Showing posts with label Kursus Asuhan Permata (KAP). Show all posts
Showing posts with label Kursus Asuhan Permata (KAP). Show all posts
Friday, September 9, 2016
KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP) DISEMBER 2016
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang mempelawa kepada semua pengusaha,penyelia,pengasuh dari taska-taska berdaftar dengan JKM atau orang perseorangan yang berminat untuk menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) yang bakal diadakan pada Bulan Disember 2016.
Kursus kali ini akan diadakan di Temerloh dan berlangsung selama 22 hari dan 5 hari praktikum.Tempat kursus akan dimaklumkan kemudian.
Tarikh kuliah seperti berikut:
12-17 Disember 2016
19-24 Disember 2016
26-30 Disember 2016
2-3 Januari 2017
Manakala tarikh praktikum:
9 - 13 Januari 2017
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM1000 termasuk Modul KAP.Yuran boleh dibayar secara ansuran.
Penginapan dan makan minum adalah tanggungan peserta.
Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk pendaftaran peserta bolehlah hubungi nombor berikut:
PN ZUBAIDAH : 013-9390748
PN JULIA : 019-2754575
PN SHIDA : 012- 9680360
Marilah bersama mengambil peluang yang ada ini untuk menambahkan lagi ilmu tentang pendidikan awal kanak-kanak.
Tuesday, August 16, 2016
KURSUS ASUHAN PERMATA TASKA RUMAH (KAPTR) OGOS
Kursus Asuhan Permata Taska Rumah kini lebih menumpukan kepada pengusaha-pengusaha Taska Di Rumah.Ianya anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Kursus tersebut kini sedang dijalankan setiap Sabtu dan Ahad selama 3 minggu dengan kehadiran hampir 29 orang peserta seluruh Pahang.
Kursus ini bermula pada 13hb,14hb,20hb,21hb,27hb dan akan berakhir pada 28hb Ogos 2016 dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.Kursus ini diadakan di Kolej Yayasan IKIP 3,Taman Gelora,Kuantan,Pahang.Antara penceramah yang terlibat ialah Pn Zubaidah Husin Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP).
Selamat berkursus dan selamat maju jaya kepada semua peserta KAPTR.Semoga mendapat ilmu yang baru dan dapat dipraktikkan di taska masing-masing.
Kursus tersebut kini sedang dijalankan setiap Sabtu dan Ahad selama 3 minggu dengan kehadiran hampir 29 orang peserta seluruh Pahang.
Kursus ini bermula pada 13hb,14hb,20hb,21hb,27hb dan akan berakhir pada 28hb Ogos 2016 dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.Kursus ini diadakan di Kolej Yayasan IKIP 3,Taman Gelora,Kuantan,Pahang.Antara penceramah yang terlibat ialah Pn Zubaidah Husin Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP).
Selamat berkursus dan selamat maju jaya kepada semua peserta KAPTR.Semoga mendapat ilmu yang baru dan dapat dipraktikkan di taska masing-masing.
Wednesday, February 17, 2016
KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA 2016 (KAP)
Kami ingin mempelawa semua pengusaha baru dan lama,pengasuh baru dan lama,kepada bakal-bakal pengusaha taska dan tadika dan orang perseorangan yang berminat untuk menyertai Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata 2016 (KAP) yang akan diadakan mulai 14 Mac sehingga 12 April 2016.
Kursus yang akan diadakan selama sebulan akan diikuti dengan latihan praktikum di taska-taska terpilih selama seminggu.Kursus ini diwajibkan kepada semua bakal pengusaha taska dan tadika yang berminat membuka taska.
Kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia taska/tadika sama ada sebagai pengusaha ataupun pengasuh,inilah kursus yang wajib anda hadir.
Kursus ini akan dijalankan di alamat Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.Dengan bayaran sebanyak RM900 seorang tanpa penginapan.Penginapan boleh diuruskan kepada mereka yang memerlukan.
Kursus ini dijalankan sepenuh masa hari Isnin-Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
Sijil kehadiran akan disediakan oleh agensi.Manakala ujian bertulis dan sijil lulus,akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Kepada sesiapa yang inginkan keterangan lebih lanjut dan berminat bolehlah hubungi Cik Yuafida ditalian 013-9501216.
Wednesday, April 22, 2015
KURSUS ASUHAN PERMATA MEI 2015
Kursus Asuhan PERMATA akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Mei hingga 13 Jun 2015
Tempat: Pusat Latihan Tinta Ori,Bandar Indera Mahkota
Masa Pendaftaran: 8 pagi (11 MEI 2015)
Bayaran : RM 420 seorang tanpa makan dan minum
Kepada pengusaha, penyelia, pengasuh dan orang perseorangan yang berminat untuk mengikuti kursus ini sila berhubung dengan penyelaras kursus Puan Hasnah Abu Kasim di talian 013-9550383 untuk pendaftaran.
Semua bayaran hendaklah dibuat melalui bayaran terus ke bank CIMB Bank di bawah nombor akaun Persatuan Pengasuh Negeri Pahang 8005431548. Sila simpan semua slip pembayaran bagi bukti pembayaran dan hendaklah dibawa semasa hari pendaftaran.
Pembayaran hendaklah dibuat 14 hari sebelum tarikh kursus.
Subscribe to:
Posts (Atom)





