Wednesday, May 4, 2011

Salam Mesra Dari EXCO Baru PPNP

Salam kepada semua ahli Persatuan Pengasuh Negeri Pahang,

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas limpah dan kurniaNya dan izinnya, maka kami barisan EXCO PPNP 2011-2013 telah pun diberi amanat untuk memastikan kami menerajui persatuan ini dengan bijaksana. Lantas bagi mencapai satu matlamat yang sama iaitu `Ke Arah Pengasuhan Yang Berkualiti, seharusnya kita semua bergabung tenaga bagi memastikan matlamat kita tercapai. EXCO baru kali berharap kerjasama yang padu daripada semua ahli agar apa yang dirancang untuk kebaikan ahli akan memenuhi sasaran.

Salam dari kami

EXCO
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
2011-2013