Sunday, February 28, 2016

SELESAI KURSUS PENGENALAN DAN REFRESHER KAP 27-28 FEBRUARI 2016


Pada 27-28 Februari PPNP telah pun menganjurkan satu kursus dinamakan Kursus Pengenalan dan Refresher KAP 2016 di Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.


Sambutan yang amat menggalakkan telah kami terima daripada peserta-peserta seluruh Negeri Pahang.Peserta terdiri daripada pengusaha dan pengasuh dari taska institusi,taska di tempat kerja dan juga taska di rumah.Lebih daripada 80 orang peserta telah menghadirkan diri untuk mengikuti kursus ini.


Tujuan diadakan kursus  jangka pendek ini adalah untuk menambah, meningkatkan dan menajamkan lagi ilmu berkaitan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di taska masing-masing.


Selain dari sesi ceramah dari Pn Zubaidah Husin selaku presiden PPNP,peserta juga turut terlibat dalam.aktiviti dalaman yang diadakan seperti nyanyian dan kerja berkumpulan.


Selesai kursus diharapkan peserta akan lebih faham dan boleh menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang di taska masing-masing dengan lebih baik lagi.


Kami amat berharap kepada peserta yang masih belum lagi menghadiri Kursus Awal Permata (KAP) dapat berbuat demikian dengan kadar segera demi memantapkan ilmu pengasuhan kanak-kanak dan peningkatan kualiti taska masing-masing.


Pihak PPNP akan kerap mengadakan kursus sebegini dan kami berharap.dapat berjumpa anda lagi.





Terima kasih daun keladi,lain kali berjumpa lagi.

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.

Wednesday, February 17, 2016

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA 2016 (KAP)

Kami ingin mempelawa semua pengusaha baru dan lama,pengasuh baru dan lama,kepada bakal-bakal pengusaha taska dan tadika dan orang perseorangan yang berminat untuk menyertai Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata 2016 (KAP) yang akan diadakan mulai 14 Mac sehingga 12 April 2016.

Kursus yang akan diadakan selama sebulan akan diikuti dengan latihan praktikum di taska-taska terpilih selama seminggu.Kursus ini diwajibkan kepada semua bakal pengusaha taska dan tadika yang berminat membuka taska.

Kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam dunia taska/tadika sama ada sebagai pengusaha ataupun pengasuh,inilah kursus yang wajib anda hadir.

Kursus ini akan dijalankan di alamat Kompleks Dagangan Mahkota,Kuantan,Pahang.Dengan bayaran sebanyak RM900 seorang tanpa penginapan.Penginapan boleh diuruskan kepada mereka yang memerlukan.

Kursus ini dijalankan sepenuh masa hari Isnin-Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
Sijil kehadiran akan disediakan oleh agensi.Manakala ujian bertulis dan sijil lulus,akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

Kepada sesiapa yang inginkan keterangan lebih lanjut dan berminat bolehlah hubungi Cik Yuafida ditalian 013-9501216.


KURSUS PENGENALAN DAN REFRESHER KAP 2016

Kami mempelawa kepada semua pengusaha baru dan lama,pengasuh baru dan lama untuk mengikuti kursus pendek selama 2 hari iaitu Kursus pengenalan dan refresher KAP yang akan diadakan pada 27-28 Februari ini.

Kursus ini akan dijalankan di Kompleks Dagangan Mahkoat,Kuantan dari 8 pagi hingga 5 petang dengan bayaran sebanyak RM80 seorang.

Tujuan diadakan kursus jangka pendek ini untuk meningkatkan dan menajamkan lagi ilmu berkaitan dengan kualiti penjagaan kanak-kanak.Semoga pengasuh dapat menjalankan tanggungjawab yang lebih berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Bagi yang berminat dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut,boleh lah terus hubungi Pn Hasnah di talian 013-9550383.
Sijil dan makan tengah hari disediakan.