Showing posts with label exco PPNP. Show all posts
Showing posts with label exco PPNP. Show all posts

Tuesday, April 4, 2017

SAMBUTAN HARI PENGASUH PERINGKAT NEGERI PAHANG DAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG KALI KE 16 1 & 2 APRIL 2017

Sambutan Hari Pengasuh peringkat Negeri Pahang dan Mesyuarat Agung PPNP Kali ke 16 telah berjaya mengumpulkan hampir 100 orang pengusaha dan pengasuh taska di seluruh Negeri Pahang.Ianya telah diadakan pada 1 dan 2 April 2017 di MS Garden Hotel Kuantan,Pahang bermula dengan makan malam dan dihiburkan dengan persembahan dari anak-anak Taska Ar Raudah.

En Azmi Ibrahim Penolong Pengarah Bahagian kanak-kanak JKM Negeri Pahang sedang memberi ucapan sekaligus merasmikan majlis Sambutan Hari Pengasuh Negeri Pahang dan Mesyuarta Agung PPNP kali ke 16


    Majlis ini telah dirasmikan oleh En Azmi Bin Ibrahim Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.Selain itu,turut hadir memeriahkan majlis ialah pensyarah-pensyarah untuk Program KTP -KINDY UMP-PPNP.Pada majlis itu juga pelajar-pelajar Program KTP-KINDY UMP-PPNP (terdiri dari pengasuh taska/tadika)yang telah menamatkan program menerima sijil daripada tetamu kehormat En Azmi Ibrahim.

Pensyarah-pensyarah Program KTP-KINDY UMP KUANTAN


    Tema pada sambutan kali ini ialah 'WORLD TRADITIONAL NITE'.Maka pelbagai pakaian tradisional dari seluruh negara dapat kita saksikan pada malam tersebut.Pengasuh-pengasuh sangat sporting menggayakan pakai-pakaian tradisional tersebut.

   Pada Mesyuarat Agung kali ini juga,pemilihan untuk Exco PPNP untuk sesi 2017-2019 telah  pun dipilih.Masih dikekalkan lagi Puan Presiden PPNP PN Zubaidah Husin. Dan muka-muka baru akan bergabung dengan muka-muka lama,dan diharapkan Exco PPNP kali ini akan memantapkan lagi matlamat penubuhan PPNP dengan program-program yang bakal dilaksanakan.
Exco PPNP baru sesi 2017-2019

  Selain persembahan dari kanak-kanak, turut memeriahkan sambutan kali ini adalah persembahan tarian dari Exco PPNP dan juga Pengasuh Di Rumah.








Sambutan Hari Pengasuh diakhiri dengan "Bowling Tournament' yang diadakan di Mega Lanes,Berjaya Mega Mall,Kuantan pada keesokan harinya.Semua pengasuh turut serta mengambil bahagian.Pemenang telah diadili oleh pihak Mega Lane sendiri.Kami juga turut memberi hadiah kepada 5 pemain terbaik.



Sangat meriah sambutan kali ini.Semuanya telah berjalan dengan lancar dan baik.Kami di PPNP juga sangat berterima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong PPNP selama ini semoga sokongan anda masih kuat dan akan memberi semangat kepada kami dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan.

Semoga kita berjumpa lagi di hari Sambutan akan datang.
Terima kasih semua!

Sunday, August 23, 2015

HARI KANAK-KANAK TASKA PERINGKAT NEGERI PAHANG 8 OGOS 2015

Tarikh 8 Ogos 2015 merupakan Hari TASKA yang akan diraikan setiap tahun. Hari TASKA bagi peringkat Negeri Pahang telah diadakan secara sederhana bagi meraikan kanak-kanak TASKA. Program adalah anjuran PPNP.

Mengikut Tema Tahunan yang telah pun ditetapkan iaitu `Enviroment' , pada program hari TASKA kali ini menitik beratkan bagaimana kanak-kanak menghargai alam sekitar melalui kempen `Go Green TASKA'.

Program ini telah di adakan di sebuah kebun buah-buahan iaitu di di Aspa Cottage,Kuantan Pahang. Seramai lebih kurang  100 orang kanak-kanak serta 100 orang ibu bapa turut hadir memeriahkan program ini.

Acara yang dijalankan sepanjang program adalah perkhemahan kanak-kanak berusia 4,5 dan 6 tahun, membuat kolaj bersama ibu bapa dan pengasuh, pertandingan menamakan pokok, menanam pokok, `treasure hunt', aktiviti sains dengan menggunakan bahan terbuang , senamrobik dan juga sukaneka.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang turut memeriahkan program kali ini juga kepada Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia dan orang-orang perseorangan yang memberi sumbangan bagi menjayakan program kali ini.

Terima kasih juga kepada semua EXCO PPNP yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan program kali ini.


Bergambar beramai-ramai bersama pengasuh,kanak-kanak dan ibubapa

Aktiviti kanak-kanak membuat kolaj daripada bahan-bahan alam

Aktiviti menamakan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan

Acara membaling belon berisi air

Acara menarik kelapa menggunakan gelung rotan

Acara tresure hunt


Aktiviti senam robik

Aktiviti menanam tumbuh-tumbuhan

Acara penyampaian hadiah kepada semua kanak-kanak




Tuesday, April 28, 2015

EXCO PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG SESI 2015-2017






PENGERUSI : PUAN ZUBAIDAH BT HUSIN

NAIB PENGERUSI: PUAN HASNAH BT ABU KASIM

SETIAUSAHA: PUAN NORLIDA  @ JULIA BT ABDULLAH

PENOLONG SETIAUSAHA :CIK NURUL ATIQAH BT MOHD RAZALI

BENDAHARI : PUAN NORAZLINA BT MOHAMAD ANWAR



AHLI JAWATANKUASA :

PUAN RASHIDAH BT AHMAD

PUAN NORHAYATI BT MOHD NOR

PUAN SHARIFAH FAUZAAN BT SYED MOHAMAD RASOL

PUAN JARINAH BT HAJI SIDIK

PUAN KANCHENAH A/P RAMASAMY

PUAN NORSYAHIDA BT MAHDI

ENCIK MOHAMAD MUSTAQIM B MOHD SAID

CIK YUAFIDA BT MD YUNOS

PUAN ZANARIAH BT RAMLI


PENASIHAT:
ENCIK MOHD ROSTAM B MOHD HUSAIN