Kepada semua pengasuh dan ahli PPNP.
Program yang dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober 2013 di Kem SMART BKERP Kg Lebu Bentong terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Program tersebut akan diadakan pada tarikh baru seperti di bawah:
Tarikh : 22 hingga 24 November, 2013
Tempat: Semuji Agro Resort Kuantan
Masa pendaftaran : 6 petang (22 hb November, 2013)
Bayaran : RM150 seorang (termasuk makan, minum dan penginapan.) - pengangkutan adalah tanggungan sendiri.
Kepada pengasuh dan ahli PPNP yang berminat boleh berurusan dengan urusetia di Zon Timur Puan Zubaidah Husin ditalian 017-9190664 atau 013-9390748. Urusetia Zon Barat Puan Rashidah Ahmad ditalian 012-9680360.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 hb November, 2013.
Saturday, October 5, 2013
Tuesday, September 10, 2013
PROGRAM `TEAM BUILDING’ UNTUK PENGASUH ANJURAN PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG
PPNP akan menganjurkan satu program
berunsur ilmiah bagi pemantapan dalam mengurus dan mentadbir TASKA dengan lebih
efisien.
2. Program ini akan
diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11
hb hingga 13 hb Okt, 2013 (Jumaat – Sabtu) `
Tempat : Kem SMART BKERP,
No 118A, Kampung Lebu,
28800 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Masa pendaftaran : 11
hb Okt, 2013 (6.00 pm) di Kem SMART BKERP
Bayaran : RM150
Seorang
3. Tujuan program ini
dianjurkan sperti berikut:
a)
Pengukuhan
dalam pasukan (TASKA)
b)
Mengubah
persepsi diri kearah yang lebih positif dalam mengendalikan TASKA
c)
Mencuba
sesuatu yang baru dengan konsep `playshop’ bukannya `workshop’ dalam
pengendalian di TASKA
d)
Membentuk
diri sebagai pengasuh yang sebenar.
4. Program ini adalah
program yang berbentuk `soft-skills’ dimana tiada aktiviti lasak akan dijalankan,
jadi ianya sangat sesuai bagi seorang pengasuh.
5. Pengangkutan pergi dan
balik dengan menaiki bas akan disediakan kepada semua peserta. Bas akan
berpusat di Kuantan dan Temerloh sahaja. Walau bagaimana pun sekiranya terdapat
laluan bas ke destinasi program maka peserta boleh maklumkan kepada urusetia
untuk mengambil dimana difikirkan sesuai.
6. Pakaian semasa program
adalah yang sesuai dan tidak menjolok mata. Memakai seluar (bukan jeans) adalah
digalakkan.
7. Program adalah program
penuh maka semua makanan dan penginapan adalah disediakan.
8. Bayaran hendaklah
dibayar ke akaun PPNP 06110009717054
CIMB Bank sebelum atau pada 30 hb Sept.
2013.
9. Pendaftaran dan
pengesahan serta pertanyaan untuk mengikuti program ini hendaklah dengan menghubungi terus Pengarah program Puan Rashidah Ahmad ditalian
012-9680360.
KEPUTUSAN PERMOHONAN GERAN PERMULAAN TASKA
Kepada semua pengusaha TASKA negeri Pahang yang telah membuat permohonan geran permulaan dan telah pun menerima sms daripada JKMM. Anda semua boleh menyemak akaun bank masing-masing mulai Jumaat ini (13 hb September, 2013
Saya bagi pihak PPNP telah berurusan dengan JKMM dan telah dimaklumkan tentang perkara tersebut. Sekiranya mana-mana pengusaha yang menerima sms `berjaya' tetapi dana masih belum dimasukkan selepas Jumaat sila berhubung terus dengan En Wan ditalian 03-83231953.
Bagi permohonan yuran subsidi TASKA (untuk yuran kanak-kanak) pihak JKMM akan bermesyuarat pada 11 hb September, 2013. Sebarang keputusan akan dimaklumkan selepas tarikh tersebut.
Mana-mana pengusaha yang masih di dalam permohonan pendaftaran TASKA, permohonan geran permulaan masih boleh dihantar begitu juga dengan yuran subsidi TASKA. Walaupun tarikh tutup dilanjutkan sehingga Oktober, 2013, adalah dinasihatkan agar semua pengusaha menghantar ke JKMM pada atau sebelum 30 hb September, 2013.
Semoga dengan adanya sedikit peruntukan daripada kerajaan dapat kita manfaat sebaiknya bagi menambahbaik TASKA masing-masing.
sekian.

Tuesday, September 3, 2013
Monday, September 2, 2013
Sunday, August 11, 2013
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA AHLI PPNP
EXCO PPNP 2013/2015 mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli PPNP. walaupun agak terlewat untuk mengucapkannya tetapi kita masih lagi dibulan Syawal.
Perginya Ramadhan menjadikan kita pasti akan merinduinya. Namun dengan kehadiran Syawal menjadikan kita sedikit kegembiraan menyambut bersama keluarga. Amalan ketika di bulan Ramadhan menjadikan kita lebih insaf akan kekerdilan diri kita di sisi ALLAH swt. Diberinya limpahan rahmat sepanjang bulan Ramadhan. Sebagai manusia kita alpa, bila tibanya Syawal kita selalunya mencemari segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan.
Marilah kita raikan Syawal dengan sunnah Rasulallah saw. Menjaga tutur kata, menjaga aurat wanita Islam, menjaga makan dan minum kita jangan sampai memudaratkan diri kita sendiri. Raikanlah dengan cara yang sederhana dengan tidak melanggar hukum hakam agama Islam.
Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.
salam daripada
EXCO PPNP
2013/2015

Subscribe to:
Posts (Atom)