM DAFTAR TASKA DAN PUSAT JAGAAN PERINGKAT DAERAH TEMERLOH DAN BERA




Program Keselamatan Kanak-kanak dan Kempen Jom Daftar Taska dan Pusat Jagaan Peringkat Daerah Temerloh dan Bera telah diadakan baru-baru ini di Auditorium HOSHAS Temerloh,Pahang.Ianya telah diadakan pada 13 Ogos 2016.Bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Program ini telah dihadiri oleh semua pengusaha taska dan pusat jagaan sekitar Temerloh dan Bera.Tujuan program ini untuk menggalakkan semua pengusaha taska dan pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PPNP juga tidak ketinggalan membuka BOOTH PPNP dengan mempamerkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan untuk menggalakkan semua pengusaha,pengasuh menjadi ahli PPNP.Keistimewaan ahli PPNP ialah dapat menghadiri pelbagai kursus yang diadakan dan dapat membantu ahli-ahli jika mempunyai masalah berkaitan dengan taska dan pusat jagaan masing-masing.

Semoga kempen ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap untuk memberi pendedahan betapa pentingnya taska dan pusat jagaan berdaftar dengan JKM.

KURSUS ASUHAN PERMATA TASKA RUMAH (KAPTR) OGOS

Kursus Asuhan Permata  Taska Rumah kini lebih menumpukan kepada pengusaha-pengusaha Taska Di Rumah.Ianya anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kursus tersebut kini sedang dijalankan setiap Sabtu dan Ahad selama 3 minggu dengan kehadiran hampir 29 orang peserta seluruh Pahang.

Kursus ini  bermula pada 13hb,14hb,20hb,21hb,27hb dan akan berakhir pada 28hb Ogos 2016 dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.Kursus ini diadakan di Kolej Yayasan IKIP 3,Taman Gelora,Kuantan,Pahang.Antara penceramah yang terlibat ialah Pn Zubaidah Husin Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP).








Selamat berkursus dan selamat maju jaya kepada semua peserta KAPTR.Semoga mendapat ilmu yang baru dan dapat dipraktikkan di taska masing-masing.

BOWLING MATCH 21 OGOS 2016 KUANTAN PLAZA






Bagi mereka yang menjadi keahlian untuk PGTP dan PPNP bolehlah ramai-ramai menyertai acara bowling yang akan diadakan pada 21 Ogos 2016 di Kuantan Plaza.Pelbagai hadiah untuk dimenangi.
Untuk pendaftaran,sila berhubung dengan :

Ms Jenney  016-9312029
Ms Grace    013-9326580
Ms Lee        012-9872217


Terima kasih.


Tuesday, March 1, 2016

SAMBUTAN HARI PENGASUH SEMPENA MESYUARAT AGUNG PPNP KALI KE 15 PADA 26 & 27HB MAC 2016

PPNP dengan berbesar hati ingin menjemput semua ahli-ahli Persatuan Pengasuh Negeri Pahang yang berminat untuk sama-sama memeriahkan  acara Sambutan Hari Pengasuh sempena Mesyuarat Agung PPNP kali ke 15 yang akan diadakan di Sanctuary Resort Cherating,Pahang pada 26 dan 27 Mac 2016.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda semua!Marilah bersama -sama PPNP menjayakan acara sambutan Hari Pengasuh ini.

Berikut disertakan tentatif program dan acara yang akan dijalankan.Sesiapa yang berminat sila hubungi :

EXCO Zon Timur:
1.PN ZANARIAH  di talian 011-19911810 @
2.PN KHANCENA di talian 010-9035049

 EXCO Zon Barat:
1.PN SYAHIDA ditalian 012-3247004 @
2.PN YATI di talian 019-4668724






Hargai pengasuh kita


Sunday, February 28, 2016

SELESAI KURSUS PENGENALAN DAN REFRESHER KAP 27-28 FEBRUARI 2016


Pada 27-28 Februari PPNP telah pun menganjurkan satu kursus dinamakan Kursus Pengenalan dan Refresher KAP 2016 di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.


Sambutan yang amat menggalakkan telah kami terima daripada peserta-peserta seluruh Negeri Pahang.Peserta terdiri daripada pengusaha dan pengasuh dari taska institusi,taska di tempat kerja dan juga taska di rumah.Lebih daripada 80 orang peserta telah menghadirkan diri untuk mengikuti kursus ini.


Tujuan diadakan kursus  jangka pendek ini adalah untuk menambah, meningkatkan dan menajamkan lagi ilmu berkaitan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di taska masing-masing.


Selain dari sesi ceramah dari Pn Zubaidah Husin selaku presiden PPNP,peserta juga turut terlibat dalam.aktiviti dalaman yang diadakan seperti nyanyian dan kerja berkumpulan.


Selesai kursus diharapkan peserta akan lebih faham dan boleh menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang di taska masing-masing dengan lebih baik lagi.


Kami amat berharap kepada peserta yang masih belum lagi menghadiri Kursus Awal Permata (KAP) dapat berbuat demikian dengan kadar segera demi memantapkan ilmu pengasuhan kanak-kanak dan peningkatan kualiti taska masing-masing.


Pihak PPNP akan kerap mengadakan kursus sebegini dan kami berharap.dapat berjumpa anda lagi.





Terima kasih daun keladi,lain kali berjumpa lagi.

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.