Tuesday, April 4, 2017

SAMBUTAN HARI PENGASUH PERINGKAT NEGERI PAHANG DAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG KALI KE 16 1 & 2 APRIL 2017

Sambutan Hari Pengasuh peringkat Negeri Pahang dan Mesyuarat Agung PPNP Kali ke 16 telah berjaya mengumpulkan hampir 100 orang pengusaha dan pengasuh taska di seluruh Negeri Pahang.Ianya telah diadakan pada 1 dan 2 April 2017 di MS Garden Hotel Kuantan,Pahang bermula dengan makan malam dan dihiburkan dengan persembahan dari anak-anak Taska Ar Raudah.

En Azmi Ibrahim Penolong Pengarah Bahagian kanak-kanak JKM Negeri Pahang sedang memberi ucapan sekaligus merasmikan majlis Sambutan Hari Pengasuh Negeri Pahang dan Mesyuarta Agung PPNP kali ke 16


    Majlis ini telah dirasmikan oleh En Azmi Bin Ibrahim Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.Selain itu,turut hadir memeriahkan majlis ialah pensyarah-pensyarah untuk Program KTP -KINDY UMP-PPNP.Pada majlis itu juga pelajar-pelajar Program KTP-KINDY UMP-PPNP (terdiri dari pengasuh taska/tadika)yang telah menamatkan program menerima sijil daripada tetamu kehormat En Azmi Ibrahim.

Pensyarah-pensyarah Program KTP-KINDY UMP KUANTAN


    Tema pada sambutan kali ini ialah 'WORLD TRADITIONAL NITE'.Maka pelbagai pakaian tradisional dari seluruh negara dapat kita saksikan pada malam tersebut.Pengasuh-pengasuh sangat sporting menggayakan pakai-pakaian tradisional tersebut.

   Pada Mesyuarat Agung kali ini juga,pemilihan untuk Exco PPNP untuk sesi 2017-2019 telah  pun dipilih.Masih dikekalkan lagi Puan Presiden PPNP PN Zubaidah Husin. Dan muka-muka baru akan bergabung dengan muka-muka lama,dan diharapkan Exco PPNP kali ini akan memantapkan lagi matlamat penubuhan PPNP dengan program-program yang bakal dilaksanakan.
Exco PPNP baru sesi 2017-2019

  Selain persembahan dari kanak-kanak, turut memeriahkan sambutan kali ini adalah persembahan tarian dari Exco PPNP dan juga Pengasuh Di Rumah.








Sambutan Hari Pengasuh diakhiri dengan "Bowling Tournament' yang diadakan di Mega Lanes,Berjaya Mega Mall,Kuantan pada keesokan harinya.Semua pengasuh turut serta mengambil bahagian.Pemenang telah diadili oleh pihak Mega Lane sendiri.Kami juga turut memberi hadiah kepada 5 pemain terbaik.



Sangat meriah sambutan kali ini.Semuanya telah berjalan dengan lancar dan baik.Kami di PPNP juga sangat berterima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong PPNP selama ini semoga sokongan anda masih kuat dan akan memberi semangat kepada kami dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan.

Semoga kita berjumpa lagi di hari Sambutan akan datang.
Terima kasih semua!

Wednesday, March 1, 2017

MESYUARAT AGUNG KALI KE 16 DAN SAMBUTAN HARI PENGASUH PPNP 2017

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) berbesar hati menjemput semua ahli PPNP,pengusaha taska dan pengasuh taska Pahang serta sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli PPNP hadir untuk memeriahkan MESYUARAT AGUNG KALI KE 16 dan SAMBUTAN HARI PENGASUH yang akan diadakan di MS GARDEN HOTEL KUANTAN PAHANG.

Ianya akan diadakan pada 1 dan 2 April 2017 (Sabtu dan Ahad).

Boleh rujuk poster untuk atucara majlis.Pelbagai acara dan hadiah menarik disediakan.

Mari memeriahkan majlis untuk raikan pengusaha dan pengasuh Pahang.
JOM KITA DATANG BERAMAI-RAMAI!

UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI:
Pn Zubaidah 013-9390748
Pn Ziela 014-5410542







Sunday, November 20, 2016

KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) PART TIME DI TEMERLOH DISEMBER 2016

*KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) PART-TIME* kini di *#TEMERLOH*, Pahang DM.

Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh. Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi. 

Untuk pendaftaran, sila pm : 
Puan Zubaidah : 013-9390748
Puan Julia         : 019-2754575
Puan Rashidah : 012-9680360


KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) : 
Tarikh : *3 Dis 2016 - 10 Mac 2017*

Tarikh Praktikum : Mac 2017
(Akan dimaklumkan)

Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 4,
Bangunan Persekutuan Temerloh.

Yuran : RM 1000.00 
Ansuran 3 X bayaran
1) Deposit RM 400 (termasuk Modul KAP) 
2) RM 300 (Bayar pada 21 Nov 2016)
3) RM 300 (Bayar pada 3 Disember 2016)
* Bank in ke akaun *PPNP*
*(CIMB : 8005431548)*
* Yuran tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri semasa kursus, hendaklah diganti dengan orang lain beserta surat tunjuk sebab.
* Yuran tidak termasuk kos makan minum, pengangkutan dan penginapan
* Tertakluk kepada terma dan syarat 
* Sebarang perubahan tarikh atau tempat akan dimaklumkan kepada peserta.

Monday, October 17, 2016

KARNIVAL SAFETY HARI KANAK-KANAK TADIKA DAN HARI KANAK-KANAK TASKA 2016








Alhamdulillah..
Karnival Safety Hari Kanak-kanak Tadika dan Taska 2016 anjuran Persatuan Guru Tadika Pahang (PGTP) dan Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) yang diadakan pada 16 Oktober 2016 telah berjaya menarik lebih 400 orang kanak-kanak dan ibubapa turut serta dalam karnival tersebut.

Karnival yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan Pahang telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Datin Wong Poai Hong.

Karnival ini juga telah mendapat kerjasama yang mantap daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang,Ibu Pejabat Polis Kontijen(IPK),Jabatan Keselamatan dan Jalan Raya (JKJR),Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Mc Donald's Indera Mahkota dan Kedai Buku Men Men.

Pelbagai acara yang telah disertai oleh kanak-kanak yang terlibat antaranya aktiviti bersama JKJR,Bomba,membuat kolaj dan aktiviti story telling.Ibubapa juga turut terlibat dalam ceramah yang diadakan oleh IPK dan JKJR berkenaan dengan keselamatan kanak-kanak.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik dan berakhir dengan penyampaian hadiah untuk semua peserta.

Diharapkan dengan adanya program sebegini akan lebih mengeratkan  lagi hubungan ibubapa dan anak,ibubapa dan pengasuh dan ibubapa dan guru.

Sekalung tahniah kepada semua exco-exco PGTP dan PPNP atas kejayaan karnival ini dan kerjasama yang baik sepanjang program ini berjalan.

Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan program yang lebih menarik lagi.

Jumpa lagi dan terima kasih semua!


Friday, September 23, 2016

HARI KANAK-KANAK DAN HARI TASKA OKTOBER 2016


Persatuan Guru Tadika Pahang dan Persatuan Pengasuh Negeri Pahang akan menganjurkan Karnival Safety Hari Kanak-kanak dan Hari Taska 2016.

Bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Malaysia Pahang,Jabatan Bomba dan penyelamat,Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia.

Semua tadika dan taska dijemput beramai-ramai memeriahkan Hari Kanak-kanak dengan menyertai acara-acara yang menarik disediakan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi no tertera di bawah:
Ms Lee -012 -9872217
Pn Lydia - 013- 9846828

 Jom bawa ibubapa bawa anak-anak...
Semoga bergembira!

Friday, September 9, 2016

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP) DISEMBER 2016


Persatuan Pengasuh Negeri Pahang mempelawa kepada semua pengusaha,penyelia,pengasuh dari taska-taska berdaftar dengan JKM atau orang perseorangan yang berminat untuk menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak  Permata (KAP) yang bakal diadakan pada Bulan Disember 2016.

Kursus kali ini akan diadakan di Temerloh dan berlangsung selama 22 hari dan 5 hari praktikum.Tempat kursus akan dimaklumkan kemudian.

Tarikh kuliah seperti berikut:
12-17 Disember 2016
19-24 Disember 2016
26-30 Disember 2016
2-3 Januari 2017

Manakala tarikh praktikum:
9 - 13 Januari 2017

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM1000 termasuk Modul KAP.Yuran boleh dibayar secara ansuran.
Penginapan dan makan minum adalah tanggungan peserta.

Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk pendaftaran peserta bolehlah hubungi nombor berikut:

PN ZUBAIDAH : 013-9390748
PN JULIA           : 019-2754575
PN SHIDA          : 012- 9680360

Marilah bersama mengambil peluang yang ada ini untuk menambahkan lagi ilmu tentang pendidikan awal kanak-kanak.

Tuesday, August 16, 2016

KEMPEN JOM DAFTAR TASKA DAN PUSAT JAGAAN PERINGKAT DAERAH TEMERLOH DAN BERA




Program Keselamatan Kanak-kanak dan Kempen Jom Daftar Taska dan Pusat Jagaan Peringkat Daerah Temerloh dan Bera telah diadakan baru-baru ini di Auditorium HOSHAS Temerloh,Pahang.Ianya telah diadakan pada 13 Ogos 2016.Bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Program ini telah dihadiri oleh semua pengusaha taska dan pusat jagaan sekitar Temerloh dan Bera.Tujuan program ini untuk menggalakkan semua pengusaha taska dan pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PPNP juga tidak ketinggalan membuka BOOTH PPNP dengan mempamerkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan untuk menggalakkan semua pengusaha,pengasuh menjadi ahli PPNP.Keistimewaan ahli PPNP ialah dapat menghadiri pelbagai kursus yang diadakan dan dapat membantu ahli-ahli jika mempunyai masalah berkaitan dengan taska dan pusat jagaan masing-masing.

Semoga kempen ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap untuk memberi pendedahan betapa pentingnya taska dan pusat jagaan berdaftar dengan JKM.