Thursday, August 7, 2008

Perutusan Hari TASKA 2008


oleh Pengerusi, Perstuan Pengasuh Negeri Pahang Puan Norrimas binti Nordin

Hari Taska Kebangsaan di sambut pada bulan Ogos setiap tahun.

Tema Hari Taska pada tahun ini memfokuskan kepada "Perkembangan Menyeluruh" iaitu elemen yang terakhir dalam tema alaf baru iaitu R.E.S.P.E.C.T yang sedia ada (abjad "T" dalam bahasa inggeris adalah Total Development).

Fokus Perkembangan Menyeluruh adalah:-
- Pengasuhan berkualiti mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.
- Program yang mencabar dan pelbagai untuk memberi pendedahan dalam semua aspek perkembangan menyeluruh (Fizikal, Bahasa, Kognitif & Sosio-Emosi) termasuk sains matematik, muzik, seni, pendidikan jasmani & kerohanian dan moral.
- Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka secara mendalam mengikut minat kecenderungan diri mereka.
- Menggalakkan kanak-kanak membesar menjadi individu yang seimbang melalui aktiviti individu & kumpulan.
- Memastikan kanak-kanak mempunyai peluang mencapai potensi optimum diri mereka sendiri

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua Taska-Taska Dalam Negeri Pahang bersama-sama mendokong wawasan ini bagi mencapai generasi yang lebih cemerlang, Gemilang dan Terbilang sesuai dengan saranan kerajaan Malaysia.

Untun makluman semua ahli, Sambutan Hari Taska 2008 bagi peringkat Negeri Pahang akan di sambut pada 24 Ogos 2008 di Dewan Sek. Men. Tanah Putih, Kuantan jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari.

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah :-

Pertandingan
1. Playdough
2. Lego / Duplo
3. Layang-layang
4. Binaan Kreatif
5. Congkak

Pameran
1. Pameran Taska (Aktiviti-aktiviti Kanak-Kanak)
2. Pameran PPNP
3. Pameran Agensi

Adalah di harapkan semua Pengusaha-pengusaha Taska/Pusat Jagaan Negeri Pahang mengambil bahagian secara aktif dalam menjayakan sambutan Hari Taka pada tahun ini.Semoga segala usaha kita akan diberkati olehNya.

Selamat Hari TASKA
"Ke Arah Pengasuhan Yang Berkualiti"
"Anak-Anak Pewaris Negara, Sayangilah Anak-anak Kita".

Sekian, terima kasih.