Thursday, July 31, 2008

PPNP ADAKAN KAAKTR KALI KE EMPAT DI BENTONG



Persatuan Pengasuh Negeri Pahang berjaya mengadakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali ke 4 di Awana Resort, Genting pada 21-25 Julai 2008.

Peserta seramai 25 orang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumahtangga dan wanita yang berpendapatan rendah. Kursus ini memberi latihan aspek penjagaan dan pengasuhan taska rumah yang berkualiti


Kursus ini juga bertujuan memberi peluang kepada wanita untuk menambah pendapatan melalui pengasuhan di rumah yang berkualiti.

Suasana nyaman dan hijau di Awana Resort Genting memberi satu semangat baru bagi peserta. Kursus disulami dengan aktiviti santai bersama alam, riadhah dan pengisian motivasi oleh urusetia.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Puan Shamsiah Hussin. Turut hadir adalah Penolong Pengarah Perundangan dan Advokasi, En.Abdul Ghani Mohd Yusof, Pengerusi PPNP, Puan Norrimas Nordin, Naib pengerusi PPNP, Puan Rosnah Ahmad, Penyelaras, Penceramah dan urusetia.

Sebelum ini PPNP melatih lebih 70 wanita dalam 3 kursus serupa di Hotel Green Park Temerluh ( 12-16 Mei 2008), dan Sanctuary Resort ( 23-27 Jun 2008) dan Hotel Green Park Temerluh (7-11 Julai 2008 ).

PPNP berharap dapat menjayakan lebih banyak Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah kepada golongan sasaran ibu tunggal dan wanita dari keluarga yang berpendapatan rendah pada tahun ini.

PPNP ANJUR MAJLIS MALAM MESRA BERSAMA ANAK YATIM-13 JULAI 2008 DEWAN UTAMA WISMA BELIA INDERA MAHKOTA KUANTAN














Lebih 300 orang tetamu hadir meraikan 70 anak-anak yatim dari 3 buah rumah anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim Permata Camar Sungai Soi, Rumah Anak Yatim Anakku Penyayang Kuala Rompin dan Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah Kuantan.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancungan, Kesenian dan Warisan, Pembanguna Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri, YB Syafiq Fauzan Sharif

Majlis malam mesra ini bertujuan memupuk semangat kepedulian dan keprihatian terhadap anak yatim dikalangan ahli-ali PPNP.

Puan Norimas selaku Pengerusi berharap semua ahli sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan dan berusaha menghulurkan bantuan kepada anak yatim secara konsisten.

Melalui majlis ini juga beliau berharap dapat meraikan anak-anak yatim dan memberi harapan dan keyakinan kepada anak-anak yatim bahawa masih ada pihak yang prihatin terhadap masa depan mereka. Pertemuan anak-anak yatim dari rumah yang berlainan juga dapat meningkat hubungan.














Majlis diserikan dengan persembahan daripada anak-anak yatim yang cukup menghiburkan dan professional. Selain dari itu Ahli Jawatankuasa penganjur juga turut mempersembahn tarian poco-poco, cabutan bertuah dan persembahan tarian, nyanyian dan lakonan daripada pengasuh-pengasuh taska.










Segala sumbangan yang diterima akan dimajukan kepada 3 rumah anak yaitm tersebut.

PPNP merakamkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan daripada semua pihak. Moga semua amal kita diterima dan diberkatiNya.

" Sayangi dan dekati anak-anak yatim"

LAPORAN KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK 1/2008

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak kali pertama bagi tahun 2008 anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang(PPBM) dengan kerjasama PPNP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berlangsung dari 2 hingga 19 Jun 2008. Kursus selama 16 hari ini diadakan di Rumah Srikandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Peserta-peserta terdiri dari pengusaha, pengasuh, penyelia dan bakal pengusaha dari Negeri Pahang. Seramai 26 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus ini.

Ujian Amali telah dijalankan di taska-taska di sekitar bandar Kuantan. Pemudah cara dan jurulatih adalah dari PPBM, Pegawai JKM dan Pegawai dari egensi-agensi berkaitan.

Peserta-peserta kursus memberi maklum balas yang baik secara keseluruhan. Mereka mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran dari kursus ini. Ujian amali yang diadakan di taska-taska juga telah membuka minda mereka tentang perjalanan sebenar taska serta persekitaran di dalam dan luar taska.

Secara keseluruhan semua peserta merasakan bahawa aspek perkembangan menyeluruh adalah sangat penting difahami oleh bukan sahaja pengusaha taska dan pusat jagaan malahan semua ibu bapa dan orang dewasa.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, En. Zakaria. Turut hadir di majlis ini ialah Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Puan Norshiela Abdullah, Pegawai Penyelaras Taska Negeri Pahang, En. Abdul Ghani Mohd. Yusof dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengasuh Negeri Pahang.

PPNP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua urusetia dan pengusaha taska yang telah membenarkan ujian amali diadakan di taska masing-masing. Moga
segala amal diberkatiNya.

Sekian.