PPNP mengorak langkah setapak lagi di dalam meletakkan persatuan ini di mata masyarakat. Tanggal 25 hb Jun 2014 yang lalu, PPNP menandatangani MOU dengan IKIP Pahang. PPNP telah diwakili oleh Puan Salina binti Shamsudin selaku Pengerusi PPNP.
Majlis telah berlangsung di Dewan Besar Yayasan Pahang dengan disaksikan oleh Menteri Besar Pahang. Majlis sederhana tetapi meriah itu telah dihadiri oleh semua exco PPNP dan beberpa orang pengusaha TASKA disekitar daerah Kuantan.
Antara intipati penting memorandum persefahaman ini ialah PPNP akan bekerjasama dengan IKIP Pahang di dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak.
Setelah beberapa tahun penubuhan PPNP ini lah julung kalinya PPNP dilihat sebagai sebuah persatuan yang boleh menyumbang ilmu dan tenaga di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Tahniah dan Syabas kepada semua barisan exco PPNP yang diketuai oleh Puan Salina Shamsudin. Semoga PPNP akan terus maju