Salam,
Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Suffian, Suami kepada Puan Wan Noor Arshikin binti Wan Omar dari The Littleland Day Care telah kembali ke rahmatullah pada subuh Ahad 3 Mei 2009.
Bagi pihak biro kebajikan PPNP dan semua ahli, saya mengucapkan takziah kepada Puan Nora sekeluarga. Di doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Juga didoakan semoga Puan Nora sekeluarga tabah menerima ujian Allah ini.
Pengerusi, Puan Norimas, Setiausaha Puan Ira, saya dan beberapa ahli PPNP menziarahi jenazah di kediaman semalam.
Yang pasti kematian itu tazkirah kepada kita semua yang pasti akan menyusul.Marilah sama-sama kita beramal dan mengeratkan silatulrahim.
Al-Fatihah.
Wassalam
Rosnah Ahmad