Tuesday, May 26, 2015

PROGRAM TRANSFORMASI MAKLUMAT/PENGETAHUAN OLEH PPNP UNTUK PENGUSAHA TASKA ZON TIMUR DAN ZON BARAT

Program Transformasi Maklumat/Pengetahuan yang telah diadakan pada 13 hb Mei 2015 bagi zon timur dan 20 hb Mei, 2015 bagi zon barat telah dihadiri oleh 80 orang pengusaha TASKA negeri Pahang.  

Program ini telah  dijalankan secara berasingan di UTC Kuantan dan juga di Tingkat 5 Dewan Persidangan Temerloh. Program juga turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak yang baru iaitu En Santos dan juga semua penyelaras TASKA daerah setiap negeri.

Antara penekanan maklumat dan perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Pengerusi PPNP adalah tentang peningkatan kualiti di dalam perkhidmatan TASKA khususnya di Negeri Pahang. 

Pihak JKM juga telah memberi maklumat berkaitan bahagian baru di dalam organisasi JKM dimana unit Penguatkuasaan dan Undang-undang yang akan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan semua pengoperasian TASKA di jalankan dengan mengikut AKTA Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 Pindaan 1/2007.

Pihak PPNP ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih kepada semua pengusaha TASKA yang telah memberi komitmen di dalam program ini. Dan menjadi harapan PPNP agar berlaku anjakan paradigma dalam setiap diri pengusaha TASKA untuk meningkatkan kualiti di dalam bidang pengasuhan di TASKA.










Sunday, May 10, 2015

PERBINCANGAN AJK PPNP UNTUK AKTIVITI TERKINI PPNP




Perbincangan AJK PPNP kali pertama selepas Pengerusi PPNP menghadiri mesyuarat bersama presiden-presiden Persatuan TASKA Negeri satu Malaysia pada 23 hb April, 2015 di Pejabat PPBM di Kelana Jaya yang lalu . Maklumat dan informasi terkini disalurkan kepada semua AJK PPNP untuk disebarkan kepada semua pengusaha TASKA di Pahang. Beberapa tindakan segera perlu diambil oleh AJK PPNP bagi memantapkan pengurusan PPNP. Maklumat terkini akan dimaklumkan melalui program pemindahan maklumat/pengetahuan bagi zon timur pada 13 hb Mei, 2015 di Kuantan dan pada 20 hb Mei, 2015 bagi zon barat di Temerloh. Pihak PPNP akan memaklumkan melalui medium blog dan sistem info PPNP melalui sms. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Pengerusi Persatuan Pengasuh Negeri Pahang.

Friday, May 8, 2015

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PPNP DENGAN PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA PAHANG

Pada 29 April 2015 Pengerusi Persatuan Pengasuh Negeri Pahang Puan Zubaidah Husin membuat kunjungan hormat dengan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Pahang Puan Haslina Bahasan.

Antara isu yang dibincangkan adalah program memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan menggunakan 'cloth diapers'.Perbincangan ini selaras dengan tema tahun ini iaitu 'PERSEKITARAN'.








Wednesday, May 6, 2015

KERJASAMA PPNP DENGAN UMP BAGI MEMARTABATKAN INDUSTRI PENGASUHAN DI TASKA


PPNP mengorak langkah selangkah lagi dengan menjalin kerjasama bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) . Setelah hampir setahun menandatangani MOU bersama IKIP Pahang, kerjasama bersama UMP ini mempunyai matlamat yang sama iaitu memartabatkan pengasuhan yang berkualiti di TASKA seluruh negeri Pahang. Majlis menandatangani geran yang telah diluluskan dibawah program KTP (Knowledge Transfer Programme) telah diadakan pada 27 hb April 2015 di Palm Garden Hotel di Putrajaya.  Terima kasih kepada Dr Raha , pensyarah daripada Fakulti Bahasa UMP yang memberi ruang dan peluang kepada PPNP untuk melaksanakan program ilmiah kepada pengasuh TASKA  di negeri Pahang. Majlis menandatangani geran turut dihadiri oleh mantan Pengerusi PPNP, Puan Slaina Shamsudin. Terima kasih juga kepada beliau di atas kerjsama yang diteruskan bersama PPNP.




                                         Geran ditandatangani bersama PPNP dan UMP




Pengerusi PPNP Pn Zubaidah bergambar mesra  bersama Dr Raha dan Pn Salina Shamsudin selepas ditemuduga oleh EPU


Pengerusi PPNP bersama Dr Raha daripada UMP Fakulti Bahasa dan mantan pengerusi Puan Salina Shamsudin

Friday, May 1, 2015

PROGRAM PERSATUAN PENGASUH BERDAFTAR MALAYSIA (PPBM) DAN MESYUARAT AGUNG PPBM KALI KE 24

Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) baru-baru ini telah menganjurkan Program "A Project of PPBM's TASKAS Go Green Campaign 2015.Program tersebut telah diadakan pada 24 April 2015 di Kelana Jaya ,Selangor dihadiri oleh ahli PPBM dan juga bukan ahli PPBM.

Program yang dilancarkan oleh PPBM mendedahkan kita kepada melakukan aktiviti untuk kanak-kanak dengan mengaitkannya dengan alam semulajadi.Penglibatan kanak-kanak yang didedahkan kepada ALAM SEMULAJADI akan membantu kanak-kanak agar belajar dengan lebih baik dan lebih cepat.


Presiden PPNP Puan Zubaidah Husin turut hadir ke program yang dianjurkan.

Ianya telah dikendalikan oleh Trainer/Facilitator Mr. Paul Roberts.Mr Paul ialah Founder of The Choldplay Institute dan juga Co-Founder of the World Forum's Global Collaborative On Design for Children





Mesyuarat Agung PPBM kali ke 24 juga turut diadakan pada keesokan harinya,25 April 2015.


Semoga segala yang telah dirancang oleh pihak PPBM dapat dimanfaatkan bersama dalam PPNP.