Tuesday, October 30, 2012
Friday, October 26, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA-AYUH BERJUANG, BERSATU DAN BERKORBAN DEMI KESEJAHTERAAN KANAK-KANAK
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga PPNP
yang dikasihi sekelian,
Marilah sama-sama menghayati erti pengorbanan dan
menterjemahkan dalam kehidupan seharian.
Selain tuntutan untuk kita berkorban, Hari Raya
Aidil Adha juga membawa mesej konsep kesatuan dan perpaduan.
Firman Allah s.w.t dalam
surah Ali-Imran, ayat 103:
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ
اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ
Bermaksud: "Dan
hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah
kamu bercerai-berai".
Sempena Hari Raya Aidil Adha ini saya berseru agar
semua ahli Persatuan Pengasuh Negeri
Pahang (PPNP) bersatu dan berkorban demi
kesejahteraan kanak-kanak. Ini sesuai dengan objektif dan imej penubuhan PPNP
sebagai badan bukan kerajaan yang melaksanakan aktiviti dan kerja-kerja
advokasi bagi kesejahteraan kanak-kanak sesuai dengan moto PPNP iaitu “ ke arah pengasuhan yang berkualiti”.
Situasi hari ini menyaksikan kanak-kanak setiap hari terdedah
kepada pelbagai aspek penaniayan, penderaan dan kecederaan . Kita mesti
mengembeleng tenaga untuk:-
1.
Meningkatkan kualiti asuhan dan didikan
yang memenuhi hak kanak-kanak dari segi keselamatan, perkembangan, perlindungan
dan penyertaan.
2.
Memberi ilmu dan kemahiran yang
mencukupi dan berkualiti untuk pengasuh supaya mereka dapat menjalankan tugas
dan tanggungjawab mengasuh dan mendidik dengan lebih professional.
3.
Meningkatkan kesedaran dan kemahiran keibubapaan
dalam diri setiap orang dewasa dalam masyarakat agar mereka lebih memahami dan
dapat menyantuni fitrah kanak-kanak disekeliling mereka. Menggembeleng tenaga
setiap agensi kerajaan, swasta dan NGO untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan
ini. Kesedaran keibubapaan juga dapat
meningkatkan produktiviti dikalangan pekerja kerana ilmu ini dapat membantu
mereka mengimbangi kehidupan sebagai ibu bapa dan pekerja.
4.
Memastikan persekitaran di taska, tadika,
sekolah, rumah dan juga semua tempat awam selamat dan kondusif untuk
kanak-kanak. Perkongsian bijak antara
Taska, ibu bapa dan komuniti dapat membantu usaha ini.
5.
Menaik taraf pendidikan dan profesionalisme kerjaya pengasuh seiring dengan keperluan menaikkan gaji
pengasuh yang rata-ratanya sekarang ini masih di bawah tahap kemiskinan.
Apa pun semua ini memerlukan perjuangan yang
menuntut pengorbanan, kerjasama dan sokongan yang berterusan dari kita semua. Natijah kepada perjuangan ini akan menjadikan
Malaysia tempat yang lebih makmur, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan kanak-kanak modal insan hari
esok.
Sekian. Wallahua’lam.
Rosnah Ahmad
Penasihat
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
10 Zulhijjah 1433H
Friday, October 19, 2012
Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak akan diadakan di Zon Timur (Kuantan) dan Zon Barat (Temerloh) seperti berikut:
Zon Timur (Kuantan)
Tarikh : 12 hb November hingga 1 hb Disember, 2012
Tempat : Pusat Latihan Tinta Ori
B 32 Tingkat 2, Lorong IM 5/2
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Masa pendaftaran: 12 hb Nov, 2012 jam 8.00 pagi di Pusat Latihan Tinta Ori.
Zon Barat (Temerloh)
Tarikh : 16 hb November hingga 6 hb Disember, 2012
Yuran Kursus : RM300 seorang tidak termasuk makan dan minum.
Penginapan : kepada yang memerlukan sila berurusan dengan penyelaras kursus semasa hari pendaftaran.
Berminat untuk mendaftar dan keterangan lanjut sila hubungi:
Zon Timur (Kuantan)
Puan Zubaidah Husin (017-9190664/013-9390748)
Zon Barat (Temerloh)
Puan Salina Shamsudin (013-9811744)

Tempat : Dekad Ombak Training Centre
No.21, 2nd Floor, Jalan Ahmad Shah
28000 Temerloh
Pahang
Yuran Kursus : RM300 seorang tidak termasuk makan dan minum.
Penginapan : kepada yang memerlukan sila berurusan dengan penyelaras kursus semasa hari pendaftaran.
Berminat untuk mendaftar dan keterangan lanjut sila hubungi:
Zon Timur (Kuantan)
Puan Zubaidah Husin (017-9190664/013-9390748)
Zon Barat (Temerloh)
Puan Salina Shamsudin (013-9811744)
Monday, September 3, 2012
KURSUS REFRESHER PERMATA SIRI 1 DI ZON BARAT DAN TIMUR BERJALAN LANCAR
Kursus Refresher PERMATA Siri 1 bagi Zon Barat (bagi daerah Temerloh, Jerantut, Kuala Lipis, Bentong, Bera, Raub dan Cameron Highland) serta Zon Timur (bagi daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) telah diadakan serentak pada 1 dan 2 hb September, 2012.
Kursus anjuran PERMATA Negara ini dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Negeri Pahang telah diadakan di Pusat Latihan Tinta Ori bagi Zon Timur dan Pusat Latihan Dekad Ombak bagi Zon Barat. Kursus selama 2 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua pengusaha dan pengasuh berkaitan dengan kurikulum PERMATA yang akan digunapakai mulai Jan 2013. Kursus ini telah dikendalikan oleh jurulatih PERMATA yang diiktiraf oleh PERMATA Negara.
Kursus bagi kedua-dua zon telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA di seluruh negeri Pahang. Kursus ini merupakan kursus bersiri dan akan berakhir pada November, 2012.
Pihak Persatuan berharap kepada semua pengusaha yang masih belum mendaftar untuk menghadiri kursus, boleh berbuat demikian dengan menghubungi Puan Zubaidah Husin ()17-9190664/013-939078) bagi Zon Timur dan Puan Salina Shamsudin (013-9811744) bagi Zon Barat.
Arus perubahan di dalam pendidikan awal kanak-kanak haruslah dilihat di satu sudut yang positif. Perubahan yang baik tidak akan memudaratkan sesiapa pun termasuklah kanak-kanak. Malah adalah diharapkan dengan adanya sedikit perubahan pengurusan TASKA akan lebih piawai dan sistematik bagi melahirkan modal insan yang berguna. Setiap individu yang terlibat secara langsung dalam industri pendidikan awal kanak-kanak haruslah mengenepikan sikap mementingkan diri sendiri bagi memastikan semua kanak-kanak di negeri Pahang amnya dan seluruh Malaysia khususnya mendapat asuhan dan didikan yang sempurna bagi melahir modal insan yang sempurna. Insyaallah.

Sunday, July 22, 2012
KURSUS REFRESHER PERMATA UNTUK PENGUSAHA DAN PENGASUH
Merujuk
kepada perkara di atas, pihak Persatuan Pengasuh Negeri Pahang telah
diamanahkan oleh PERMATA Negara untuk menjalankan kursus tersebut di atas.
2. Mulai Januari, 2013 semua TASKA akan menggunakan sepenuhnya Kurikulum PERMATA. Sehubungan dengan
itu semua pengusaha dan pengasuh yang telah pun mempunyai sijil KAAK adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus
tersebut. Pendidikan awal kanak-kanak telah sampai masanya untuk melalui satu
arus perubahan yang mana objektifnya memberi manfaat kepada kanak-kanak
seterusnya memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
3. Tujuan kursus selama dua (2) hari ini
adalah untuk mendedahkan kepada semua pengusaha dan pengasuh berkaitan
pemakaian kurikulum baru TASKA masing-masing mulai Januari, 2013.
4. Kursus akan dijalankan selama dua (2) hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Bagi Zon
barat iaitu Temerloh, Bera, Jerantut, Raub, Bentong, Kuala Lipis dan Cameron
Highland, pusat bagi menjalankan kursus di zon barat adalah di Temerloh. Zon Timur termasuk Kuantan, Pekan, Muadzam dan Maran akan berpusat di Kuantan.
5. Sepanjang berkursus pihak Persatuan hanya akan
menyediakan makan dan minum untuk selama 2 hari. Bagi perbelanjaan penginapan
dan pengangkutan adalah tanggungan peserta.
6. Bayaran yang dikenakan untuk setiap
peserta adalah sebanyak RM30.00 seorang peserta untuk dua (2) hari termasuk
makan dan minum (3 kali sehari). Bayaran hendaklah dimasukkan ke akaun Persatuan Pengasuh Negeri Pahang nombor
akaun 06110009717054 (CIMB Bank)
sebelum 15 hb Ogos, 2012. Resit akan
dikeluarkan pada hari pendaftaran kursus dengan mengemukakan slip kemasukan
(bank in slip)..
7. Peserta dikehendaki membawa satu (1) salinan kad pengenalan dan satu (1) salinan sijil KAAK
yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Dokumen tersebut
hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa hari pertama kursus.
8. Kursus ini akan dijalankan bersiri
dimana satu siri akan disertai oleh 40 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan juga pengasuh. Peserta hanya
dibenarkan untuk menghadiri kursus ini sekali
sahaja. Sekiranya nama tidak disenaraikan pada siri pertama ini bermakna
peserta akan menghadiri kursus pada siri berikutnya.
9. Siri kursus adalah seperti berikut:
Siri 1 - 1 hb hingga 2 hb September, 2012
(Sabtu dan Ahad)
Siri 2 - 8 hb hingga 9
hb September, 2012 (Sabtu dan Ahad)
Siri 3 - 22 hb hingga 23
hb September, 2012 (Sabtu dan Ahad)
Siri
4 - 29
hb hingga 28 hb September, 2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat kursus bagi zon barat yang
ditetapkan adalah seperti berikut:
Dekad
Ombak Training Centre
No.21, 2nd Floor, Jalan
Ahmad Shah
28000 Temerloh
Pahang
Tempat kursus bagi zon timur yang ditetapkan adalah seperti berikut:
n Pusat Latihan
Tinta Ori
B32, Tingkat 2, Lorong
IM 5/1
Bandar Indera Mahkota
25552
Kuantan
10. Semua pengusaha diminta untuk
mendaftarkan nama pengasuh kepada Puan
Salina binti Shamsudin (Pengerusi Persatuan Pengasuh Negeri Pahang) untuk Zon Barat di talian 013-9811744 dan Puan Zubaidah Husin ( Naib pengerusi Persatuan Pengasuh Negeri Pahang) untuk zon timur di talian 017-9190664/013-9390748 atau emel kepada ppnppengasuh@gmail.com
sebelum atau pada 31 hb Julai, 2012.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Salina Shamsudin di
talian 013-9811744 atau Puan Zubaidah Husin di talian 017-9190664/013-9390748.
11. Pihak persatuan sangat berharap
kerjasama daripada semua pengusaha untuk mendaftarkan nama pengasuh bagi
menghadiri kursus tersebut. Pihak persatuan juga mahukan satu pengasuhan yang
piawai dan berkualiti di Pahang, justeru itu marilah sama-sama kita melalui
satu anjakan paradigma dalam pendidikan awal kanak-kanak demi kesejahteraan
kanak-kanak di Pahang khususnya dan di Malaysia amnya. Semoga segala usaha kita
akan diberkati oleh ALLAH swt. Bagi pihak persatuan, mengucapkan jutaan terima
kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan.
Sekian,
terima kasih.
`KE ARAH PENGASUHAN YANG BERKUALITI’
Yang benar,
Zubaidah Husin
Naib
Pengerusi
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
2011/2013
Friday, July 20, 2012
Rosmah: Taska swasta wajib ikut kursus Permata
KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta serta para tenaga pengajarnya dikehendaki menghadiri Kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara.
Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka.
"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Permata kepada tenaga pendidik yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum Permata," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Anak Permata Negara Kerinchi di PPR Kerinchi di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.
Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata hanya melibatkan Taska di bawah kelolaan kerajaan di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan sejak 2009.
Mengenai Pusat Anak Permata Negara Kerichi, Rosmah berkata walaupun dibina bahagian bawah rumah pangsa, namun ia mempunyai ciri binaan yang sesuai, selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.
"Walaupun terdapat kekangan keluasan tanah, namun pusat ini masih mempunyai kawasan untuk aktiviti pembelajaran luar yang sememangnya penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Beliau berharap lebih banyak pusat seperti itu dapat dibuka di kawasan rumah pangsa untuk manfaat anak-anak sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik.
Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri semasa lawatan turun padang beliau ke Lembah Pantai pada akhir Januari lalu.
"Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah pusat asuhan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi," katanya. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)