SELAMAT TAHUN BARU DARIPADA EXCO PPNP 2011/2013.
Exco PPNP 2011/2013 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua ahli dan juga kepada semua pendokong pendidikan awal kanak-kanak. Atas kesibukan semua exco ucapan Selamat Tahun Baru 2013 agak terlewat tetapi alhamdulillah masih lagi di dalam bulan Januari 2013.
Perubahan demi perubahan berlaku dalam industri kita kebelakangan ini. Bermulanya dengan pengumuman gaji minima, penggunaan kurikulum PERMATA untuk TASKA swasta, penamatan kursus KAAK dan yang terbaru akan diumumkan oleh JKM Negeri Pahang dalam masa terdekat.
Apapun perubahan yang berlaku, kita sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam industri TASKA ini cubalah menerimanya dengan cara pemikiran positif dan berlapang dada. Memang perlu pada perubahan supaya kita tidak sentiasa berada di zon yang terlalu selesa. Dengan adanya perubahan dan desakan, kemungkinan besar akan berlaku anjakan pardigma dalam industri TASKA ini.
Sebagai orang tengah, pihak PPNP sedaya upaya membantu semua pengusaha TASKA dalam isu-isu semasa yang terkini. Samada kami berjaya atau pun tidak ianya bergantung kepada situasi semasa. Pihak PPNP telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu dan apa yang penting sokongan dan doa daripada semua bagi kejayaan untuk semua.
Dalam kesibukan menangani masalah semasa yang sangat hangat diperkatakan, PPNP masih tidak lupa tanggungjawab kepada semua ahli dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Siri kursus akan bermula selepas mesyuarat agung yang dijangka akan diadakan sekitar Mac, 2013.
Aktiviti yang dirancang adalah untuk menyatupadukan ahli dan bukannya mencari populariti. Kita perlu bersatu untuk menjadikan kita kuat dalam menangani setiap masalah yang datang. Melalui aktiviti juga kita boleh merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama hamba ALLAH swt.
Akhir kata seemoga di tahun 2013 ini sebagai hamba ALLAH swt dan sebagai pendokong pendidikan awal kanak-kanak, kita harus sedar tugas dan tanggungjawab kita. Siapa sebenarnya yang patut kita utamakan di dalam industri TASKA. Bukan sekadar mengaut keuntungan dan dunia glamour yang dikejar tetapi nasib generasi akan datang yang amat perlu diberi perhatian.Semoga sinar ketenangan menanti dihadapan.
Selamat Tahun Baru 2013!
Zubaidah Husin
Naib Pengerusi
Persatuan Pengasuh
Negeri Pahang 2011/2013
Monday, January 21, 2013
Saturday, December 22, 2012
Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap Majikan Dengan Lima Pekerja Atau Kurang Ditangguh
Dipetik dari mStar Online
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2012%2F12%2F4%2Fmstar_berita%2F20121203234300&sec=mstar_berita
Selasa Disember 4, 201
KUALA LUMPUR: Majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang diberi penangguhan dalam pelaksanaan skim gaji minimum untuk sektor swasta kepada 1 Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata majikan yang tergolong dalam kategori ini wajib memohon penundaan kepada Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) sebelum atau pada 1 April 2013.
"Bagi majikan yang menggaji enam pekerja atau lebih, yang telahpun membuat permohonan penundaan kepada MPGN sebelum ini, keputusannya akan diumum selewat-lewatnya akhir bulan ini," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan RM100,000 untuk pembangunan semula Kuil Thirumurugan Aalaya Paribalana Sabai yang terletak berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam Isnin.
Pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lepas.
Perintah gaji minimum 2012 berkuat kuasa pada 1 Jan 2013 dan kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.
Subramaniam berkata penguatkuasaan pelaksanaannya adalah mandatori dan kerajaan menetapkan gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Mengulas Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-66 pada 9 Dis ini, beliau berkata antara isu yang akan dibangkitkan ialah dasar politik baharu yang diperkatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan langkah pembaharuan oleh Presiden parti Datuk Seri G.Palanivel.
"Isu lain yang akan disentuh ialah pendidikan, ekonomi dan peluang perniagaan, khususnya membabitkan kontrak kerja oleh kerajaan untuk kaum India," katanya.
Subramaniam berkata satu resolusi membabitkan isu berkenaan akan dibuat pada akhir mesyuarat dan diserah kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.
Mengenai Kuil Thirumurugan Aalaya Paribalana Sabai, beliau berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana meluluskan rancangan pembinaan semula kuil itu.
Kuil itu memberi kemudahan ibadat kepada kaum India apabila menerima rawatan atau berurusan di HKL, katanya. - BERNAMA
Thursday, November 15, 2012
HIJRAH NALURI DIRI DEMI GENERASI PEWARIS
Salam Maal Hijrah kepada semua warga PPNP,
Semoga semua berada dalam kemanisan iman dan sihat walafiat sekeluarga hendaknya.
Sempena Maal Hijrah ini marilah sama-sama kita berazam berubah dan berhijrah ke arah kebaikan dalam kehidupan seharian kita untuk mencari keredhaan Allah semata-mata.
Surah At Taubah ayat 20 yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar
Sebagai pengusaha, penyelia dan pengasuh taska pengertian hijrah ini mungkin berbeza dan memberi lebih makna. Saban hari kerjaya kita menuntut pengorbanan dan penghijrahan terutama dari segi perasaan, perkataan dan perbuatan. Anak-anak disekeliling kita sangat mendambakan cara pengasuhan yang lembah lembut dan berhemah serta sesuai dengan fitrah mereka yang suci.
“…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…” Ibnu Khaldun.
Diriwayatkan hadith dari Ibni Abi Najih hadith dari Ibni 'Amir hadith dari Abdillah b 'Amru meriwayatkan hadith Ibnu Sarhih berkata: 'Hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Man lam yarham soghirana wa-ya'rif haqqa kabirina falaisa minna.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg tidak menyayangi anak-kanak kecil (atau kanak-kanak) dan tidak tahu hak orang-orang tua (antaranya, dihormati), maka bukanlah dia dari golongan aku (Nabi).) [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Kelebihan dan keistimewaan kerjaya pengasuhan ini seharusnya kita gunakan untuk lebih mendekatkan diri dan meraih redha Allah SWT. Konsep hijrah ini jika kita hayati dan selalu memperbetulkan niat, mampu menjadikan kita lebih fokus, berilmu dan beramal untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan anak-anak yang kita jaga dan seterusnya kesejahteraan komuniti dan masyarakat setempat.
Ayuh, marilah sama-sama kita kita laksanakan penghijrahan naluri kearah kecemerlangan diri, keluarga dan generasi pewaris yang diamanahkan dibahu kita semua.
Sekian. Wallahua'lam.
Rosnah Ahmad
Penasihat
PPNP
1 Muharam 1434H
Monday, November 5, 2012
PEMURNIAN MODUL KURSUS PERKAHWINAN BAKAL MELAHIRKAN MODAL INSAN BERAKHLAK
Oleh:
Puan Salina Shamsudin
Pengerusi
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
Mutakhir ini kes
penderaan, pembuangan bayi dan pengabaian kanak-kanak serta bertambahnya gejala
sosial di kalangan remaja membimbangkan semua termasuk ibu bapa, masyarakat dan
juga kerajaan.
Kajian mendapati
semua ini berlaku ini adalah kerana
kurangnya kemahiran keibubapaan dalam mengasuh, mendidik dan menangani tingkah
laku anak-anak peringkat awal iaitu di bawah 8 tahun.
Kanak-kanak
dilahirkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak-anak mereka menjadi modal
insan yang berguna.
Rasulullah SAW
bersabda “ Setiap anak dilahirkan
dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi.
( Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Dapatan
dari kajian developmental psychopathology membuktikan bahawa pertambahan masalah
sosial di kalangan remaja berkaitan rapat dengan pendidikan dan cara mereka
dibesarkan terutama di peringkat awal. Kajian menyokong kepentingan pengalaman
awal yang berkualiti kepada kejayaan seseorang di sekolah dan dalam kehidupan.
(Ball,
1994),(The Organisation for Economic Co-Operation Development, OECD,1996).
Oleh itu, usaha meningkatkan kesedaran dan kemahiran
keibubapaan dalam diri setiap orang dewasa dalam masyarakat perlu dilakukan agar
mereka lebih memahami dan dapat menyantuni fitrah kanak-kanak di sekeliling
mereka.
Kesedaran keibubapaan juga dapat meningkatkan
produktiviti di kalangan pekerja kerana ilmu ini dapat membantu mereka
mengimbangi kehidupan sebagai ibu bapa dan pekerja.
Jika di Malaysia
pendedahan kesedaran untuk mendidik kanak-kanak akan dilakukan melalui
kursus-kursus keibubapaan. Tetapi selalunya kehadirannya kebanyakannya tidak
melibatkan ibu dan bapa muda atau bakal ibu bapa. Bagi bakal pengantin pula
menghadiri kursus hanya sebagai satu syarat untuk urusan perkahwinan, tetapi
penghayatan isi kandungan kursus, rata-ratanya ibarat `melepaskan batuk di
tangga’.
Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia, PERMATA Negara, institusi pengajian tinggi ada
menyediakan kursus-kursus berkaitan cara mana mendidik dan mengasuh
kanak-kanak. Tetapi kursus ini tidak menjadi pilihan kerana kesedaran tidak
dipupuk dari awal oleh ibu bapa.
Kita sedia
maklum bahawa semua Jabatan Agama Islam di Malaysia menganjurkan kursus perkahwinan
berkala bagi tujuan memberi ilmu kepada bakal pengantin tentang peranan dan
tanggungjawab sebagai suami isteri apabila berumah tangga kelak.
Apa pun bakal
suami isteri ini juga perlu diberi pengetahuan dan kemahiran mengasuh dan
mendidik anak-anak yang bakal dilahirkan secara mendalam. Ini sesuai dengan
ajaran Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para
cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun, Sayidina Ali dan ramai lagi cendekiawan
Islam yang mengajar kita cara terbaik untuk mengasuh dan mendidik anak-anak
secara fitrah.
Atas kesedaran
bagi melahirkan modal insan terbaik, modul untuk kursus perkahwinan perlu
ditambah pengisian nya dengan dimasukkan aspek kemahiran keibubapaan mengasuh
dan mendidik anak-anak di peringkat awal yang paling kritikal iaitu bermula
dari dalam janin hingga 8 tahun. Kemahiran keibubapaan yang dicadangkan adalah
mengikut prinsip serta mengambil kira aspek dan teknik kontemporari yang selari
dengan ajaran Islam.
Sayugia lah bagi
melahirkan modal insan yang terbaik akar umbi permasalahan dileraikan dengan
menggabungkan atau menambah baik kursus perkahwinan dengan pengasuhan dan
pendidikan kanak-kanak di peringkat awal lagi.
Apa pun semua ini memerlukan perjuangan yang
menuntut pengorbanan, kerjasama dan sokongan yang berterusan dari kita
semua. Natijah kepada perjuangan
ini akan menjadikan Malaysia tempat yang lebih makmur, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan kanak-kanak
modal insan hari esok.
Sekian. Wallahua’lam.
Tuesday, October 30, 2012
Friday, October 26, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA-AYUH BERJUANG, BERSATU DAN BERKORBAN DEMI KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga PPNP
yang dikasihi sekelian,
Marilah sama-sama menghayati erti pengorbanan dan
menterjemahkan dalam kehidupan seharian.
Selain tuntutan untuk kita berkorban, Hari Raya
Aidil Adha juga membawa mesej konsep kesatuan dan perpaduan.
Firman Allah s.w.t dalam
surah Ali-Imran, ayat 103:
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ
اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ
Bermaksud: "Dan
hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah
kamu bercerai-berai".
Sempena Hari Raya Aidil Adha ini saya berseru agar
semua ahli Persatuan Pengasuh Negeri
Pahang (PPNP) bersatu dan berkorban demi
kesejahteraan kanak-kanak. Ini sesuai dengan objektif dan imej penubuhan PPNP
sebagai badan bukan kerajaan yang melaksanakan aktiviti dan kerja-kerja
advokasi bagi kesejahteraan kanak-kanak sesuai dengan moto PPNP iaitu “ ke arah pengasuhan yang berkualiti”.
Situasi hari ini menyaksikan kanak-kanak setiap hari terdedah
kepada pelbagai aspek penaniayan, penderaan dan kecederaan . Kita mesti
mengembeleng tenaga untuk:-
1.
Meningkatkan kualiti asuhan dan didikan
yang memenuhi hak kanak-kanak dari segi keselamatan, perkembangan, perlindungan
dan penyertaan.
2.
Memberi ilmu dan kemahiran yang
mencukupi dan berkualiti untuk pengasuh supaya mereka dapat menjalankan tugas
dan tanggungjawab mengasuh dan mendidik dengan lebih professional.
3.
Meningkatkan kesedaran dan kemahiran keibubapaan
dalam diri setiap orang dewasa dalam masyarakat agar mereka lebih memahami dan
dapat menyantuni fitrah kanak-kanak disekeliling mereka. Menggembeleng tenaga
setiap agensi kerajaan, swasta dan NGO untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan
ini. Kesedaran keibubapaan juga dapat
meningkatkan produktiviti dikalangan pekerja kerana ilmu ini dapat membantu
mereka mengimbangi kehidupan sebagai ibu bapa dan pekerja.
4.
Memastikan persekitaran di taska, tadika,
sekolah, rumah dan juga semua tempat awam selamat dan kondusif untuk
kanak-kanak. Perkongsian bijak antara
Taska, ibu bapa dan komuniti dapat membantu usaha ini.
5.
Menaik taraf pendidikan dan profesionalisme kerjaya pengasuh seiring dengan keperluan menaikkan gaji
pengasuh yang rata-ratanya sekarang ini masih di bawah tahap kemiskinan.
Apa pun semua ini memerlukan perjuangan yang
menuntut pengorbanan, kerjasama dan sokongan yang berterusan dari kita semua. Natijah kepada perjuangan ini akan menjadikan
Malaysia tempat yang lebih makmur, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan kanak-kanak modal insan hari
esok.
Sekian. Wallahua’lam.
Rosnah Ahmad
Penasihat
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
10 Zulhijjah 1433H
Subscribe to:
Posts (Atom)

