Assalamualaikum kepada semua ahli-ahli PPNP yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah swt, kerana hanya dengan rahmat dan kasih sayangNya, kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini 30 Syaaban 1436 Hijrah. Esoknya, walaupun kita tahu bahawa tidak semestinya kita masih boleh menempuh Ramadhan, sebagai hamba Allah , berdoalah agar kita semua dipanjangkan umur untuk sekali lagi diberi peluang untuk memohon keampunan daripada Allah swt. Sebagaimana yang kita maklum bahawa dibulan Ramadhan adalah bulan yang Allah swt kurniakan pada hambaNya. Ditutup semua pintu neraka dibukanya semua pintu-pintu syurga.
Sebagai manusia kita semua tidak terlepas melakukan kesilapan. Antara sedar atau tidak kita bukanlah manusia yang sempurna. Mewakili seluruh exco PPNP 2015/2017, saya mengambil kesempatan yang masih diberi ruang ini untuk memohon maaf daripada semua ahli juga pembaca blog ini sekiranya sepanjang pentadbiran PPNP yang baru ini terdapat sebarang kekurangan.
Selamat berpuasa dari saya Pengerusi PPNP mewakili semua exco PPNP 2015/2017