Tuesday, September 10, 2013

PROGRAM `TEAM BUILDING’ UNTUK PENGASUH ANJURAN PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG


PPNP akan menganjurkan satu program berunsur ilmiah bagi pemantapan dalam mengurus dan mentadbir TASKA dengan lebih efisien.

2.         Program ini akan diadakan seperti berikut:

            Tarikh                           :           11 hb hingga 13 hb Okt, 2013 (Jumaat – Sabtu)         `
            Tempat                        :           Kem SMART BKERP,
No 118A, Kampung Lebu,
28800 Bentong, Pahang Darul Makmur.

Masa pendaftaran      :           11 hb Okt, 2013 (6.00 pm) di Kem SMART BKERP

Bayaran                       :           RM150 Seorang

3.         Tujuan program ini dianjurkan sperti berikut:

a)                 Pengukuhan dalam pasukan (TASKA)
b)                 Mengubah persepsi diri kearah yang lebih positif dalam mengendalikan TASKA
c)                  Mencuba sesuatu yang baru dengan konsep `playshop’ bukannya `workshop’ dalam pengendalian di TASKA
d)                 Membentuk diri sebagai pengasuh yang sebenar.

4.         Program ini adalah program yang berbentuk `soft-skills’ dimana tiada aktiviti lasak akan dijalankan, jadi ianya sangat sesuai bagi seorang pengasuh.

5.         Pengangkutan pergi dan balik dengan menaiki bas akan disediakan kepada semua peserta. Bas akan berpusat di Kuantan dan Temerloh sahaja. Walau bagaimana pun sekiranya terdapat laluan bas ke destinasi program maka peserta boleh maklumkan kepada urusetia untuk mengambil dimana difikirkan sesuai.

6.         Pakaian semasa program adalah yang sesuai dan tidak menjolok mata. Memakai seluar (bukan jeans) adalah digalakkan.

7.         Program adalah program penuh maka semua makanan dan penginapan adalah disediakan.

8.         Bayaran hendaklah dibayar ke akaun PPNP 06110009717054 CIMB Bank sebelum atau pada 30 hb Sept. 2013.  

9.         Pendaftaran dan pengesahan serta pertanyaan untuk mengikuti program ini hendaklah dengan menghubungi terus  Pengarah program Puan Rashidah Ahmad ditalian 012-9680360.

KEPUTUSAN PERMOHONAN GERAN PERMULAAN TASKA

Kepada semua pengusaha TASKA negeri Pahang yang telah membuat permohonan geran permulaan dan telah pun menerima sms daripada JKMM. Anda semua boleh menyemak akaun bank masing-masing mulai Jumaat ini (13 hb September, 2013

Saya bagi pihak PPNP telah berurusan dengan JKMM dan telah dimaklumkan tentang perkara tersebut. Sekiranya mana-mana pengusaha yang menerima sms `berjaya' tetapi dana masih belum dimasukkan selepas Jumaat sila berhubung terus dengan En Wan ditalian 03-83231953.

Bagi permohonan yuran subsidi TASKA (untuk yuran kanak-kanak) pihak JKMM akan bermesyuarat pada 11 hb September, 2013. Sebarang keputusan akan dimaklumkan selepas tarikh tersebut.

Mana-mana pengusaha yang masih di dalam permohonan pendaftaran TASKA, permohonan geran permulaan masih boleh dihantar begitu juga dengan yuran subsidi TASKA. Walaupun tarikh tutup dilanjutkan sehingga Oktober, 2013, adalah dinasihatkan agar semua pengusaha menghantar ke JKMM pada atau sebelum 30 hb September, 2013.

Semoga dengan adanya sedikit peruntukan daripada kerajaan dapat kita manfaat sebaiknya bagi menambahbaik TASKA masing-masing.

sekian.

Tuesday, September 3, 2013

Monday, September 2, 2013

BENGKEL PENJAGAAN& URUTAN BAYI


NOTIS LANJUTAN GERAN DAN SUBSIDI YURAN TASKA


Sunday, August 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA AHLI PPNP

EXCO PPNP 2013/2015 mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli PPNP. walaupun agak terlewat untuk mengucapkannya tetapi kita masih lagi dibulan Syawal.

Perginya Ramadhan menjadikan kita pasti akan merinduinya. Namun dengan kehadiran Syawal menjadikan kita sedikit kegembiraan menyambut bersama keluarga. Amalan ketika di bulan Ramadhan menjadikan kita lebih insaf akan kekerdilan diri kita di sisi ALLAH swt. Diberinya limpahan rahmat sepanjang bulan Ramadhan. Sebagai manusia kita alpa, bila tibanya Syawal kita selalunya mencemari segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.

Marilah kita raikan Syawal dengan sunnah Rasulallah saw. Menjaga tutur kata, menjaga aurat wanita Islam, menjaga makan dan minum kita jangan sampai memudaratkan diri kita sendiri. Raikanlah dengan cara yang sederhana dengan tidak melanggar hukum hakam agama Islam.

Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.

salam daripada
EXCO PPNP
2013/2015

Sunday, July 21, 2013

PERMOHONAN GERAN TASKA DAN YURAN SUBSIDI TASKA

Kepada semua pengusaha TASKA Negeri Pahang yang membuat permohonan TASKA baru, pembukaan cawangan baru, yang masih di dalam proses pendaftaran dan yang akan memohon geran TASKA sila hadir taklimat seperti berikut:

Tarikh :   29 hb Julai, 2013

Tempat:  Hotel Megaview Kuantan

Masa :  10.00 pagi hingga 4.00 petang

Taklimat berkaitan geran TASKA dan yuran subsidi TASKA akan disampaikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kepada pengusaha lama yang ingin mendapatkan maklumat terbaru berkaitan industri TASKA juga dijemput hadir.

Bagi pengusaha yang telah memohon geran TASKA tetapi belum diluluskan, sila bawa salinan dokumen yang diserahkan melalui pos atau emel. Semua permohonan geran TASKA akan dibantu oleh pegawai JKM bagi memudahkan proses kelulusan  pada tarikh 29 hb Julai, 2013 itu nanti.

Pengusaha yang mempunyai ibu bapa yang layak memohon subsidi TASKA juga diminta untuk membawa semua dokumen yang diperlukan sepertimana di dalam borang YP 1. Majlis dialog juga akan diadakan pada tarikh tersebut. Pengusaha yang mempunyai cadangan atau usul digalakkan untuk hadir bagi kepentingan kita bersama.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Salina Shamsudin (013-9811744) bagi zon barat atau Puan Zubaidah Husin (017-9190664/013-9390748)