Tanggal 27 hb Mac, 2011 yang lalu, satu Mesyuarat Agung telah diadakan di De Rhu Beach Resort Kuantan. Seramai 45 orang ahli telah hadir mesyuarat tersebut. Sebarisan ahli jawatan kuasa telah pun dilantik bagi sesi 2011 hingga 2013. Pihak persatuan berharap dengan pucuk pimpinan baru persatuan akan lebih bergerak aktif untuk menganjurkan kursus-kursus pendek bagi memastikan pengasuhan yang berkualiti di Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri iaitu En Abdul Ghani bin Mohd Yusof dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.