MAC TEAM adalah singkatan untuk MOBILE ACTIVITY CENTRES,menyeru lebih ramai sukarelawan menyertai pasukan kami demi melindungi hak kanak-kanak yang ditimpa bencana atau musibah.
Objektif diadakan bengkel ini adalah:
1. Untuk membantu peserta memahami kepentingan menyediakan pusat aktiviti untuk kanak-kanak dalam bencana dan kebaikannya.
2. Memastikan kanak-kanak tidak terabai semasa berlaku bencana
3. Mengenal pasti tindak balas kanak-kanak dalam aspek fizikal,emosi,kognitif dan tingkah laku
4. Menjalankan aktiiti yang menyokong emosi kanak-kanak semasa berada di pusat pemindahan
5. Menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan dan berkongsi pengalaman dan pandangan mereka
6. Mengelakkan kanak-kanak mengalami POST TRAUMATIC STRESS DISORDER (PSTD)
7. Menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti untuk menyokong aktiviti bersama kanak-kanak.
Peserta bergambar setelah tamat bengkel MAC TEAM |
Puan Jameyah Sheriff sedang menerangkan sesuatu tentang konsep dan prinsip Pusat MAC |
Pesertasedang membuat aktiviti yang telah disediakan |
Bekerjasama dalam pasukan |
Pembentangan hasil idea bersama rakan-rakan berkumpulan |
Diharapkan peserta sudah bersedia sebagai sukarelawan yang diperlukan pada bila-bila masa sahaja bila terjadi musibah atau bencana bagi membantu kanak-kanak yang terlibat.Pihak PPNP juga PPBM sangat mengalu-alukan penglibatan sukarelawan dari orang ramai yang berminat untuk membantu kanak-kanak ini.