Monday, April 20, 2015

SAMBUTAN HARI PENGASUH KALI KE 4 DAN MESYUARAT AGUNG PPNP KALI KE 14

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) baru-baru ini telah mengadakan Sambutan Hari Pengasuh untuk meraikan ahli-ahli disamping mengeratkan silaturahim sesama ahli dan bertukar-tukar pendapat serta pandangan.

Sambutan Hari Pengasuh yang telah diadakan pada 4 - 5 April 2015 bertempat di Felda Residence Tekam,Jerantut,Pahang telah dihadiri hampir 85 orang pengusaha dan pengasuh TASKA dan  seluruh negeri Pahang. Tema bagi sambutan program kali ini adalah `ALAM'. Pemilihan tema adalah kerana tahun ini merupakan tahun yang memfokuskan kepada persekitaran. Tujuan tema ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pengusaha dan pengasuh  tentang bagaimana hendak mendidik dan mengasuh kanak-kanak di TASKA dalam memperkasakan alam dan menjaga alam persekitaran .

Program telah dimulakan dengan taklimat tentang `Go Green TASKA' oleh Datin PH Wong Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.


PPBM's GREEN RANGER MALAYSIA TTT EXPLORER CAMP 

Makan Malam sempena sambutan Hari Pengasuh dan Mesyuarat agung PPNP telah disempurnakan oleh YB.Dato' Sahaniza Binti Shamsuddin,DIMP.,AMP.,BCM. Adun Kuala Sentul.Turut hadir bersama  wakil PKMD Jerantut dan Datin PH Wong Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia.





Program diteruskan pada keesokan harinya dengan slot motivasi daripada wakil IKIP iaitu Puan Wan Kalsom. Majlis diakhiri dengan mesyuarat Agung PPNP kali ke 14 dengan perlantikan Pengerusi dan jawatankuasa baru yang akan menerajui PPNP bagi tempoh 2 tahun lagi iaitu 2015 hingga 2017. Semoga PPNP akan terus maju ke hadapan.



BERPERSATUAN BANYAK MANFAATNYA.....