Friday, June 26, 2015

PERUTUSAN PENGERUSI PPNP SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAQ

Assalamualaikum kepada semua ahli-ahli PPNP yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah swt, kerana hanya dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini 30 Syaaban 1436 Hijrah. Esoknya, walaupun kita tahu bahawa tidak semestinya kita masih boleh menempuh Ramadhan, sebagai hamba Allah , berdoalah agar kita semua dipanjangkan umur untuk sekali lagi diberi peluang untuk memohon keampunan daripada Allah swt. Sebagaimana yang kita maklum bahawa dibulan Ramadhan adalah bulan yang Allah swt kurniakan pada hambaNya. Ditutup semua pintu neraka dibukanya semua pintu-pintu syurga.

Sebagai manusia kita semua tidak terlepas melakukan kesilapan. Antara sedar atau tidak kita bukanlah manusia yang sempurna. Mewakili seluruh exco PPNP 2015/2017, saya mengambil kesempatan yang masih diberi ruang ini untuk memohon maaf daripada semua ahli juga pembaca blog ini sekiranya sepanjang pentadbiran PPNP yang baru ini terdapat sebarang kekurangan.

Selamat berpuasa dari saya Pengerusi PPNP mewakili semua exco PPNP 2015/2017

Wednesday, June 10, 2015

KURSUS REFRESHER PENGUSAHA DAN PENYELIA TASKA

PPNP mengambil iniasitif untuk membantu pengusaha dan penyelia TASKA untuk mendalami ilmu dalam pemantauan kakitangan dalam pengendalian TASKA. Memandangkan pengusaha atau penyelia adalah teraju utama dalam sesebuah TASKA maka wajarlah kurus ini diadakan bagi memantapkan pengisian ilmu kepada kedua-dua individu ini.

Kursus ini akan dijalankan selama 2 hari bertarikh 13 dan 14 hb Jun, 2015, bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan. Penekanan kepada pedagogi dalam pendidikan awal kanak-kanak dan juga penyediaan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA).

Semoga kursus ini dapat membuat penambahbaikan kepada TASKA oleh pengusaha dan penyelia TASKA.

MESYUARAT GABUNGAN PPNP BERSAMA PERSATUAN GURU TADIKA PAHANG


Satu mesyuarat khas telah diadakan pada 9 hb Jun, 2015 di De Rhu Beach Resort. Buat julung kalinya mesyuarat gabungan antara Persatuan Pengasuh Negeri Pahang bersama Persatuan Guru TADIKA Pahang bagi menganjurkan program Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Pahang.

Tema sambutan pada kali ini adalah `Persekitaran Sihat Kanak-kanak Ceria'. Tema yang dipilih adalah berdasarkan pada kepentingan mewujudkan persekitaran yang sihat. Sepertimana kita semua maklum, kanak-kanak sentiasa terdedah kepada persekitaran samada di rumah, di TASKA atau TADIKA atau dimana-mana sahaja mereka berada.

Perbincangan adalah bersekitar kepada perancangan aktiviti untuk kanak-kanak semasa hari sambutan tersebut. Antara yang telah dipersetujui adalah pertandingan bayi paling kreatif, pertandingan `cheerleader', sukanaeka, `creatif booth', `science booth', `drawing batik booth', `explorace' dan `cooking booth'  yang dirancang khas untuk kanak-kanak TADIKA.

Objektif program sambutan adalah untuk meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak TASKA dan TADIKA bergaul dengan TASKA dan TADIKA lain seluruh Pahang. Disamping dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak. 

Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Pahang seperti berikut:

Tarikh : 8 hb Ogos, 2015

Tempat : De Rhu Beach Resort, Kuantan

Masa : 8 pagi - 5 petang

Bayaran : RM60 seorang kanak-kanak (termasuk semua)

                RM40 seorang dewasa 


Kepada pengusaha TASKA atau TADIKA yang berminat bagi memberi peluang kanak-kanak mencungkil kemahiran mereka, boleh mendaftar dengan menghubungi 

Puan Zubaidah Husin - 013-9390748
Puan Hasnah : 013-9550383
Puan Julia : 019-2754575 (Zon Barat)
Ms Lee : 012-9872217

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 hb Julai, 2015

PERSEKITARAN SIHAT, KANAK-KANAK CERIA






Semoga segala perancangan yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar oleh pihak PPNP dan PGTP.PPNP menyeru kepada semuaTASKA dan TADIKA diseluruh Pahang dapat memberikan sepenuh sokongan kepada program yang akan dijalankan.

HARI PENGASUH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Hari Pengasuh Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan pada 6 hb Jun hingga 7 hb Jun (Sabtu- Ahad). Program telah diadakan di Institut Perindustrian Kuala Lumpur (ILP) yang terletak di Jalan Kuchai Lama,Kuala Lumpur. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi program tersebut.

Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Arfan Bin Sulaiman Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM Malaysia bagi mewakili YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun iaitu Timbalan Menteri KPWKM yang tidak dapat hadir atas sebab tugas di Kementerian. Walaubagaimana pun teks YB Menteri telah disampaikan oleh En Arfan bin Sulaiman pada petang 5 hb Jun, 2015. 

Dengan tema   'PENGASUH CERGAS KANAK-KANAK CERDAS' , sayugialah pelbagai acara sukan dipertandingkan sepanjang program ini. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, congkak, futsal dan `cheerleader'. 

Program yang dianjurkan mempunyai objektif yang tertentu dimana dengan adanya program sebegini dapat melahirkan satu kerja berpasukan yang sangat bagus. Sepertimana yang kita tahu bahawa semangat berpasukan bukan sahaja diperlukan dimedan sukan, malah di dalam pengendalian sebuah TASKA juga kerja berpasukan amat dititikberatkan. Disamping itu juga dengan adanya acara-acara sukan akan melahirkan pengasuh yang sentiasa sihat bertepatan dengan tema yang diberikan.







Persatuan-persatuan TASKA yang mengambil bahagian sempena Sambutan Hari Pengasuh Peringkat Kebangsaan 2015 adalah seperti berikuit:

1. Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
2. Persatuan  Taska dan Tadika Pulau Pinang
3. Persatuan Taska Perak
4. Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Persatuan Taska Negeri Sembilan
6. Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu
7. Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah
8. Persatuan Pengusaha Taska Johor
9. Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar Sarawak







 










Keputusan Muktamad Pertandingan:

CONGKAK  
1.Perak
2.Sarawak
3.Pahang

 FUTSAL  
1.Sabah
2.Johor
3.Terengganu

 BOLA JARING     
1.Pahang
2.Wilayah Persekutuan
3.Negeri Sembilan   

KUMPULAN SORAK    
1.Sabah
2.Perak
3.Pahang

PEMAIN TERBAIK                                      1.Bola Jaring - Pahang                              2.Futsal - Sabah
                                 
KONTIJEN TERBAIK
1.Terengganu
2.Pahang
3.Perak

KUMPULAN PALING SPORTING - PERAK

JUARA KESELURUHAN
Sabah







Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan  pada majlis  penutup Sambutan Hari Pengasuh Peringkat Kebangsaan 2015 pada 7 hb Jun oleh Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKMM En Arfan Sulaiman. Majlis juga telah diakhiri dengan penyerahan bendera program kepada Persatuan Pengasuh Negeri Pahang yang mana bakal menjadi tuan rumah pada tahun 2016.

Harapan PPNP kepada semua ahli , marilah sama-sama kita bergabung tenaga menjaga imej diri, TASKA dan juga PPNP melalui pelbagai aktiviti samada diperingkat negeri dan juga kebangsaan.

TAHNIAH kepada kontijen PPNP.