Thursday, July 31, 2008

LAPORAN KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK 1/2008

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak kali pertama bagi tahun 2008 anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang(PPBM) dengan kerjasama PPNP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berlangsung dari 2 hingga 19 Jun 2008. Kursus selama 16 hari ini diadakan di Rumah Srikandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Peserta-peserta terdiri dari pengusaha, pengasuh, penyelia dan bakal pengusaha dari Negeri Pahang. Seramai 26 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus ini.

Ujian Amali telah dijalankan di taska-taska di sekitar bandar Kuantan. Pemudah cara dan jurulatih adalah dari PPBM, Pegawai JKM dan Pegawai dari egensi-agensi berkaitan.

Peserta-peserta kursus memberi maklum balas yang baik secara keseluruhan. Mereka mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran dari kursus ini. Ujian amali yang diadakan di taska-taska juga telah membuka minda mereka tentang perjalanan sebenar taska serta persekitaran di dalam dan luar taska.

Secara keseluruhan semua peserta merasakan bahawa aspek perkembangan menyeluruh adalah sangat penting difahami oleh bukan sahaja pengusaha taska dan pusat jagaan malahan semua ibu bapa dan orang dewasa.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, En. Zakaria. Turut hadir di majlis ini ialah Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Puan Norshiela Abdullah, Pegawai Penyelaras Taska Negeri Pahang, En. Abdul Ghani Mohd. Yusof dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengasuh Negeri Pahang.

PPNP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua urusetia dan pengusaha taska yang telah membenarkan ujian amali diadakan di taska masing-masing. Moga
segala amal diberkatiNya.

Sekian.