Kepada semua Pengusaha dan pengasuh TASKA serta kepada individu yang ingin membuka TASKA. Kursus Asuhan PERMATA (KAP) akan bermula. Berikut tarikh cadangan kursus KAP:
ZON TIMUR (Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran)
Semua siri kursus zon timur akan diadakan di Pusat Latihan Tinta Ori, B32, Tingkat 2, IM 5, Bandar Indera Mahkota Kuantan.
Batch Tarikh bermula
1 18 hb November, 2013
2 18 hb Disember 2013
3 20 hb Januari, 2014
4 24 hb Februari, 2014
ZON BARAT ( Temerloh, Bera, Jerantut, Kuala Lipis, Bentong, Raub & Cameron Highland)
Tempat bagi siri kursus zon barat akan dimaklumkan kemudian
Batch Tarikh bermula
1 9 hb Disember, 2013
2 3 hb Februari, 2014
Bagi batch pertama keutamaan akan diberikan kepada pengusaha dan pengasuh TASKA yang belum ada sijil KAAK. Walau bagaimana pun kekosongan akan diisi sekiranya peserta menarik diri dan diberi peluang kepada bakal pengusaha.
Yuran kursus adalah sebanyak RM920 (anggaran). Yuran TIDAK termasuk makan dan penginapan.
Walaubagaimana pun subsidi oleh JKM akan diberi sebanyak RM500 seorang peserta.
Tempoh hari berkursus adalah selama 24 hari (anggaran). Jumlah hari termasuk 19 hari kuliah dan 5 hari amali/praktikum di TASKA.
Keterangan lanjut dan untuk mendaftar sila hubungi penyelaras kursus mengikut zon.
ZON TIMUR
Pn Zubaidah Husin - 017-9190664/013-9390748
Pn Hasnah Abu Kasim - 013-9550383
ZON BARAT
Pn Hasliza Ismail - 017-9605509
Pn Rashidah Ahmad - 012- 9680360
Kepada pengusaha yang telah pun menghantar nama kepada JKM atau Puan Zubaidah (PPNP). Sila sahkan penyertaan kepada penyelaras yang dinyatakan.
MAKLUMAT TERKINI AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS 15 HB NOVEMBER, 2013. MINTA KERJASAMA SEMUA AHLI, PENGUSAHA DAN PENGASUH TASKA AGAR SENTIASA MELAYARI FB DAN BLOG PENGASUH PAHANG.
Harap maklum