Saturday, May 17, 2008

PPNP JAYA KURSUS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH KALI PERTAMA DI TEMERLUH


















Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) telah mengadakan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali pertama dengan jayanya pada 12-16 Mei 2008 bertempat di Hotel Green Park, Temerluh, Pahang.

Peserta seramai 23 orang dari Kuantan, Bentung, Jerantut dan Temerluh adalah dari kalangan ibu tunggal dan suri rumah yang berpendapatan rendah.

Kursus ini adalah di bawah projek Asuhan Prihatin yang dianjurkan oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia(PPBM) dan disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Tujuan kursus ini adalah:-

- Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengusaha atau pengasuh Taska Rumah supaya mereka dapat mengendalikan Taska dengan lebih efektif an bermutu.
- Supaya kanak-kanak yang dihantar ke Taska Rumah dapat menerima asuhan yang menyokong perkembangan menyeluruh.
- Untuk meningkatkan imej pengasuh melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari kandungan kursus.



Kursus selama 5 hari ini merangkumi 15 modul yang memberi tumpuan perkembangan dan pentadbiran Taska Rumah. Di antaranya adalah:-

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dan berasaskan kebudayaan tempatan
2. Penyediaan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-kanak
3. Tugas dan tanggungjawab pengasuh Taska Rumah
4. Penyediaan makanan seimbang bagi kanak-kanak taska rumah
5. Kewangan dan pentadbiaran taska rumah
6. Penglibatan ibu bapa di taska rumah
7. Perlesenan dan proses pendaftaran taska rumah

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Puan Shamsiah Husin.

Persatuan Pengasuh Negeri Pahang ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada JKM Negeri Pahang, JKM Daerah Temerluh dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) atas segala kerjasama dan sokongan sebelum dan sepanjang masa kursus dijalankan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Shamsinar Sharif daripada PPBM yang berada sepanjang kursus untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada PPNP.

Penghargaan juga kepada Penyelaras KAAKTR, Puan Salina Shamsudin, Urusetia KAAKTR Puan Ramlah Kemat dan Cik Hafrinalira Nordin yang telah bertungkus lumus sebelum dan sepanjang masa kursus.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua jurulatih PPNP, penceramah jemputan.
dan pihak pengurusan Green Park Hotel.

Kursus Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR) kali kedua akan diadakan di Kuantan pada 23-27 Jun 2008. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi:-

Puan Norrimas Nordin (012-9888679)
Puan Salina Shamsuddin (013-9811744)
Puan Rosnah Ahmad (013-9308873)

KEARAH PENJAGAAN DAN PENGASUHAN YANG BERKUALITI

Sekian.

Tuesday, May 6, 2008

Laporan Kursus Asas Pengenalan Asuhan Kanak-kanak Pahang Barat

Salam,

Kursus Pengenalan Asas Asuhan Kanak-kanak Pahang Barat telah dijayakan pada 3 dan 4 Mei bertempat di perpustakaan Awam, Temerluh. Seramai 25 orang pengasuh telah menghadiri kursus ini.

Sekian.

Laporan Mesyuarat Pengusaha Pahang Barat

Salam,

Mesyuarat pengusaha bahagian Pahang Barat telah diadakan pada 29 April 2008 ( Selasa) bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Jabatan Kemajuan Masyarakat Temerluh. Mesyuara juga dihadiri oleh Pegawai JKMN iaitu En. Abdul Ghani bin Mohd Yusof dan Cik Lily.

Antara agenda yang dibincangkan adalah Aktiviti Biro Pendidikan serta Biro Kebajikan dan Sosial, Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah (KAAKTR). Mesyuarat juga telah melantik wakil biro pendidikan dan biro kebajikan dan sosial bagi setiap daerah bagi memudahkan pengurusan PPNP. Nama-nama wakil biro akan dimaklumkan kemudian.





Aktiviti Bowling PPNP dalam Sinar Harian

Salam,

Aktiviti Bowling anjuran PPNP telah mendapat liputan akhbar Sinar Harian seperti di bawah. Terima kasih kepada semua atas usaha dan sokongan




.

Thursday, April 3, 2008

LAPORAN MESYUARAT PENGUSAHA 1/4/08

Salam,

Mesyuarat pengusaha kali 1/2008 telah diadakan dengan jayanya pada 1 April 2008 bertempat di Rumah Nur Kuantan jam 3-5 petang.

Mesyuarat dihadiri AJK, pengusaha dan Pegawai JKMN En. Abdul Ghani Mohd. Yusof.
Semua agenda diperbincangkan. Setiausaha akan menyiapkan laporan penuh. Minum petang dengan hidangan laksa penang yang enak dan kuih muih mengakhiri mesyurat.

Terdapat beberapa pindaan pada Jadual Aktiviti 2008. Saya telah edit, jadi sila rujuk semula. Ambil perhatian kepada aktiviti terdekat iaitu kursus pertolongan cemas pada 5 dan 6 April serta Pertandingan Bowling pada 19 April 2008.

Sekian. Terima kasih.

Friday, March 28, 2008

MAKLUMAN-KURSUS PENGURUSAN 8-12 APRIL DITUNDA

Salam,

Dimaklumkan bahawa Kursus Pengurusan Taska yang dijadualkan pada 8-12 April 2008 ditangguhkan berikutan dana belum diperolehi oleh pihak Penganjur.

Sila rujuk kepada jadual aktiviti terkini untuk aktiviti-aktiviti lain seperti di bawah:-

Bil/ Tarikh/ Aktiviti

1. 22 dan 23 Mac 2008 KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Dijalankan selama 2 hari di Kolej Komuniti, Indera Mahkota, kuantan.

2. 05 & 06 April 2008 KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
- Di Rumah Sri Kandi, Kuantan selama 2 hari.
- Yuran RM 70 (ahli) RM 80 (bukan ahli) termasuk fail, nota, makan pagi dan tengahari

3. KURSUS PENGURUSAN TASKA-Kursus ini di tunda.
- Dijalankan selama 5 hari di Kolej Komuniti, Indera Mahkota, Kuantan.
- Yuran RM 70(ahli) bukan RM80 termasuk beg, makan pagi dan tengahari.
- Kepada yang memerlukan tempat tinggal sila telefon Puan Norimas-012-9888679

4. 19 April 2008 PERTANDINGAN BOWLING
- Diadakan Di Premium Lane, Kuantan Plaza Pusat, Kuantan.

5. 3 dan 4 Mei 2008 KURSUS PENGENALAN ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Dijalankan selama 2 hari di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat Daerah Temerloh, Temerloh, Pahang
- Yuran RM 70 (ahli) RM 80 (bukan ahli) termasuk fail, nota, makan pagi dan tengahari

6. 12 -16 Mei 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

7. LAWATAN KE KUALA LUMPUR-Tarikh akan ditentukan kemudian

8. 2 – 21 Jun 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pengusaha, Bakal Pengusaha, Penyelia & Pengasuh.
- Yuran RM 480 tidak termasuk makanan dan tempat tinggal.

9. 23 -27 Jun 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

10. 07-11Julai 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- - Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran.

11. 14-18 Julai 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH (chinese version)
- Dijalankan selama 5 hari di Bentong, Pahang. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran

12. 10 Ogos 2008 HARI TASKA

13. 11 - 15 Ogos 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH (Tamil version)
- Dijalankan selama 5 hari. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
-Bayaran RM10 untuk pendaftaran

14. 18-22 Ogos 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK TASKA RUMAH
- Dijalankan selama 5 hari di Bentong atau Kuantan. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran RM10 untuk pendaftaran

15. 30-31 Ogos 2008 HARI PENGASUH DI AGRO RESORT SEMUJI

16. TARIKH AKAN DITENTUKAN JAMUAN HARI RAYA

17. 17 Nov-6 Dis 2008 KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
- Diadakan di Rumah Sri Kandi, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
- Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pengusaha, Bakal Pengusaha, Penyelia & Pengasuh.
- Yuran RM 480 tidak termasuk makanan dan tempat tinggal.



*** Kursus Bahasa Inggeris untuk Pengasuh akan ditentukan tarikh kemudian.
*** Jamuan ramah mesra bersama pengarah juga akan ditentukan tarikh kemudian

Monday, March 24, 2008

MESYUARAT PENGUSAHA ZON BARAT

Salam

Dimaklumkan bahawa PPNP akan mengadakan Mesyuarat Pengusaha Zon Barat seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 April 2008 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh

Agenda :
1.Ucapan Pengerusi
2. Laporan Biro-Biro
3. Perkara berbangkit
4. Projek Asuhan Prihatin
5. Memanfaatkan IT untuk meningkatkan komunikasi dan profesianlisme PPNP
6. Lain-Lain hal
7. Ucapan penangguhan
Diharap semua pengusaha dapat melapangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat tersebut.
Sekian.
Ira - Naib Setiausaha PPNP