Thursday, July 31, 2008
PPNP ADAKAN KAAKTR KALI KE EMPAT DI BENTONG
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang berjaya mengadakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali ke 4 di Awana Resort, Genting pada 21-25 Julai 2008.
Peserta seramai 25 orang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumahtangga dan wanita yang berpendapatan rendah. Kursus ini memberi latihan aspek penjagaan dan pengasuhan taska rumah yang berkualiti
Kursus ini juga bertujuan memberi peluang kepada wanita untuk menambah pendapatan melalui pengasuhan di rumah yang berkualiti.
Suasana nyaman dan hijau di Awana Resort Genting memberi satu semangat baru bagi peserta. Kursus disulami dengan aktiviti santai bersama alam, riadhah dan pengisian motivasi oleh urusetia.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Puan Shamsiah Hussin. Turut hadir adalah Penolong Pengarah Perundangan dan Advokasi, En.Abdul Ghani Mohd Yusof, Pengerusi PPNP, Puan Norrimas Nordin, Naib pengerusi PPNP, Puan Rosnah Ahmad, Penyelaras, Penceramah dan urusetia.
Sebelum ini PPNP melatih lebih 70 wanita dalam 3 kursus serupa di Hotel Green Park Temerluh ( 12-16 Mei 2008), dan Sanctuary Resort ( 23-27 Jun 2008) dan Hotel Green Park Temerluh (7-11 Julai 2008 ).
PPNP berharap dapat menjayakan lebih banyak Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah kepada golongan sasaran ibu tunggal dan wanita dari keluarga yang berpendapatan rendah pada tahun ini.