Sunday, February 28, 2016

SELESAI KURSUS PENGENALAN DAN REFRESHER KAP 27-28 FEBRUARI 2016


Pada 27-28 Februari PPNP telah pun menganjurkan satu kursus dinamakan Kursus Pengenalan dan Refresher KAP 2016 di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.


Sambutan yang amat menggalakkan telah kami terima daripada peserta-peserta seluruh Negeri Pahang.Peserta terdiri daripada pengusaha dan pengasuh dari taska institusi,taska di tempat kerja dan juga taska di rumah.Lebih daripada 80 orang peserta telah menghadirkan diri untuk mengikuti kursus ini.


Tujuan diadakan kursus  jangka pendek ini adalah untuk menambah, meningkatkan dan menajamkan lagi ilmu berkaitan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di taska masing-masing.


Selain dari sesi ceramah dari Pn Zubaidah Husin selaku presiden PPNP,peserta juga turut terlibat dalam.aktiviti dalaman yang diadakan seperti nyanyian dan kerja berkumpulan.


Selesai kursus diharapkan peserta akan lebih faham dan boleh menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang di taska masing-masing dengan lebih baik lagi.


Kami amat berharap kepada peserta yang masih belum lagi menghadiri Kursus Awal Permata (KAP) dapat berbuat demikian dengan kadar segera demi memantapkan ilmu pengasuhan kanak-kanak dan peningkatan kualiti taska masing-masing.


Pihak PPNP akan kerap mengadakan kursus sebegini dan kami berharap.dapat berjumpa anda lagi.





Terima kasih daun keladi,lain kali berjumpa lagi.

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.