Friday, May 24, 2013

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PEMBANGUNAN BERKALA : PENGUSAHA / PENGASUH TASKA/TADIKA DI NEGERI PAHANG



Dengan segala hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.

Sukacitanya pihak kami berbesar hati menjemput Tuan/Puan menjayakan kursus seperti berikut:

Tajuk Kursus:

1. Pengurusan Sumber Manusia Untuk Pengusaha Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
23/6/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
7/6/2013

2. Asas CPR Di Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
25/8/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
7/8/2013

3. Asas Keselamatan Kebakaran Di Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
29/9/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
13/9/2013

4. Pengenalan Akta Keselamatan & Kesihatan (OSHA 1994) Di Taska/Tadika
Tarikh & Masa:
27/10/2013
8.00am - 1.30pm
Tarikh Tutup:
11/10/2013

Yuran
RM 100
(Sewa tempat, makan minum, pengurusan & logistik, sijil)

Hari
0.5

Tempat
Pusat Latihan HR, Temerloh, Pahang

HUBUNGI PN.HASLIZA (Cik Jaa) - TEL : 017-9605509

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan. Segala kerjasama didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Moga segala apa yang kita lakukan akan mendapat berkat dari-Nya.Amin.
http://skill.hr.com.my/

Thursday, May 23, 2013

'TEAM BUILDING' (SOFT SKILLS) SIRI 1 UNTUK PENGUSAHA TASKA ANJURAN PPNP

Setelah sekian lama merancang untuk menganjurkan Team Building untuk semua pengusaha di Negeri Pahang, akhirnya tanggal 17 hb Mei sehingga 19 hb Mei, 2013 maka termaktublah janji ALLAH swt pada tarikh itu pengusaha TASKA bertemu di Kem SMART BKERP Kg Lebu Bentong Pahang.

Program yang telah dihadiri seramai 37 orang yang terdiri daripada pengusaha dan penyelia TASKA telah berjalan dengan lancar.  Di luar jangkaan PPNP program kali ini telah dihadiri oleh pengusaha TASKA daripada Cameron Highland. Selama 12 tahun penubuhan PPNP tidak pernah lagi penyertaan oleh pengusaha daripada daerah Cameron Highland. Ini menunjukkan bahawa PPNP telah diterima sebagai sebuah badan NGO oleh pengusaha TASKA sebagai agen kepada kerajaan.

Pengisian program yang dipenuhkan dengan santapan rohani sehinggalah kepada kemantapan fizikal dan mental telah memberi kesan yang positif kepada semua peserta. Jurulatih yang dikenali sebagai Abang Smart telah berkongsi ilmu dan pengalaman beliau untuk membuka minda usahawan TASKA agar menjadi lebih positif, bekerjasama, bersaing secara sihat, mengenal yang hak dan mengenali diri menjadikan program lebih bermakna selama 3 hari 2 malam di kem SMART BKERP.

Kesan yang mendalam kepada semua pengusaha apabila dikejutkan dengan dimana silapnya kita menceburkan diri di dalam bidang perniagaan tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang kita lakukan (matang tak sedar) Mungkin kita berjaya, tetapi tanpa kita sedar yang kita sebenarnya gagal. Faktor ketakutan dalam diri setiap pengusaha antara penyebab mengapa kita tidak mahu maju ke depan.


matang tak sedar-
MATANG TAK SEDAR bermaksud apabila seseorang semakin matang dari segi umur tetapi tak sedar bahawa perbuatan, perkataan, tindakan atau apa sahaja tidak menggambarkan kematangan tetapi sebaliknya seperti contoh seseorang yg masih bercakap dengan mulut penuh dengan makanan...wallahua'lam..
Marilah sama2 kita berusaha menjadi matang sedar bukan matang tak sedar-Pengajaran daripada Teambuliing Motivasi Kepimpinan Usahawan bersama team Abang Smart" - Puan Rosnah Ahmad

Antara TIPS yang boleh dikongsikan:

A = awal dari waktu (bukan tepati)
S =  sokongan (semua pihak)
K = Komitmen
B = bermain ( bukan main-main)
I =  ikut perintah

PPNP juga merancang untuk mengadakan kursus yang sama untuk semua pengasuh negeri Pahang secara bersiri. Sekiranya berminat bolehlah hubungi exco PPNP untuk keterangan lanjut.

Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan.




BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA ABANG SMART DAN PASUKANNYA.


MESYUARAT PENGUSAHA TASKA NEGERI PAHANG ANJURAN PPNP ZON BARAT DAN ZON TIMUR

Mesyuarat yang telah diadakan pada 11 hb Mei, 2013  bagi zon timur dan 16 hb Mei, 2013 bagi zon barat (Temerloh sahaja) yang lalu bertempat di Komplek Dagangan Mahkota Kuantan dan di Wisma Persekutuan bagi zon barat. Di zon timur seramai lebih 64 orang pengusaha telah hadir manakala di zon barat seramai 25 orang pengusaha telah hadir.

Tujuan mesyuarat pengusaha dianjurkan oleh PPNP adalah untuk memaklumkan kepada pengusaha TASKA berkaitan dengan Geran Subsidi TASKA, Yuran Subsidi TASKA, penggunaan buku log harian kanak-kanak dan penangguhan pemakaian gaji minima.

Setelah sekian lama perjumpaan pengusaha tidak diadakan oleh PPNP, perjumpaan kali ini memberi penuh makna kepada setiap pengusaha. Pengusaha yang dahagakan maklumat terkini akhirnya mendapat jawapan dengan adanya pertemuan bersama exco PPNP.

Disamping membincangkan isu terkini, pihak PPNP juga mengambil kesempatan di atas pertemuan ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara exco PPNP dengan semua ahli PPNP yang lama dan yang baru.

MESYUARAT PENGUSAHA DI TEMERLOH 16 HB MEI, 2013


                               
                               PRESIDEN PPNP PUAN SALINA SHAMSUDIN MEMBERI UCAPAN
                               DI MESYUARAT PENGUSAHA DI KUANTAN 11 HB MEI 2013

Friday, May 10, 2013

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM TASKA MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN KEJAYAAN KANAK-KANAK



Oleh: Rosnah Ahamd

Selamat hari ibu diucapkan kepada semua insan yang bergelar ibu.

Saban tahun hari ibu diraikan bagi mengingati jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan, mengasuh dan mendidik anak-anak.

Bagi saya sambutan hari ibu adalah hari bagi memperingatkan saya tentang peranan saya sebagai ibu kepada tiga orang anak. Dua  anak saya sudah remaja. Cabaran menjadi ibu hari ini berbeza sekali berbanding zaman ibu saya dahulu. Ilmu dan kemahiran keibubapaan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membantu melaksanakan amanah mendidik anak-anak kini.

Anak-anak kecil kini melalui zaman kanak-kanak yang berbeza. Kalau dulu anak  lazimnya dijaga di rumah oleh ibu bapa sehingga usia anak bersedia ke tadika. Peredaran masa yang menyaksikan lebih ramai wanita keluar bekerja bagaimanapun mengubah bagaimana anak kita di asuh dan di didik. Ramai anak kini dihantar ke taska atau taska rumah sepeninggalan ibu mereka keluar bekerja.

Maka tugas mengasuh dan mendidik anak  kini perlu dikongsi dengan pengasuh taska atau pengasuh  taska rumah. Pengasuh adalah ibu ganti kepada anak-anak dalam sebahagian besar hidup mereka iaitu lebih kurang 10 hingga 12 jam sehari bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa. Sewajarnya jasa dan peranan pengasuh juga perlu lebih diiktiraf dan di beri perhatian seiring dengan jasa dan peranan ibu bapa.

Ibu bapa adalah pendidik utama dan  rumah adalah madrasah pertama bagi anak-anak. Taska adalah sistem sokongan kepada institusi kekeluargaan. Oleh itu ibu bapa berperanan menghubungkan rumah dan taska untuk kepentingan anak mereka. Ibu bapa harus mengambil inisiatif melibatkan diri  di Taska. Konsep penglibatan ibu bapa harus lebih dihayati. Ia bukan hanya sekadar menghadiri program tahunan seperti gotong royong atau sambutan hari perayaan. Ia juga termasuk perkongsian maklumat dan masalah, perkongsian ilmu keibubapaan serta perbincangan secara berterusan berkaitan perkembangan kanak-kanak.

Mengapa penglibatan ibu bapa sangat penting:-

Ø  Ibu bapa sayang kepada anak mereka dan mengenali personaliti serta identiti anak mereka. Mereka juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak.  Manakala pengasuh juga sayang kepada anak jagaan dan dilatih kemahiran berkaitan perkembangan kanak-kanak. Pengasuh  senantiasa memastikan kesejahteraan dan cuba memupuk potensi anak. Jadi kanak-kanak akan merasa selamat dengan adanya perhubungan yang baik antara ibu bapa dan pengasuh. Ia juga memastikan kanak-kanak mendapat pengasuhan dan pendidikan yang terbaik .

Ø  Perkongsian, perhubungan, interaksi,  kerjasama dan sokongan ibu bapa dan pengasuh dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.
( Rohani Abdullah, 2007)
Ø  Ibu bapa boleh berbincang dengan pengasuh berkaitan perkembangan, tingkah laku dan apa sahaja masalah yang dihadapi. Perbincangan dan perkongsian begini dapat menyelesaikan banyak masalah dan  meningkatkan kemahiran keibubapaan. Ia juga  menolong pengasuh memahami serta menghormati pandangan, budaya dan latar belakang keluarga.

Ø  Penglibatan diri ibu bapa dapat meningkatkan lagi program dan aktiviti di taska dan seterusnya membantu meningkatkan kualiti taska.

Sesetengah pengasuh merasa kecewa apabila ibu bapa tidak menyokong penglibatan ibu bapa di taska.. Ibu bapa perlu berusaha dan memberi komitmen yang lebih kepada usaha-usaha penglibatan ibu bapa di taska anak mereka. Dengan itu pengasuh akan lebih yakin, bersemangat dan seronok untuk meneruskan usaha serta merasakan diri mereka dihargai sebagai orang yang penting dalam hidup anak mereka.

Ø  Penglibatan ibu bapa yang sihat akan meningkatkan kualiti sistem kekeluargaan,  sistem komuniti setempat dan  seterusnya memberi impak yang besar kepada kesejahteraan negara.

Sempena Hari Ibu ini, Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (PPNP) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif  menggembleng tenaga berusaha meningkatkan penglibatan ibu bapa bagi memastikan peningkatan kualiti pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di semua taska di Negeri Pahang.

Antaranya PPNP memperkenalkan penggunaan  Log Harian di Taska. Log harian ini bertujuan mencatat secara ringkas dan tepat apa yang berlaku sepanjang hari termasuk:-


       - KESELAMATAN DAN KESIHATAN

      Masa ketibaan siapa yang menghantar, barang yang di bawa dan tahap kesihatan anak     pada hari itu. ( maklumat ini akan diisi oleh ibu bapa setiap hari)
     
      - MEREKOD KEADAAN FIZIKAL
   
            Catatan kesihatan anak dan pemeriksaan fizikal. ( diisi oleh ibu bapa dan pengasuh)

   -  MEREKOD AKTIVITI HARIAN
-  MEREKOD TINGKAHLAKU
-  MEREKOD RUTIN  DARI ASPEK KUANTITI &KEKERAPAN

      Pengasuh akan mencatat perkara-perkara ini untuk rujukan dan tindakan seterusnya oleh ibu bapa di rumah.

Penggunaan log harian ini akan menjadi asas komunikasi harian dan perkongsian maklumat antara ibu bapa dan pengasuh demi kesejahteraan kanak-kanak. Ini dapat melancarkan perkhidmatan taska dan mengurangkan salah faham antara ibu bapa dan pengasuh.

Usaha menulis log harian ini memerlukan sedikit komitmen daripada ibu bapa dan pengasuh. Apa pun usaha ini  membantu  menjamin keselamatan, kesihatan serta memperkukuhkan  kesinambungan pembelajaran yang di amalkan di taska dan amalan di rumah.

PPNP berharap sebarang masalah atau kesulitan yang mungkin timbul dalam proses melaksanakan penggunaan log harian ini secara efektif di semua taska dapat ditangani secara bijak professional. 

Perbincangan yang sihat antara ibu bapa dan pengasuh akan dapat menyelesaikan masalah malah akan dapat mempertingkatkan kualiti pengasuhan. PPNP juga sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan log harian ini dari masa ke semasa.

Akhir kata saya bagi pihak PPNP senantiasa berdoa agar kita sentiasa bersatu dan berdoa agar segala usaha murni kita dimudahNya demi kesejahteraan generasi pewaris.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekian. Wallahua’lam.

Rosnah Ahmad (http://rentis.blogspot.com)
Penasihat Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (http://pengasuhpahang.blogspot.com)
10 Mei 2013

Thursday, May 2, 2013

MESYUARAT PENGUSAHA DAN BENGKEL BUKU LOG HARIAN KANAK-KANAK

Salam kepada semua,

Satu mesyuarat pengusaha dan bengkel buku log harian kanak-kanak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11 hb Mei, 2013 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 pm

Tempat : Komplek Dagangan Mahkota, Indera Mahkota Kuantan


Agenda mesyuarat

1. Penerangan pemberian subsidi yuran kanak-kanak TASKA
2. Penerangan pemberian subsidi geran pembukaan TASKA baru
3.Penangguhan pemakaian gaji minima
4. Hal-hal lain dan isu semasa

Untuk pengesahan kehadiran sila hubungi Pn Julia Abdullah (Zon Barat) - 019-2754575 atau Pn Zubaidah Husin (Zon Timur) - 017-9190664/013-9390748

Sekian harap Maklum