Wednesday, February 17, 2016

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA 2016 (KAP)

Kami ingin mempelawa semua pengusaha baru dan lama,pengasuh baru dan lama,kepada bakal-bakal pengusaha taska dan tadika dan orang perseorangan yang berminat untuk menyertai Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata 2016 (KAP) yang akan diadakan mulai 14 Mac sehingga 12 April 2016.

Kursus yang akan diadakan selama sebulan akan diikuti dengan latihan praktikum di taska-taska terpilih selama seminggu.Kursus ini diwajibkan kepada semua bakal pengusaha taska dan tadika yang berminat membuka taska.

Kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia taska/tadika sama ada sebagai pengusaha ataupun pengasuh,inilah kursus yang wajib anda hadir.

Kursus ini akan dijalankan di alamat Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.Dengan bayaran sebanyak RM900 seorang tanpa penginapan.Penginapan boleh diuruskan kepada mereka yang memerlukan.

Kursus ini dijalankan sepenuh masa hari Isnin-Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
Sijil kehadiran akan disediakan oleh agensi.Manakala ujian bertulis dan sijil lulus,akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

Kepada sesiapa yang inginkan keterangan lebih lanjut dan berminat bolehlah hubungi Cik Yuafida ditalian 013-9501216.


KURSUS PENGENALAN DAN REFRESHER KAP 2016

Kami mempelawa kepada semua pengusaha baru dan lama,pengasuh baru dan lama untuk mengikuti kursus pendek selama 2 hari iaitu Kursus pengenalan dan refresher KAP yang akan diadakan pada 27-28 Februari ini.

Kursus ini akan dijalankan di Kompleks Dagangan Mahkoat,Kuantan dari 8 pagi hingga 5 petang dengan bayaran sebanyak RM80 seorang.

Tujuan diadakan kursus jangka pendek ini untuk meningkatkan dan menajamkan lagi ilmu berkaitan dengan kualiti penjagaan kanak-kanak.Semoga pengasuh dapat menjalankan tanggungjawab yang lebih berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Bagi yang berminat dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut,boleh lah terus hubungi Pn Hasnah di talian 013-9550383.
Sijil dan makan tengah hari disediakan.




Sunday, November 29, 2015

KTP KINDY GET-TOGETHER PROGRAMME BERSAMA PPNP DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Untuk julung kalinya KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME COMMUNICATION ENGLISH AND EFFECTIVE STORY TELLING TECHNIQUES FOR PRESCHOOL EDUCATORS atau dikenali sebagai KTP-KINDY GET-TOGETHER PROGRAMME iaitu satu program untuk pengusaha taska memperkenalkan penggunaan Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak di peringkat awal lagi.

Program ini adalah kerjasama bersama PPNP dan UMP bagi menambahkan dan memperbaiki ilmu berbahasa Inggeris di kalangan pengusaha dan pengasuh taska untuk dipraktikkan kepada kanak-kanak taska.

Pendaftaran para peserta atau kini digelar pelajar telah dihadiri seramai 30 orang yang terpilih bertempat di Dewan Tun Teja,Universiti Malaysia Pahang (UMP).Atucara program telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr.Noor Raha Mohd Radzuan,PBMSK,UMP dan memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan program yang pertama kalinya diadakan bersama PPNP.Diikuti ucapan dari Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Pahang Pn.Zubaidah Husin.

Seterusnya ceramah kerohanian,ceramah motivasi "sorak ketawa" oleh Pn.Haslinda dan berakhir dengan aktiviti dan bengkel untuk semua peserta.

Mentor program ini adalah Professor Emeritus Dato' Aminah Ayob Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara tenaga pengajar yang terlibat di dalam program ini ialah:

1. Pn. Ezihaslinda Ngah,PBMSK,UMP
2. Dr. Fatimah Ali,PBMSK,UMP
3. Pn.Haslinda @ Robita Hashim,PBMSK,UMP
4. Pn. Noor Azlinda Zainal Abidin,PBMSK,UMP
5. Dr Noor Raha Mohd Radzuan,PBMSK,UMP
6  Pn Siti Airin Ghani,FIM,UMP
7 .Pn. Wan Jumani Fauzi,PBMSK,UMP

Kelas akan diadakan selama 6 kali iaitu sekali dalam sebulan pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.Semoga program ini akan berjaya dan berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Pelajar bergambar bersama-sama dengan tenaga-tenaga pengajar KTP-KINDY GET-TOGETHER PROGRAMME.




Diharap program ini akan lebih meningkatkan kualiti pengasuhan yang terbaik dikalangan semua pengasuh di Negeri Pahang ini.

CHILD PASSENGER SAFETY BERSAMA PPNP DAN PPBM

Bertempat di Bangunan Persekutuan Temerloh pada 19 dan 20 haribulan November (Khamis dan Jumaat) telah berlangsung kursus Child Passenger Safety.

Seramai lebih 20 orang peserta telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh PPBM dengan kerjasama PPNP.Tujuan kursus ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada ibubapa tentang keselamatan kanak-kanak ketika berada di dalam kenderaan.Pengusaha taska yang terlibat dalam kursus ini akan memberikan penerangan yang lebih lanjut kepada setiap ibubapa mengenai pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak dengan menyediakan 'car seat' di dalam kereta mereka.

Mereka juga diberi penerangan tentang penggunaan yang betul 'car seat' untuk kanak-kanak di dalam kereta.Memang sangat penting bagi setiap ibubapa mengetahui keselamatan kanak-kanak agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Semoga dengan berakhirnya kursus ini sedikit sebanyak pengusaha dan mereka yang terlibat akan lebih faham dan seterusnya dapat memberikan penerangan yang tepat kepada setiap ibubapa di taska masing-masing.


Bergambar kenangan selepas kursus

Thursday, November 12, 2015

CHILD PASSENGER SAFETY CAMPAIGN 2015 (19 & 20 NOVEMBER 2015) TEMERLOH PAHANG


Jom sertai kursus  'CHILD PASSENGER SAFETY CAMPAIGN 2015.Kursus Keselamatan kanak-kanak ini dianjurkan oleh PPNP dengan kerjasama PPBM.


Tujuan kursus ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan keselamatan bayi dan kanak-kanak semasa berada di dalam kereta.Antara perkara yang akan dititik beratkan adalah bagaimana menggunakan 'car seat' untuk bayi dan kanak-kanak dengan cara yang betul.

Setiap pengusaha taska sangat digalakkan hadir kursus ini bagi memudahkan mereka untuk memberi penerangan kepada setiap ibubapa di taska masing-masing tentang keselamatan bayi dan kanak-kanak sewaktu berada di dalam kereta.


TAJUK: CHILD PASSENGER SAFETY CAMPAIGN 2015

TARIKH: 19 DAN 20 NOVEMBER 2015 (KHAMIS DAN JUMAAT)

MASA: 9 PAGI - 5 PETANG

TEMPAT: BILIK PERSIDANGAN,TINGKAT 5,BANGUNAN PERSEKUTUAN TEMERLOH JALAN MERDEKA,28000,TEMERLOH,PAHANG






Jika anda berminat dan pentingkan keselamatan kanak-kanak bolehlah datang dengan menghubungi:

Pn Zubaidah :013-9390748

Bayaran :
 RM100 (Ahli)
RM150 (Bukan Ahli)

Jumpa anda di sana!







Friday, October 9, 2015

Bengkel MAC TEAM- MOBILE ACTIVITY PROGRAM FOR CHILDREN IN EMERGENCY

Bengkel MAC TEAM yang telah disertai oleh hampir 24 orang peserta dari seluruh Pahang telah berjalan dengan baik dan lancar.Ianya diadakan selama 2 hari dari 1 hingga 2 Oktober di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan Pahang.Bengkel MAC TEAM ini telah dikendalikan oleh Puan Jameyah Sheriff dan Datin PH Wong dari Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan kerjasama dari PPNP.




MAC TEAM adalah singkatan untuk MOBILE ACTIVITY CENTRES,menyeru lebih ramai sukarelawan menyertai pasukan kami demi melindungi hak kanak-kanak yang ditimpa bencana atau musibah.

Objektif diadakan bengkel ini adalah:

1. Untuk membantu peserta memahami kepentingan menyediakan pusat aktiviti untuk kanak-kanak         dalam bencana dan kebaikannya.

2. Memastikan kanak-kanak tidak terabai semasa berlaku bencana

3. Mengenal pasti tindak balas kanak-kanak dalam aspek fizikal,emosi,kognitif dan tingkah laku

4. Menjalankan aktiiti yang menyokong emosi kanak-kanak semasa berada di pusat pemindahan

5. Menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan dan berkongsi pengalaman           dan  pandangan mereka

6. Mengelakkan kanak-kanak mengalami POST TRAUMATIC STRESS DISORDER (PSTD)

7. Menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti untuk menyokong aktiviti bersama kanak-kanak.




Peserta bergambar setelah tamat bengkel MAC TEAM


Puan Jameyah Sheriff sedang menerangkan sesuatu tentang konsep dan prinsip Pusat MAC

Pesertasedang membuat aktiviti yang telah disediakan


Bekerjasama dalam pasukan


Pembentangan hasil idea bersama rakan-rakan berkumpulan

Diharapkan peserta sudah bersedia sebagai sukarelawan yang diperlukan pada bila-bila masa sahaja bila terjadi musibah atau bencana bagi membantu kanak-kanak yang terlibat.Pihak PPNP juga PPBM sangat mengalu-alukan penglibatan sukarelawan dari orang ramai yang berminat untuk membantu kanak-kanak ini.

Friday, September 18, 2015

BENGKEL MAC TEAM PADA 1 & 2 OKTOBER 2015 KINI DIBUKA!

Sukacita dimaklumkan PPNP dengan kerjasama  IKIP dan PPBM akan mengadakan bengkel MAC TEAM pada 1 dan 2 Oktober 2015.

Kami memberi peluang kepada sesiapa yang berminat mengikuti bengkel ini untuk mendaftar dengan segera bagi memudahkan perjalanan bengkel dijalankan dengan baik dan lancar.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah menyediakan satu kumpulan sukarela bagi membantu kanak-kanak yang trauma bila dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya.

Butiran bengkel seperti berikut:

Tajuk Kursus:Bengkel Mac Team

Tarikh: 1 & 2 Oktober 2015 (Khamis dan Jumaat)

Masa :8 pagi - 5 petang

Tempat: Dewan Yayasan Pahang
              Kompleks Yayasan Pahang
              Tanjung Lumpur,Kuantan Pahang.

BAYARAN:RM50 SEORANG
Bayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun CIMB PPNP 8005431548

Nota:Makanan tengah hari disediakan & sijil akan diberi kepada setiap peserta.

Jika sesiapa yang berminat untuk membantu kanak-kanak boleh hubungi wakil PPNP:

PN SYAHIDA 
Tel: 012-3247004