Salam,
Mari kita berkongsi artikel ini yang menarik dan jelas mengenai sikap dan nilai. Moga kita sama-sama muhasabah diri dan berubah demi anak-anak generasi pewaris.
Wassalam.
DEFINISI NILAI
Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seeorang ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan.
Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.
Secara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakan tingkahlaku yang dipilih melibatkan nilai, indiivdu yang berkenaan atau nilai kelompoknya.
Justeru itu pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi prsoes pembangunan.Penghasilan nilai-nilai ini akan mengakibatkan pihak lain mengecap kita sebagai masyarakat membangun yang tidak bermoral. Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan setiap orang kerana tingkahlaku/nilai indiivdu mencerminkan nilai keseluruhan rakyat Malaysia.
Dalam perjuangan kita untuk mencapai pembangunan, nilai kasih sayang telah menjadi sesuatu yang bole dijual beli dengan wang ringgit. Nilai-nilai kasih sayang yang dimaksudkan di sini ialah
1. Sayang kepada alam sekeliling.
2. Sayang kepada hidupan bernyawa.
3. Cinta kepada negara.
4. Cinta kepada keluarga, masyarakat dan keamanan sejaga.
1. Sayang Kepada Alam Sekeliling
"Masih adakah sifat kasih kepada alam sekeliling di kalangan manusia-manusia yang mengejar pembangunan?".
Umumnya, manusia bergantung kepada alam sekitar bagi mendapat bahan mentah (bahan-bahan dalam bentuk asal, sumber tenaga, makanan). Barangan yang dikongsi awam, udara, lapisan ozon, keindahan semulajadi, dan kepelbagaian biologi, habitat). Setiap sesuatu yang diambil daripada alam adalah `hutang' yang perlu dibayar. Tidak ada sesuatu yang `percuma' dalam bentuk hubungan berbalas antara manusia dan alam. Manusia, dalam membangun dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi, telah mengumpul hutang-hutang terhadap alam sekitar.
Sebenarnya pengumpulan hutang-hutang ini berlaku akibat sifat haloba manusia yang melakukan bumi sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan. Sifat mementingkan diri tanpa mengira kemudaratan yang dibawa kepada orang lain haruslah dikikis. Walaupun kita tidak dapat menyumbang kepada uaha-usaha perlindungan tetapi sekurang-kurangnya berusahalah agar diri kita tidak menjadi agen pemusnah alam. Ini kerana hanya golongan yang tidak menghargai pengangugerahan Tuhan yang akan bertindak memusnahkan alam ini.
Kesemua situasi-situasi di atas yang membawa kepada pelbagai bentuk pengorbanan merupakan bahana yang kita terima akibat proses pembangunan. Ini tidak bermakna kita harus menjauhkan diri daripada pembangunan. Apa yang penting ialah pengekalkan nilai-nilai murni yang penting terutamanya kasih sayang agar kita dapat merancang pembangunan seimbang yang tidak memusnahkan mana-mana pihak.
Menerusi usaha-usaha pembangunan yang berterusan samada pembangunan fizikal mahupun ekonomi perubahan kepada ekosistem tidak dapat dielakkan. Perubahan-perubahan ini walau bagaimanapun harus dipastikan hanya berlaku pada had-had yang tertentu sahaja, iaitu perubahan yang tidak akan menukar secara kekal, kedinamikan ekosistem. Sekali lagi ditekankan hanya menerusi nilai kasih sayang sahaja hal-hal ini dapat dilaksanakan.
Cinta Kepada Negara
Cinta kepada negara merujuk kepada perasaan sayang, bangga dan taat setia kepada tanah air. Namun apabila negara semakin membangun dan rakyat menjadi semakin terpelajar nilai ini semakin pudar. Misalnya suatu ketika dulu heboh diperkatakan mengenai pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri yang turut terlibat dalam kempen memburuk-burukkan barangan buatan Malaysia. Golongan pelajar-pelajar ini telah lupa daratan dan merupakan musuh dalam selimut bagi kita.
Sepatutnya nilai cintakan negara haruslah bertapak kukuh di hati setiap anak Malaysia kita haruslah menjadi rakyat yang cintakan negara dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara dalam apa juga keadaan, menyokong dan memberi kerjasama yang padu untuk menyokong dan menjayakan rancangan dan dasar kerajaan. Hanya menerusi perasaan cinta ini, kita selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan negera.
Sayang Kepada Hidupan Bernyawa
Ketandusan nilai kasih sayang kepada alam sekeliling membawa kemudaratan kepada setiap satu spesis di muka bumi ini. Pemupusan speseis tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang merupakan khazanah alam yang sangat bernilai agak membimbangkan kebelakangan ini. Kadar pemusnahan hutan dan pembalakan serta aktiviti perdagangan kulit haiwan begitu berleluasa.
Pencemaran akibat prsoes pembangunan bukan sahaja mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kepada umat manusia tetapi juga hidupan lain. Habuk dan akan menyukarkan penglihatan dan mengancam kesihatan manusia. Sinaran matahari yang dihalang akan mengurangkan proses fotosintesis pada tumbuhan. Gas sulfur dioksida bergumpal dengan wap air menganggu keasidan tanah dan merosakkan tanaman.
Selain itu tumpahan minyak dari kapal atau tangki minyak mengakibatkan banyak hidupan laut seperti ikan, penyu, singa laut dan penguin mati. Burung laut yang memakan ikan yang tercemar juga terkorban. Aktiviti-aktiviti pembalakan juga banyak menyumbang kepada pemusnahan hidupan-hidupan bernyawa. Hutan khatulistiwa di negara kita yang kaya dengan keheningan dan kicauan burung semakin pupus. Kesan ini dipercepatkan lagi oleh kegiatan pembalakan haram dan pencurian balak oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungajwab. Apa yang lebih menyedihkan ialah kawasan-kaasan hutan simpan dan hutan dara juga turut dicerobohi.
Pembalakan haram menjadi satu ancaman kepada penghuni hutan seperti monyet, harimau, rusa dan lain-lain. Memusnahkan hutan bererti membunuh binatang-binatang ini. Pemupusan binatang-binatang ini merupakan satu kerugian yang maha besar kepada kita kerana spesis yang terdapat di hutan Malaysia sukar didapati di tempat lain